Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini ingin dikongsikan kisah seorang insan biasa tetapi sangat istimewa. Beliau dilahirkan seperti kanak-kanak normal yang lain, namun ketetapan Allah mengubah segalannya. Mesra dengan panggilan Nizam , seluruh tubuh dan kakinya lumpuh. Hanya berbekalkan tiga jari kanan yang boleh bergerak, Nizam tekad membantu keluarganya. Bermula dengan menjual kad nilai tambah prabayar dan minyak wangi dalam talian, ia menjadi pencetus untuk menghasilkan minyak wangi sendiri.
Nizam masih ingat ibunya iaitu Puan Norizan sanggup bersusah payah menjual sate untuk mencukupkan belanja harian keluarga. Namun, sebagai anak sulung, beliau merasa bertanggungjawab untuk membuat sesuatu yang terbaik bagi keluarga mereka.
Nizam seorang yang istimewa. Kerusi roda menjadi teman setianya. Persekolahan beliau terhenti dipertengahan jalan, namun ia bukan menjadi penghalang Nizam untuk merealisasikan impiannya. Beliau ingin menjadi seorang insan yang berjaya, hatinya cukup cekal. Diceritakan dahulu telefon bimbitnya juga pernah dicuri oleh pelanggan yang tidak berhati perut semasa berniaga kad tambah prabayar.
Nizam masih cekal.
Beliau nekad ingin mengubah hidupnya dengan bergelumang dalam bisnis online. Nizam pernah menyertai pertandingan seperti Fulus Mania dan beberapa pertandingan lain. Semangatnya tidak pernah pudar, beliau melibatkan diri dengan perniagaan online eBay dan yang berkonsepkan dropship.
Berbekalkan RM6000, beliau dan ibunya bertekad untuk memulakan perniagaan menjual minyak wangi gred AAA yang dijual melalui atas talian. Bagai sudah dijanjikan rezekinya, jualan hari pertama mencecah RM800 dan permintaan pelanggan yang tidak menang tangan membuahkan hasil pabila satu ketika pernah mencecah sehingga RM400,000 sebulan!
Sewaktu perniagaan sedang memuncak, berlaku sesuatu yang cukup mendukacitakan. Stok barangan berharga ratusan ribu dirampas oleh pihak berkuasa dan waktu itulah juga ia perlu dihantar kepada pelanggan. Nizam dan ibunya pasrah dan redha apa yang berlaku.
Disebabkan peristiwa itulah, Nizam mula memikirkan untuk menghasilkan minyak wanginya sendiri. Beliau yang sudah lima tahun bergelumang dalam minyak wangi telah membuat kajian untuk minyak wangi yang bakal digilai ramai. Dan selepas itu, terhasillah DEWAMOR yang menggabungkan dua nama iaitu Dew bermaksud embun dan Amor bermaksud rasa cinta dari bahasa Itali.
Gabungan pati haruman ros dan blossom menjadi intipati utama Dewamor. Serapan keunikan bauan vanilla, straberi, paraline, musk dan amber cukup membuatkan minyak wangi ini bakal menjadi igauan wanita. Warna pink atau merah samar dipilih menjadikan Dewamor menjadi sesuatu yang indah buat si pemakainya.
Di majlis pelancaran Dewamor Perfume Signature by Nizam ini juga telah dimulakan dengan perkongsian kisah daripada Dato Ab Roslan Hamid yang menjadi mentor kepada Nizam. Semangat dan kata-kata motivasi telah diserapkan dalam jiwa Nizam untuk terus menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Tiada yang mustahil berlaku, pokok pangkalnya perlu berusaha dengan gigih tanpa jemu. Sasaran 10,000 botol sebulan untuk pasaran seluruh negara dan dijangkakan memasuki pasaran lebih 42 negara termasuk Asia Tenggara.
Semoga adik Nizam terus sukses dunia dan akhirat!
Bagi yang ingin lebih maklumat lanjut, boleh dapatkannya di :
57 Comments
Alhamdulillah. Saya memang kagum dengan kegigihan adik Khairul Nizam ni. Saya yang cukup sifat ni pun tak sekuat itu.
Tiada alasan LANGSUNG untuk kita BERJAYA. Kita yang cukup anggota patut malu dengan Nizam.
semoga dipermudahkan dan murah rezeki kepada adik nizam.
Harap-harap lebih ramai Usahawan OKU di malaysia.
OKU perlu berdikari dan berusaha hingga berjaya.
Kita perlu sokong usaha OKU……..
Curahan rasa zawani @ ..USED: iPhone 4S
tahniah.
akhirnya dah keluar minyak wangi keluaran sendiri.
tahniah kepada adik nizam ni.
Curahan rasa zokan @ ..Jobdirumah ni bukan Skim Cepat Kaya
Memang seorang yang sangat istimewa adik Nizam nih, walaupun kurang upaya, semangatnya sangan kental.
Curahan rasa Supernifz @ ..Strok Haba
Fuh… Semangat sungguh Adik Nizam ni.. malu je rasa dgn diri yg sempurna ni.. apa pun adik ni mampu memotivasikan diri aku… :'(
Yurp sama lah kita… Kita ada cukup anggota tubuh badan yang Allah berikan, tetapi kita tidak bersemangat waja seperti adik Nizam…
Curahan rasa Anuar @ ..Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot)
Intnya dengan usaha dan kemauan serta kerja keras maka semua usaha kita akan brrhasil ya?. btl kan?.
Curahan rasa Bloggedewek @ ..Apa Itu Joki 3 in 1? Apa Artinya?
Setuju tuh, usaha tanpa mengenal erti jemu pasti akan membuahkan hasih yang lumayan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Strok Haba
perlu banyak inspirasi seperti ini biar indonesia makin jaya, very nice info nih
semoga usaha anak muda istimewa ini berjaya membuka mata banyak pihak…
Curahan rasa yangbaik @ ..Mudah saja hendak menulis
Cacat bukan lah penghalang untuk berjaya, apa-apa pun uhasa dan bangun dari kejatuhan adalah sesuatu yang harus di banggakan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Strok Haba
Rasa rendah diri dan malu sebab kita yang sempurna pon masih ramai lagi yang malas dan tak bersungguh-sungguh nak keluar dari comfort zone..
Tuan Nizam hanya boleh menggerakkan 3 jari sahaja..
Tapi Allah bagi kelebihan beliau kat tempat lain…
Curahan rasa faezahjalil @ ..Mengapa Allah Menolak Doa-Doa Kita?
kan?.. Samalah… Saya pun rasa macam tu juga… rasa malu, sebab kita banyak mencipta alasan, walaupun kita memiliki anggota tubuh badan yang sempurna… Tahniah sekali lagi buat adik Nizam….
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Nak berjaya memang banyak cabarannya…. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adik Nizam…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Semangat sebegini harus dicontohi oleh usahawan lain…. Berani menempuhi cabaran, untuk mencapai kejayaan yang diimpikan…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Kagum dengan semangat keusahwanan yang ditunjukkan oleh Adik Nizam ni… Semoga beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya satu hari nanti….
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
wah ssungguh bgt sangat menginspirasi kt semuanya.. semoga kita semua termotivasi dan menjadi yg terbaik.
Curahan rasa Bloggedewek @ ..Bahan Membuat Kue Cubit Green Tea Sederhana
Yurp… Semangat yang ditunjukkan oleh Adik Nizam sememangnya dapat memotivasikan kita semua…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita yang normal dari segi anggota Tubuh badan. Kalau adik Nizam boleh, takkanlah kita tak boleh. Betul tak?
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Pokok pangkalnya kita kena ada semangat yang tinggi, bersungguh-sungguh dan yakin dengan apa yang sedang kita usahakan..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Betul, insan yang istimewa ini dijadikan bersifat luar biasa kerana keinginannya ingin berjaya dari mereka yang sempurna sifat tubuh badan
Ya betul!!! Ada hati semua boleh jadi… Asal sahaja tidak menjadikan kelemahan sebagai alasan….
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
insan yang istimewa boleh berjaya dengan hebat..bagaimana kita yang sempurna sifatnya..tentunya mampu berjaya dengan lebih baik lagi
Curahan rasa Hanafi @ ..Buku Masalah Tidur Dan Penyelesaiannya
Itulah pasal… Jadi, tiada alasan untuk tidak berjaya… kalau adik Nizam boleh buat, sepatutnya kita lagilah boleh…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Comments are closed.