PDRM (Polis Diraja Malaysia) semakin Panas! Panas!

Spread the love

Setelah membaca entri di Megat.net yang bertajuk Carian Keyword Panas, Trafik Mantap! dan entri di Ariffshah.com bertajuk Belajar SEO dengan Google’s SEO report card otak aku mula menganalisa suasana semasa untuk mengambil faedah semaksimum yang boleh. Sifu yang paling sesuai nak belajar keyword dan SEO ni tak lain tak bukan Kak Jie lah yang sentiasa mencuba Keyword yang berjiwa, tak percaya baca entri terbaru Kak Jie Nota Untuk PDRM yang kena Sapu. Kenapa aku cakap berjiwa kerana setiap entri mempunyai cerita bukan sekadar nak guna keyword sahaja.

Sekarang ini tengah panas dengan isu PDRM (Polis Diraja Malaysia). Mungkinkah keyword PDRM atau Polis Diraja Malaysia yang Kak Jie gunakan ini antara yang dikelas oleh Megat.net sebagai keyword Panas. PDRM sedang panas dengan isu Koperal Jenain Subi yang didakwa menembak  Aminulrasyid Amzah dan beberapa lagi kes tembak menembak yang lain serta kes pencuri kereta yang memohon maaf  kerana tersalah sapu kereta KP Selangor. Aku ingatlah sekarang tengah musim PDRM almaklumlah Malaysia ni ada banyak musim kekadang musim kemalangan, kekadang musim buang bayi, kekadang musim dera anak dan macam musim lagilah. Musim isu PDRM ni lebih panas sehingga melebihi ranking musim Akademi Fantasia ke 8. Jadi sekarang kalau nak jadi terkenal kenalah buat kes dengan PDRM pasti masuk blog, facebook dan surat khabar. Tak lama lagi satu dunia pulak akan demam dengan musim FIFA World Cup 2010.

Memang seronok kalau dapat manafaatkan keyword yang tepat kerana kita akan mendapat pengujung daripada berbagai sumber yang dijemput dan tidak dijemput seperti yang berlaku pada blog Kak Jie yang dapat purata 3343.60 pengunjung setiap hari. Setakat ini baru ada satu sahaja entri di Denaihati iaitu Dua kopitiam yang ada sijil halal daripada jakim yang mendapat pengujung melebih 200 setiap hari semenjak di post pada 27/2/10.

Jumlah pengujung 3 hari untuk entri Sijil Halal Jakim

Bayangkan kalau aku ada 20 entri yang mempunyai pengujung melebihi 200 setiap hari untuk setiap entri. Bayangkan…. Insyallah suatu hari nanti akan tercapai hasrat ini yang penting jangan berhenti belajar dan mengajar.  Semuga ada ILMU yang boleh dipelajari daripada entri ini.
[ad#advertlets336]


Spread the love

304 Comments

  1. sungguhpun post ini lebih kepada keyword panas yang melibatkan perkataan pdrm. namun perkataan pdrm itu sendiri banyak mempengaruhi pandangan dan persepsi kita.

    masyarakat sudah lama menjadi ‘prejudice’ terhadap perkatan yang satu ini. itulah masalahnya…

    ‘first impression’ kita bukanlah sesuatu kebenaran yang ‘absolute’. sungguhpun setiap pandangan kita adalah sesuatu yang benar untuk diri kita sendiri. kerana pandangan itu pilihan kita sendiri.

    namun adakah kesimpulan dan pandangan itu sesuatu yang munasabah sekiranya kita hanya membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu perkara kecil tanpa mengambil kira keseluruhan perkara itu?

    adakah sesuatu yang bijak membuat kesimpulan bagi keseluruhan gerabak keretapi hanya kerana kita sempat bertandang pada satu daripada ratusan gerabak keretapi?

    begitulah juga dengan polis. memang ada polis yang rasuah, salahguna kuasa, dan jahat. tapi adakah kes terpencil ini boleh mengambarkan keseluruhan pasukan polis?

    berlaku adillah pada polis sebagaimana kita ingin keadilan itu ditegakkan pada kita.

    polis bukan robot, polis juga bukan malaikat, polis tidak lahir dengan unifom terlekat di badan…

    satu dimensi persepsi dari:

    seorang polis,
    senjatanya adalah pena,
    pelurunya adalah kata…
    Curahan rasa zahrawi @ ..Saman Polis Di PersoalkanMy Profile

  2. @steward john, *@Dya, Ha, kalau kes tu, memang Dya yang salah sebab tak pakai seat belt pun. Nak femes kena ikut etika.. hehhe

    femes ikot etika?mcm mane tu?ade ke jd femes tp sbb2 yg xelok tp still ikot etika? huhu

  3. @mieran, *@Dya, pandai dya..hehehe..bila2 dya nak tulis entry make sure letak tajuk entry dengan keyword yang tengah hot sekrang.isi entry mesti berkaitan la dengan tajuk entry,,heheeh

    ooo mcm tu rupenya, baru paham keyword tu cane huhu

  4. @ajuera, eh silap, bukan title blog to title entri kita…contohnya kalau dya tgk encik DH post entri baru, then dia guna title cam entri ni(PDRM semakin panas), mesti dya tertarik nk baca kn, title die cam pelik je hehe…tp ni pendapat dya la

  5. @steward john, alamak komen dya xkeluar ke..takpe dya taip selagi lg..

    xde maknanya dya nk terjah artis2 malaysia ni, byk lg kerja lain yg boleh dya buat haha

    1. @Dya, Sama jer soalan tu dengan soalan dekat atar.. kena jawab juga ker ni?
      .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

      1. @Steward John, ha….soalan ape yg same ni steward ..? maybe sbb dya ingt komen dya xkeluar so tu yg dya reply sekali lg huhu

        1. @Dya, Kemungkinan macam tu ler.. Kena aware Dya, nanti orang kata spamming.
          .-= Steward John´s last blog ..Google Pagerank Exposed =-.

          1. @Steward John, spamming pulak dah…dya bru post entri sal spamming, but more like a GIF hehe ..

  6. @steward john, haha steward ni, xde maknanya dya nk terjah artis2 kt malaysia ni, byk lg kerja lain yg boleh dya buat keke

        1. @Dya, Ye la.. nak Dya disaman? tak kena mengena nanti Dya yang jadi femes dekat Mesia.. hehe
          .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

          1. @Steward John, haha xde maknanya dya nk jd femes kt mesia sbb tu, kena tahan ngan polis trafik sbb xpakai seat belt pn dya dh cuak haha

            1. @Dya, Ha, kalau kes tu, memang Dya yang salah sebab tak pakai seat belt pun. Nak femes kena ikut etika.. hehhe
              .-= Steward John´s last blog ..Google Pagerank Exposed =-.

  7. Pingback: PDRM (Polis Diraja Malaysia) semakin Panas! Panas! | Denaihati | rhrv.com
      1. @joegrimjow, insyaAllah pas PR update naik la 1 level lg..mantap la blog bro

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!