Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha pihak eQurban.com telah berangkat ke Kemboja dengan menaiki pesawat AirAsia. Mereka yang terlibat berada di sana lebih kurang seminggu demi tugas dan amanah saudara seIslam bagi melaksanakan Ibadah Qurban 2013/1434H. Turut bersama beberapa orang peserta Qurban tahun 2013 dan juga team Denaihati.
Alhamdulillah tahun ni tempahan lembu melalui eQurban.com berjumlah lebih 1,000 ekor lembu di mana 330 ekor lembu ditempah dari Malaysia dan selebihnya tempahan yang diterima dari luar negara. Kesemua pelaksanaan ibadah Qurban dibuat di Kemboja dan Vietnam.
Qurban di Kemboja tahun ni agak mencabar kerana keadaan sebahagian besar bumi Kemboja sekarang yang dilanda banjir terutama yang melibatkan perkampungan muslim. Perancangan awal berkaitan lokasi penyembelihan terpaksa diubah. Haiwan sembelihan Qurban juga terpaksa dipindahkan ke tempat lain.
Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan baik dengan bantuan daripada petugas-petugas Cambodian Muslim Cooperatives (CMC) dan penduduk kampung yang terlibat.
Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013 dibuat di beberapa perkampungan di Kemboja dan Vietnam seperti di Kampong Chhnang, Kampong Cham, Dam Bea, Chroy Mintry, Punhea Krek, Me Mot dan lain-lain. Team eQurban dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dibahagikan tugas di setiap lokasi berasingan untuk urusan penyembelihan.
Ibadah Qurban merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut. Ianya bukan sekadar ibadah sunat tetapi juga sunnah Rasulullah saw. In shaa Allah apabila kita melaksanakan Qurban dengan niat untuk mencari keredhaan ALLAH, tak mustahil kita juga akan dapat membuka kunci rezeki yang tidak disangka-sangka.
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Terima kasih kepada Rakan Blogger yang telah mempromosi eQurban secara online kerana tempahan tahun ini meningkat berlipat kali ganda dan lebih daripada 70% dari online. Semuga usaha kita dapat membantu umat Islam di Kemboja yang sememangnya susah. Kepada Rakan Blogger teruskan mempromosi program Aqiqah Kemboja yang berjalan berterusan sepanjang tahun . In Shaa Allah komisen yang lumayan menanti mereka yang terus berusaha dan yang paling penting setiap sen komisen anda itu ada manafaat yang besar untuk umat Islam Kemboja.
Gambar Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013/1434H di Kemboja
[customgallery]
45 Comments
Subhannallah 🙂 Keren 🙂
walau keadaannya seperti itu tapi mereka sangat antusias ya 🙂
artikel yang bagus , good job gan
Curahan rasa Resep Masakan @ ..Tips Memilih dan Menyimpan Tempe dan Tahu
Tahniah Tuan atas usaha Team eQurban! Semoga tahun depan makin ramai orang yang join, insyaAllah!
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Cara Terbaik & Berkesan Merawat Masalah Keputihan
Rakyat Malaysia masih pemurah.Teruskan usaha untuk membantu saudara kita di sana.
ada juga reportnya. alhamdulillah..banyak tu lembunya..
Curahan rasa encik bakul @ ..Bukti bayaran terbaru dari kerja JOBDIRUMAH
saya keturunan kemboja tapi belum ada rezeki nak pergi dan tengok keadaan kat sana. Teringin sangat nak follow program yang baguss macam ni. Insya’Allah kalau ada rezeki nak lah juga pergi.
Tahniah buat team DH atas usaha ini
Curahan rasa hafiz @ ..Top komentator Oktober 2013
bukan soal komisyen menjadi persoalan utama…kerana pahala itu lebih bermakna daripada segala-galanya..selamat berkorban demi meringankan penderitaan orang lain..
Curahan rasa kakiblog @ ..Terima Kasih Pengomen Tegar Oktober 2013
ya, itulah yang paling penting, saham akhirat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013/1434H di Kemboja
wahh….
begitu banyak korbannya.
teringin nak sertai juga..
ehehehehe
Curahan rasa mie @ ..Kopi Luwak Terkenal Di Bali Indonesia
ramai juga yang bersedekah ni, semoga dimurahkan rezeki
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Blogger Arsenal vs Blogger Liverpool
Allahuakbar. Banjir tak menghalang utk terus melakukan ibadah korban…alhamdulillah
Curahan rasa hafizmd @ ..Speechless Friday #9 Sekejap tapi Penuh Makna
banyaknya lembu…mesti banyak yang menyumbang kan? 🙂
Curahan rasa eridy @ ..Alasan aku tak update blog selalu
Semoga keberkahan dan kebaikan meliputi yang memberikan korban, panitia, dan juga sahabat-sahabat muslim di kemboja pada pelaksaan ibadah qurban di tahun ini aamiin…aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Pemeriksaan Laboratorium
alhamdulillah, ramai yang melaksanakan ibadah qurban. alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar
Curahan rasa Zuan @ ..Impian Besar, Impian Kondom
Moga2 kita juga mampu untuk berkorban…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Speechless Friday #9 Sekejap tapi Penuh Makna
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..
Curahan rasa eyriqazz @ ..Komitmen Diyakini, Ibubapa Gembira
Comments are closed.