Peluang menjana income ketika nilai USD meningkat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat yang hebat?

Kata pakar ekonomi nilai USD boleh mencecah sehingga RM5. Tidak taulah kebenarnya tapi president baru US, Donald Trump memang secara lantang berkata yang beliau akan mengukuhkan nilai USD. Kalau betul nampaknya Abang kenalah melombong USD setiap hari, kalau sehari dapat USD50 – 100 pun sudah sangat lumayan, kali je 30 hari kemudian kali je RM5. Ok ke ok?

Jana Pendapatan USD

Semenjak Donald Trump terpilih sebagai president US, nilai pasaran saham US terus naik. Mungkinkah komuniti bisnis US mengalu-alukan kali pertama jutawan Amerika menjadi President USA. Kalau mengikut pasaran hadapan, indeks pasaran saham US dijangka akan terus naik lagi. Janji Trump nak jadikan ekonomi Amerika hebat kembali.

Trump tak ambik kisah hal ekonomi dunia. Dia akan keluarkan US dari perjanjian TTPA yang disertai 12 buah negara termasuk Malaysia. Fokus president Trump nak membina US semula jadi gagah. Katanya sekarang US dikuasa orang asing dan duit mengalir keluar walaupun banyak projek yang dilaksanakan.

Program jana pendapatan tambahan

Pakar ekonomi kata keputusan ini akan membawa kesan negatif kepada ekonomi Asia termasuk Malaysia. Tapi membuka ruang kepada China untuk mengetui ekonomi Asia dan akan menurunkan lagi nilai Yuan dikala nilai USD semakin kuat. Mungkin akan berlaku peperangan ekonomi yang semakin ketara antara US dan China. Trump dari awal menuduh China memanupulasi matawangnya Yuan.

Nampaknya Abang kena tukar strategi bisnis untuk 2017. Less talk more action untuk hasilkan income dalam dollar. Abang akan buat network kecil 5 – 10 orang yang satu pemikiran iaitu RISK  TAKER untuk perjuangan ekonomi digital yang lumayan.

Tukaran Ringgit Malaysia pasaran antarabangsa

Baru-baru ini Abang ada kongsi kadar Ringgit terkini berbanding USD di status Facebook Denaihati. Ada yang PM tanya macam mana nak jana income dalam USD? Ada macam-macam cara untuk jana pendapatan USD secara online yang penting kena menuntut dengan sifu yang pakar. Boleh buat sendiri atau buat berkumpulan. Abang lebih suka buat berkumpulan jadi boleh minimakan modal dengan memaksimakan pendapatan.

Kita nak buat apa? Duduk diam tengok je? Atau buat bodoh.

Kena bertindak ikut kesesuain dengan perubahan yg bakal berlaku. Yang penting mesti BERTINDAK bukan serah pada takdir. Dalam setiap kesusahan mesti ada peluang hebat. Antara peluang yang terhidang buat income dalam dollar.

Start small, start somewhere.

Abang Denaihati
Usahawan Digital
seminarduitdigital.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

69 Comments

  1. Tak sabar menunggu entri-entri terkini berkenaan pemantapan USD di masa hadapan as compared to Ringgit Malaysia yang semakin lemah.

  2. I cuba jual baju kat ebay U.S. beberapa bulan dulu. Walaupun saingan amat hebat terutamanya seller2 dari China yg selalu turunkan harga dengan banyak. Tetapi sampai kini masih boleh jana seribu lebih USD. Tukar ke RM pun dah ade RM4-5K. Maka masih boleh sarakan diri. Ringgit mmg lemah, jika x, I x akan dpt untng mcm tu jugak.
    Curahan rasa Ainie @ ..Jubah Moden Lelaki Yang BergayaMy Profile

  3. salam abang denaihati, saya selalu mengikuti perkembangan anda.
    just nak share dgn anda, saya diberhentikan kerja thn lepas, iaitu 2016. alhamdulillah dpt pampasan. saya dh bekerja ditempt lama saya hampir 18 thn.

    bila saya diberitahu salah seorg yang dipilih akan diberhentikan, bagai nk luruh jantung saya. kalau dulu dengar orang bercerita tapi kali ini, saya pulak yg diberhentikan.
    ketika itu saya baru saja menyandang officer setelah 16 thn sebagai admin assistant.

    dipendekkan cerita, bulan pertama happy la konon ada duit, bayar itu ini. saya mengaku saya seorang yang boros. tk simpan duit pun. tp apabila masuk 6 bulan masih menganggur tk bekerja. duit vss yg ada makin susut. memang perit rasanya.

    lepas raya saya join abang kandung saya meniaga kek lapis sarawak. sampai la sekrg ni.

    saya ni jenis tk berapa suka nk join dengar ceramah. itu kelemahan saya.. tp saya nk cuba mengenengahkan kek lapis ni agar semua tahu.

    saya harap anda dapat memberi kata nasihat dan semangat utk kami menjlnkan perniagaan ini.

    sekian terima kasih,
    DANG ANUM,

  4. Saya merasakan kenaikkan ringgit memberi sedikit peningkatan pendapatan online kepada saya. Tetapi keburukkannya kita terpaksa membayar lebih untuk hosting dan domain ataupun service dari luar. Bagi saya lebih baik matawang ringgit lebih stabil dari terus merundum jatuh. Inflasi akan mula bernanah di dalam negara jika ringgit terus jatuh.

    Ini sekadar pendapat.
    Curahan rasa Terviral @ ..Terkini Peminjam PTPTN Tidak Boleh Beli Kereta Dan RumahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!