PBS gagal jangan tuding jari

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa tahun dahulu sibuk ibu bapa, ahli politik, NGO dan masyarakat kata anak-anak kita di sekolah dibebani dengan peperiksaan demi peperiksaan daripada darjah satu hinggalah tingkatan enam. Mereka mesti melalui empat peperiksaan besar iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM itu belum masuk lagi peperiksaan bulanan, peperiksaan setengah tahun dan peperiksaan akhir tahun. Sibuklah ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang. Kalau keputusan tak cemerlang masyarakat akan kata anak-anak ini bodoh sehingga ada yang tertekan membunuh diri

Bertindak daripada masalah “exam oriented” maka kerajaan telah mengumpulkan pakar dalam dan luar negara untuk menilai semula sistem pendidikan kebangsaan. Hasilnya maka lahirlah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mengurangkan peperiksaan dengan digantikan dengan sistem yang lebih terbuka. Sistem seperti ini telah diamalkan dikebanyakan negara maju dimana peperiksaan bukanlah cara utama untuk digunakan untuk menilai tahap kepandaian seseorang pelajar.

SPM 2013

Entah mana silapnya sistem PBS dikatakan menjadi beban kepada guru-guru kerana sistem yang sangat berbeza dari sistem terdahulu dan sokongan ke atas sistem sangat lemah. Aku sependapat  dengan Kak Jie sistem PBS adalah baik tetapi cara pelaksaannya banyak kelemahan. Bukan mudah untuk guru-guru dan pegawai pendidikan untuk berhijrah minda mengubah sistem yang sudah sebati dalam diri berpuluh tahun kepada sistem PBS yang baru. Memang sedap cakap kenapa anak-anak dibebani dengan peperiksaan demi peperiksaan tetapi untuk mengubah sistem mengikut sistem pendidikan negara maju perlukan pengorbanan guru, pegawai pendidikan, ibu bapa dan murid. Pengorbanan itu bermakna perlu melalui kesusahan sebelum senang dan berapa ramai yang sanggup bersusah-susah untuk kesenangan generasi akan datang.

[box type=”shadow”]Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. Kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan. – Berita Harian [/box]

Kerajaan telah membuah keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan sistem PBS untuk melakukan bedah siasat dimana silapnya sehingga perubahan ini tidak mendapat sambutan mesra daripada guru-guru. Bagi aku sistem PBS boleh diibaratkan seperti perlumbaan Formula One yang memerlukan kerja berpasukan antara ceo, jurutera, teknikal, designer dan lain-lain pasukan untuk membina kereta lumba yang terbaik untuk pemandu terbaik memenangi perlumbaan. Guru-guru tidak boleh disalahkan seratus peratus apabila sistem PBS gagal kerana guru hanya pemandu yang memandu sistem yang telah dicipta oleh pasukan pencipta. Kegagalan mesti ditangguh oleh semua termasuk guru yang tidak dapat mengubah minda untuk menjadi pemandu yang baik.

sistem PBS gagal salah siapa

Tolonglah jangan menuding jari kesalahan hanya kepada Kerajaan sahaja kerana sistem PBS terhasil dari desakan semua yang tidak mahu lagi membebankan anak-anak dengan peperiksaan. Ini salah kita semua Kerajaan, Pembangkang, NGO, ibu bapa, Kementerian Pendidikan dan Guru-guru. Jangan pulak bila dah gagal maka kita terlupa desakan kita dahulu supaya Kerajaan mengubah sistem pendidikan.

Bagi aku kesilapan yang paling ketara dalam sistem pendidikan negara kita adalah apabila Kerajaan dan Pembangkang tidak dapat duduk semeja mengubal sistem pendidikan yang sepakat untuk generasi akan datang. Apa yang berlaku sekarang sistem pendidikan sentiasa dipolitikan untuk meraih undi dan anak-anak menjadi mangsa. Sudah tiba masanya kegagalan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijadikan iktibar. Semua pihak daripada Kerajaan, Pembangkang, NGO dan ibu bapa mesti duduk satu meja mengubal sistem pendidikan negara yang disetujui oleh semua untuk membina generasi yang lebih berjaya di masa hadapan. Selagi trend hanya Kerajaan sahaja menentukan sistem pendidikan negara, siapa pun yang memerintah tidak akan dapat mencipta sistem yang terbaik untuk negara. Ketepikan semua perbezaan pendapat yang sering menghantui Malaysia dalam bidang tertentu seperti agama dan pendidikan demi membina negara yang lebih berjaya bukan parti atau individu tertentu yang berjaya.


Spread the love

82 Comments

  1. Ramai guru bersunggut pasal bebanan pbs ni. Tapi wawa taktahu la pula macam mana pelajar yang kena pbs ni. Nasib baik zaman wawa tak kena pbs. Tapi perkara baru laksanakan macam ni ada naik ada jatuhnya juga. IN Sha Allah perlaksanaan pbs ini akan berjaya suatu hari nanti. Perkara baru memang susah orang nak biasakan diri 🙂
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDAMy Profile

  2. bagi aku sistem dah okey..cuma kerajaan tidak perlu terburu-buru dalam melaksanakannya..ambil masa untuk kenalpasti kelemahan dan perbaiki…wujudkan beberapa sekolah khusus untuk jadi perintis kepada sistem baru ini…seban kita sudah terlalu lama biasa dengan sistem pendidikkan lama..takkan nak ubah secepat kilat…saranan aku ini agar tidak membebankan guru dan murid yang menjadi mangsa
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5sMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!