Pelajaran percuma baguskah untuk generasi masa depan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau kita baca biografi pemimpin terkenal atau usahawan berjaya pasti mereka akan berkongsi bagaimana bersusah payah ibubapa mereka membanting tulang mencari rezeki penyekolahkan mereka. Aku sendiri melalui pengalaman yang sama dimana kedua ibubapa bersusah payah berusaha siang dan malam mencari rezeki menyara dan menyekolahkan lima orang anak-anak.

Pengorbanan ibubapa memang tidak dapat dibandingkan sehingga kekadang malu pada diri sendiri. Sebagai ibubapa kepada anak-anak sekarang selalu sahaja lari daripada fokus kehidupan. Kalau dulu ibubapa fokus pada anak-anak sehingga terlupa diri sendiri, terlupa beli baju sendiri, terlupa keperluan sendiri. Sekarang ibubapa fokus kepada kereta, gadget, berapa helai baju, berapa banyak handbeg sehingga ada yang terlupa nak bayar yuran sekolah. Ibubapa tak sanggup berkorban mengeluar duit untuk pendidikan anak-anak yang terbaik berbanding keperluan diri sendiri.

Pengorbanan ibubapa dulu menyebabkan ilmu yang kita dapat berkat berjaya dalam kerjaya dan bisnis. Bagaimana pulak anak-anak kita di masa depan sedangkan sekarang pun kita sering mengeloh kerana prestasi pelajaran anak-anak kita tidak seberapa. Kita sering menyalahkan anak tanpa melihat diri kita yang lebih pentingkan diri sendiri berbanding keperluan anak.

Bagaimana pulak kalau sistem pelajaran kita seratus peratus percuma apalah agaknya pengorbanan ibubapa pada anaknya. Apa pulak anak nak katakan apabila mereka dewasa kelak. Bolehkah anak katakan aku berjaya dalam pelajaran kerana pengorbanan ibubapa. Secara peribadi aku kurang setuju dengan pendidikan percuma kerana boleh menyebabkan ibubapa lepas tangan. Ibubapa mesti membayar kos pendidikan anak mengikut kemampuan dan hanya pelajar yang cemerlang dan keluarga termiskin boleh menerima pelajaran percuma dari Kerajaan.

Untuk mendapat ilmu yang berkat perlu ada pengorbanan barulah melekat dalam hati. Semua tokoh dunia yang terkenal mendapat ilmu dengan berbagai cara yang susah. Kalau kita membina generasi yang mendapt ilmu cara mudah dan percuma makanya kita menyediakan satu generasi yang tidak kuat mindanya yang pasti memberi kesan buruk kepada generasi dan negara untuk masa hadapan.

Sekolah di Kemboja
Kelas di bawah masjid
Madrasah di Kemboja
Kelas di bawah rumah penduduk

Madrasah di Kemboja banyak yang daif tetapi dapat melahirkan anak-anak yang pintar. Di Malaysia ramai pelajar yang tidak belajar bersungguh-sungguh sehingga gagal kerana tidak bersyukur dengan kos pendidikan yang murah. Bagaimana pulak kalau pelajaran percuma adakah mereka boleh berubah tabiat daripada malas belajar menjadi rajin?


Spread the love

222 Comments

  1. Pendidikan percuma punya idea memang menarik. Orang dulu pun pelajaran percuma juga, tak payah bayar yuran pun, tetapi melekat juga ilmunya. Yang penting ialah jaga adab belajar.

    Kalau pelajaran percuma, tidak semestinya tiada pengorbanan, mencari ilmu memang satu pengorbanan. Nak beli buku rujukan lebih sebagai contohnya kena ada duit juga.

    Apa yang saya nampak sekarang ialah, yang silapnya ialah apabila pendidikan dijadikan sebagai bisnes. Akibatnya, sesetengah pelajar kadang-kadang rasa mereka ada hak pelanggan (which is ok) , tetapi yang tak ok ialah sehingga kadang-kadang mereka tidak jaga adab belajar sehingga sanggup tunggu disuap sahaja.
    Curahan rasa lelaki kacak @ ..Justin Bieber Suka Mata Brown, Green or BlueMy Profile

  2. Anak2 skrg terlalu dimanjakan, kelak memakan diri sendiri, bile semuanya free dah macam diajar untuk tidak berdikari

  3. Anak2 adalah masa depan kita
    ditangannya lah nasib bangsa dan negara
    karena mereka adalah penerus kita
    tanamkan ilmu dan pengetahuan untuk bekal dimasa depan

    salam dari Toko Obat Kuat

  4. saya teringin nak duit ada banyak, lepastu buat sekolah sebab ilmu ni SANGAT penting. kesian tgk anak2 orang susah sebab mereka ni bukan tak pandai cuma tak ada duit nak belajar. insyaAllah 1 day nanti, kalau ada rezeki…
    Curahan rasa Lizz @ ..Koleksi Puisi – POPKON!My Profile

  5. Saya setuju dengan pendapat denaihati..even dengan sistem ptptn pun saya tak setuju..sbb ibu bapa dok pakai gadget mewah.. Bershopping mewah..bila bab pendidikan anak berhutang..lepas tu anak yg kena bayar sendiri..

  6. Saya setuju dengan pendapat DH.. Ramai remaja pada hari ini tidak mahu belajar bersungguh-sungguh disebabkan mereka tidak merasai susah payah untuk mendapatkan peluang belajar.. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini pula dalam kategori berada.. Jadi mereka tidak merasai kepayahan untuk menyekolahkan anak mereka..

    Orang zaman dahulu nak menyekolahkan anak punyalah bersusah payah.. Kerja bertungkus lumus nak cari duit belanja bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah..

    Sepatutnya kita bersyukur dengan nikmat yang kita ada pada hari ini.. 😉
    Curahan rasa Anuar @ ..Perkenalkan 1 Pembeli , dapat Komisyen RM1,000My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!