Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini ingin dikongsikan kisah seorang insan biasa tetapi sangat istimewa. Beliau dilahirkan seperti kanak-kanak normal yang lain, namun ketetapan Allah mengubah segalannya. Mesra dengan panggilan Nizam , seluruh tubuh dan kakinya lumpuh. Hanya berbekalkan tiga jari kanan yang boleh bergerak, Nizam tekad membantu keluarganya. Bermula dengan menjual kad nilai tambah prabayar dan minyak wangi dalam talian, ia menjadi pencetus untuk menghasilkan minyak wangi sendiri.
Nizam masih ingat ibunya iaitu Puan Norizan sanggup bersusah payah menjual sate untuk mencukupkan belanja harian keluarga. Namun, sebagai anak sulung, beliau merasa bertanggungjawab untuk membuat sesuatu yang terbaik bagi keluarga mereka.
Nizam seorang yang istimewa. Kerusi roda menjadi teman setianya. Persekolahan beliau terhenti dipertengahan jalan, namun ia bukan menjadi penghalang Nizam untuk merealisasikan impiannya. Beliau ingin menjadi seorang insan yang berjaya, hatinya cukup cekal. Diceritakan dahulu telefon bimbitnya juga pernah dicuri oleh pelanggan yang tidak berhati perut semasa berniaga kad tambah prabayar.
Nizam masih cekal.
Beliau nekad ingin mengubah hidupnya dengan bergelumang dalam bisnis online. Nizam pernah menyertai pertandingan seperti Fulus Mania dan beberapa pertandingan lain. Semangatnya tidak pernah pudar, beliau melibatkan diri dengan perniagaan online eBay dan yang berkonsepkan dropship.
Berbekalkan RM6000, beliau dan ibunya bertekad untuk memulakan perniagaan menjual minyak wangi gred AAA yang dijual melalui atas talian. Bagai sudah dijanjikan rezekinya, jualan hari pertama mencecah RM800 dan permintaan pelanggan yang tidak menang tangan membuahkan hasil pabila satu ketika pernah mencecah sehingga RM400,000 sebulan!
Sewaktu perniagaan sedang memuncak, berlaku sesuatu yang cukup mendukacitakan. Stok barangan berharga ratusan ribu dirampas oleh pihak berkuasa dan waktu itulah juga ia perlu dihantar kepada pelanggan. Nizam dan ibunya pasrah dan redha apa yang berlaku.
Disebabkan peristiwa itulah, Nizam mula memikirkan untuk menghasilkan minyak wanginya sendiri. Beliau yang sudah lima tahun bergelumang dalam minyak wangi telah membuat kajian untuk minyak wangi yang bakal digilai ramai. Dan selepas itu, terhasillah DEWAMOR yang menggabungkan dua nama iaitu Dew bermaksud embun dan Amor bermaksud rasa cinta dari bahasa Itali.
Gabungan pati haruman ros dan blossom menjadi intipati utama Dewamor. Serapan keunikan bauan vanilla, straberi, paraline, musk dan amber cukup membuatkan minyak wangi ini bakal menjadi igauan wanita. Warna pink atau merah samar dipilih menjadikan Dewamor menjadi sesuatu yang indah buat si pemakainya.
Di majlis pelancaran Dewamor Perfume Signature by Nizam ini juga telah dimulakan dengan perkongsian kisah daripada Dato Ab Roslan Hamid yang menjadi mentor kepada Nizam. Semangat dan kata-kata motivasi telah diserapkan dalam jiwa Nizam untuk terus menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Tiada yang mustahil berlaku, pokok pangkalnya perlu berusaha dengan gigih tanpa jemu. Sasaran 10,000 botol sebulan untuk pasaran seluruh negara dan dijangkakan memasuki pasaran lebih 42 negara termasuk Asia Tenggara.
Semoga adik Nizam terus sukses dunia dan akhirat!
Bagi yang ingin lebih maklumat lanjut, boleh dapatkannya di :
57 Comments
Wah ….luar biasa perjuangan anak ini …patut kita jadikan contoh untuk dijadikan semangat untuk menjalani hidup…
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Menguburkan Jenazah Menurut Syariat Islam –
Semoga apa yang dilakukan nizam bisa menjadi yeladan bagi kita semua Amin ya rabbalAlamin….
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengatasi Hati Yang Galau Secara Islami –
Setiap manusia pasti ada kelebihan yang Allah berikan, tak kisah la rupa fizikal yang bagaimana, saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada saya~
🙂
Curahan rasa faezahjalil @ ..Testimonial ESP Shaklee Yang Anda Tak Tahu
Saya amat mengagumi beliau..siapa yang berusaha pasti berjaya..Tahniah!
Sangat patut dicontohi oleh kita yang Allah kurniakan serba lengkap anggota badan. Perlu cekalkan hati untuk berjaya
Curahan rasa myliferia @ ..Detoks Parasit; 16 Makanan Yang Bantu Bunuh Parasit Dalam Badan
10 ribu botol sebulan tidak mustahil, salurkan sahaja pemasarannya di internet dan media massa insyaallah berjaya 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Pantas Buat Duit Dengan USD
Terinspirasi dengan kisah adik ni, tiada alasan untuk tidak berjaya dalam hidup..dimana ada kemahuan, disitu ada jalan (highway)..salute adik ni..
Tahniah! Adik ini membuktikan yang sememangnya tiada alasan untuk berjaya di dalam hidup kita ini. Jangan pandai bagi alasan sahaja!
Alhamdulillah! Tahniah Khairul Nizam. Anda sangat memberi inspirasi kepada kami. Semoga akan terus memberi manfaat kepada insan lain ya.
Curahan rasa Kolesterol Tinggi @ ..TENTANG KAMI
Comments are closed.