Pelajaran percuma baguskah untuk generasi masa depan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau kita baca biografi pemimpin terkenal atau usahawan berjaya pasti mereka akan berkongsi bagaimana bersusah payah ibubapa mereka membanting tulang mencari rezeki penyekolahkan mereka. Aku sendiri melalui pengalaman yang sama dimana kedua ibubapa bersusah payah berusaha siang dan malam mencari rezeki menyara dan menyekolahkan lima orang anak-anak.

Pengorbanan ibubapa memang tidak dapat dibandingkan sehingga kekadang malu pada diri sendiri. Sebagai ibubapa kepada anak-anak sekarang selalu sahaja lari daripada fokus kehidupan. Kalau dulu ibubapa fokus pada anak-anak sehingga terlupa diri sendiri, terlupa beli baju sendiri, terlupa keperluan sendiri. Sekarang ibubapa fokus kepada kereta, gadget, berapa helai baju, berapa banyak handbeg sehingga ada yang terlupa nak bayar yuran sekolah. Ibubapa tak sanggup berkorban mengeluar duit untuk pendidikan anak-anak yang terbaik berbanding keperluan diri sendiri.

Pengorbanan ibubapa dulu menyebabkan ilmu yang kita dapat berkat berjaya dalam kerjaya dan bisnis. Bagaimana pulak anak-anak kita di masa depan sedangkan sekarang pun kita sering mengeloh kerana prestasi pelajaran anak-anak kita tidak seberapa. Kita sering menyalahkan anak tanpa melihat diri kita yang lebih pentingkan diri sendiri berbanding keperluan anak.

Bagaimana pulak kalau sistem pelajaran kita seratus peratus percuma apalah agaknya pengorbanan ibubapa pada anaknya. Apa pulak anak nak katakan apabila mereka dewasa kelak. Bolehkah anak katakan aku berjaya dalam pelajaran kerana pengorbanan ibubapa. Secara peribadi aku kurang setuju dengan pendidikan percuma kerana boleh menyebabkan ibubapa lepas tangan. Ibubapa mesti membayar kos pendidikan anak mengikut kemampuan dan hanya pelajar yang cemerlang dan keluarga termiskin boleh menerima pelajaran percuma dari Kerajaan.

Untuk mendapat ilmu yang berkat perlu ada pengorbanan barulah melekat dalam hati. Semua tokoh dunia yang terkenal mendapat ilmu dengan berbagai cara yang susah. Kalau kita membina generasi yang mendapt ilmu cara mudah dan percuma makanya kita menyediakan satu generasi yang tidak kuat mindanya yang pasti memberi kesan buruk kepada generasi dan negara untuk masa hadapan.

Sekolah di Kemboja
Kelas di bawah masjid
Madrasah di Kemboja
Kelas di bawah rumah penduduk

Madrasah di Kemboja banyak yang daif tetapi dapat melahirkan anak-anak yang pintar. Di Malaysia ramai pelajar yang tidak belajar bersungguh-sungguh sehingga gagal kerana tidak bersyukur dengan kos pendidikan yang murah. Bagaimana pulak kalau pelajaran percuma adakah mereka boleh berubah tabiat daripada malas belajar menjadi rajin?


Spread the love

222 Comments

  1. Pendidikan percuma adalah bagus untuk mereka yang tidak mampu. Dan perlaksaannya perlulah telus.

    Tp kalau di Malaysia pekara yg mustahil. Cukuplah sekiranya caj perkhidmatan dibuang dari sistem pinjaman pelajaran.

    Melahirkan generasi yang berjaya dan berketerampilan, bukan generasi berhutang.

  2. kadang-kadang kedaifan adalah “guru” paling berkesan utk membentuk jati diri insan utk lebih bersyukur dan bermaruah. sepatutnya kesenagan itu patut disyukuri berlipat kali ganda….tapi kita sering lalai dalam kesenagan yang melimpah ruah…wallahuallam
    Curahan rasa dinar @ ..Ke arah mana tren harga emas?My Profile

  3. Nih la menjadi trend skrang.. PERCUMA… satu pendekatan yang harus di-timbang sewajarnya. Se-olah2 kita tidak mampu untuk berdaya saing lagi dalam dunia pemodenan. Sejujurnya bagi saya, saya masih menitik-beratkan cara dan pengolahan orang2 terdahulu (ibubapa kita) seperti dicoretkan oleh DH. Pada berpendapat saya, intipati dan cara pendidikan yang telah diterapkan kepada kita oleh orang2 terdahulu harus dijadikan pegangan, cuma pendekatannya kita sendiri olahkan mengikut arus semasa. Thks DH..
    Curahan rasa irsah @ ..SSM Daftar RM 50 Untuk 5 Tahun – Syarikat EnterpriseMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!