PBS gagal jangan tuding jari

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa tahun dahulu sibuk ibu bapa, ahli politik, NGO dan masyarakat kata anak-anak kita di sekolah dibebani dengan peperiksaan demi peperiksaan daripada darjah satu hinggalah tingkatan enam. Mereka mesti melalui empat peperiksaan besar iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM itu belum masuk lagi peperiksaan bulanan, peperiksaan setengah tahun dan peperiksaan akhir tahun. Sibuklah ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang. Kalau keputusan tak cemerlang masyarakat akan kata anak-anak ini bodoh sehingga ada yang tertekan membunuh diri

Bertindak daripada masalah “exam oriented” maka kerajaan telah mengumpulkan pakar dalam dan luar negara untuk menilai semula sistem pendidikan kebangsaan. Hasilnya maka lahirlah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mengurangkan peperiksaan dengan digantikan dengan sistem yang lebih terbuka. Sistem seperti ini telah diamalkan dikebanyakan negara maju dimana peperiksaan bukanlah cara utama untuk digunakan untuk menilai tahap kepandaian seseorang pelajar.

SPM 2013

Entah mana silapnya sistem PBS dikatakan menjadi beban kepada guru-guru kerana sistem yang sangat berbeza dari sistem terdahulu dan sokongan ke atas sistem sangat lemah. Aku sependapat  dengan Kak Jie sistem PBS adalah baik tetapi cara pelaksaannya banyak kelemahan. Bukan mudah untuk guru-guru dan pegawai pendidikan untuk berhijrah minda mengubah sistem yang sudah sebati dalam diri berpuluh tahun kepada sistem PBS yang baru. Memang sedap cakap kenapa anak-anak dibebani dengan peperiksaan demi peperiksaan tetapi untuk mengubah sistem mengikut sistem pendidikan negara maju perlukan pengorbanan guru, pegawai pendidikan, ibu bapa dan murid. Pengorbanan itu bermakna perlu melalui kesusahan sebelum senang dan berapa ramai yang sanggup bersusah-susah untuk kesenangan generasi akan datang.

[box type=”shadow”]Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. Kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan. – Berita Harian [/box]

Kerajaan telah membuah keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan sistem PBS untuk melakukan bedah siasat dimana silapnya sehingga perubahan ini tidak mendapat sambutan mesra daripada guru-guru. Bagi aku sistem PBS boleh diibaratkan seperti perlumbaan Formula One yang memerlukan kerja berpasukan antara ceo, jurutera, teknikal, designer dan lain-lain pasukan untuk membina kereta lumba yang terbaik untuk pemandu terbaik memenangi perlumbaan. Guru-guru tidak boleh disalahkan seratus peratus apabila sistem PBS gagal kerana guru hanya pemandu yang memandu sistem yang telah dicipta oleh pasukan pencipta. Kegagalan mesti ditangguh oleh semua termasuk guru yang tidak dapat mengubah minda untuk menjadi pemandu yang baik.

sistem PBS gagal salah siapa

Tolonglah jangan menuding jari kesalahan hanya kepada Kerajaan sahaja kerana sistem PBS terhasil dari desakan semua yang tidak mahu lagi membebankan anak-anak dengan peperiksaan. Ini salah kita semua Kerajaan, Pembangkang, NGO, ibu bapa, Kementerian Pendidikan dan Guru-guru. Jangan pulak bila dah gagal maka kita terlupa desakan kita dahulu supaya Kerajaan mengubah sistem pendidikan.

Bagi aku kesilapan yang paling ketara dalam sistem pendidikan negara kita adalah apabila Kerajaan dan Pembangkang tidak dapat duduk semeja mengubal sistem pendidikan yang sepakat untuk generasi akan datang. Apa yang berlaku sekarang sistem pendidikan sentiasa dipolitikan untuk meraih undi dan anak-anak menjadi mangsa. Sudah tiba masanya kegagalan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijadikan iktibar. Semua pihak daripada Kerajaan, Pembangkang, NGO dan ibu bapa mesti duduk satu meja mengubal sistem pendidikan negara yang disetujui oleh semua untuk membina generasi yang lebih berjaya di masa hadapan. Selagi trend hanya Kerajaan sahaja menentukan sistem pendidikan negara, siapa pun yang memerintah tidak akan dapat mencipta sistem yang terbaik untuk negara. Ketepikan semua perbezaan pendapat yang sering menghantui Malaysia dalam bidang tertentu seperti agama dan pendidikan demi membina negara yang lebih berjaya bukan parti atau individu tertentu yang berjaya.


Spread the love

82 Comments

  1. Wan setuju apabila semua pihak perlu duduk berbincang kerana semua yang terlibat termasuk yang mengkondem itu ada kepakaran masing-masing yang boleh diguna pakai. Jangan hanya membuat sesuatu tanpa ilmu yang bagus dan jangan hanya pandai mengkritik tanpa ada usaha yang baik untuk memperbaikinya. Akhirnya sesuatu sistem itu akan gagal. Impaknya dah tentu pada pelajar itu sendiri.
    Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu JuaMy Profile

  2. PBS masih lagi diteruskan cuma cara pelaksanaan di ubah supaya lebih mesra guru. Yang menjadi beban ialah mengisi data secara online dan menyediakan evident. Dan sekrang telah di tukar kepada offline dan evident tidak perlu di simpan. Jadi pelaksanaan PBS sekarang lebih mudah dan tidak membebankan guru.
    Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51My Profile

  3. Walaupun kerajaan bertukar ganti, biarlah sistem pendidikan terus diperkasakan, bukan diubah mengikut “signature” pentadbiran.

    Namun saya sangat setuju bahawa semua pihak yang berperanan di dalam menjayakan satu-satu sistem.kerana sebuah sistem tersebut tidak dapat bergerak sempurna dan hebat secara solo.
    Curahan rasa myliferia @ ..Fungsi Protein Soya Bagi PelajarMy Profile

  4. Sistem pendidikan kita telah caca merba dek politik dan perlaksanaan tergopoh gapah.

    Lebih berat dari itu, bangsa lain seperti Cina dan India kini rata-ratanya menyekolahkan anak2 mereka di SRJK sendiri. Akhirnya kita kurang integrasi. Majoriti Melayu tidak berbahasa Mandarin dan Tamil manakala anak Cina dan India kini makin ramai yg tidak tahu berbahasa Melayu.

    Apa kita menunggu bom jangka 13 Mei berulang kembali dengan sistem begini?
    Curahan rasa JomJalan @ ..Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki MelancongMy Profile

  5. Rasanya yang menjadi masaalah utama adalah kurangnya penjelasan dan hala tuju mengenai sistem ini. Ideanya adalah baik untuk mengelakkan kita menjadi exam oriented tetapi pada masa yang sama kita juga tiada kayu pengukur yang jelas bagi menilai pencapaian murid-murid. Bagi saya, sistem dulu lebih sesuai cuma untuk tujuan peperikasaan utama seperti PMR dan SPM, kita kena hadkan pada core subject sahaja iaitu BM, BI, Maths dan Sains. Dalam masa yang sama markah juga diberikan pada aktiviti ko-kurikulum dan sukan kerana ia membantu menerapkan semangat kerjasama dan perpaduan.

    Bab guru-guru terbeban itu, yang kawe dengar – salah satu sebabnya ialah server kementerian selalu crash dan tak mampu menerima data yang terlalu banyak dari guru-guru di seluruh negara. Satu masalaah yg sama yang di alami oleh UMS tak lama dulu sehingga mereka abandon pengunaan penerimaan maklumat data students secara online.
    Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Royals: A Grammy Awards Winner And AzanMy Profile

    1. ikut statistik bilangan guru sekolah rendah dan menengah, ada lebih setengah orang(kurang pasti berapa ramai yang terlibat dengan PBS ni). jika sebab utama adalah dari server yang tak dapat menampung, kemungkinan besar tak terlalu lama untuk selesaikan masalah ni rasanya.
      Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Untuk Blogger 2014My Profile

      1. Semua guru terlibat dengan PBS, bermakna semua matapelajaran. Tidak seperti UPSR mp yg terlibat hanya 4 subjek teras iaitu BM, BI, Maths dan Sains. Sekolah kecil tiada masalh, tapi sekolah yang murid ramai, memang merungut Cikgu, tambahan line internet slow…
        Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!