PBS gagal jangan tuding jari

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa tahun dahulu sibuk ibu bapa, ahli politik, NGO dan masyarakat kata anak-anak kita di sekolah dibebani dengan peperiksaan demi peperiksaan daripada darjah satu hinggalah tingkatan enam. Mereka mesti melalui empat peperiksaan besar iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM itu belum masuk lagi peperiksaan bulanan, peperiksaan setengah tahun dan peperiksaan akhir tahun. Sibuklah ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang. Kalau keputusan tak cemerlang masyarakat akan kata anak-anak ini bodoh sehingga ada yang tertekan membunuh diri

Bertindak daripada masalah “exam oriented” maka kerajaan telah mengumpulkan pakar dalam dan luar negara untuk menilai semula sistem pendidikan kebangsaan. Hasilnya maka lahirlah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mengurangkan peperiksaan dengan digantikan dengan sistem yang lebih terbuka. Sistem seperti ini telah diamalkan dikebanyakan negara maju dimana peperiksaan bukanlah cara utama untuk digunakan untuk menilai tahap kepandaian seseorang pelajar.

SPM 2013

Entah mana silapnya sistem PBS dikatakan menjadi beban kepada guru-guru kerana sistem yang sangat berbeza dari sistem terdahulu dan sokongan ke atas sistem sangat lemah. Aku sependapat  dengan Kak Jie sistem PBS adalah baik tetapi cara pelaksaannya banyak kelemahan. Bukan mudah untuk guru-guru dan pegawai pendidikan untuk berhijrah minda mengubah sistem yang sudah sebati dalam diri berpuluh tahun kepada sistem PBS yang baru. Memang sedap cakap kenapa anak-anak dibebani dengan peperiksaan demi peperiksaan tetapi untuk mengubah sistem mengikut sistem pendidikan negara maju perlukan pengorbanan guru, pegawai pendidikan, ibu bapa dan murid. Pengorbanan itu bermakna perlu melalui kesusahan sebelum senang dan berapa ramai yang sanggup bersusah-susah untuk kesenangan generasi akan datang.

[box type=”shadow”]Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. Kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan. – Berita Harian [/box]

Kerajaan telah membuah keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan sistem PBS untuk melakukan bedah siasat dimana silapnya sehingga perubahan ini tidak mendapat sambutan mesra daripada guru-guru. Bagi aku sistem PBS boleh diibaratkan seperti perlumbaan Formula One yang memerlukan kerja berpasukan antara ceo, jurutera, teknikal, designer dan lain-lain pasukan untuk membina kereta lumba yang terbaik untuk pemandu terbaik memenangi perlumbaan. Guru-guru tidak boleh disalahkan seratus peratus apabila sistem PBS gagal kerana guru hanya pemandu yang memandu sistem yang telah dicipta oleh pasukan pencipta. Kegagalan mesti ditangguh oleh semua termasuk guru yang tidak dapat mengubah minda untuk menjadi pemandu yang baik.

sistem PBS gagal salah siapa

Tolonglah jangan menuding jari kesalahan hanya kepada Kerajaan sahaja kerana sistem PBS terhasil dari desakan semua yang tidak mahu lagi membebankan anak-anak dengan peperiksaan. Ini salah kita semua Kerajaan, Pembangkang, NGO, ibu bapa, Kementerian Pendidikan dan Guru-guru. Jangan pulak bila dah gagal maka kita terlupa desakan kita dahulu supaya Kerajaan mengubah sistem pendidikan.

Bagi aku kesilapan yang paling ketara dalam sistem pendidikan negara kita adalah apabila Kerajaan dan Pembangkang tidak dapat duduk semeja mengubal sistem pendidikan yang sepakat untuk generasi akan datang. Apa yang berlaku sekarang sistem pendidikan sentiasa dipolitikan untuk meraih undi dan anak-anak menjadi mangsa. Sudah tiba masanya kegagalan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijadikan iktibar. Semua pihak daripada Kerajaan, Pembangkang, NGO dan ibu bapa mesti duduk satu meja mengubal sistem pendidikan negara yang disetujui oleh semua untuk membina generasi yang lebih berjaya di masa hadapan. Selagi trend hanya Kerajaan sahaja menentukan sistem pendidikan negara, siapa pun yang memerintah tidak akan dapat mencipta sistem yang terbaik untuk negara. Ketepikan semua perbezaan pendapat yang sering menghantui Malaysia dalam bidang tertentu seperti agama dan pendidikan demi membina negara yang lebih berjaya bukan parti atau individu tertentu yang berjaya.


Spread the love

82 Comments

  1. Lebih selesa dengan PPSMI.
    Sebab boleh tingkatkan penguasaan inggeris. bukan susah sangat nak belajar inggeris.

    nanti bila masuk universiti hampir semua syllabus guna bahasa inggeris, terutamanya subjek-subjek yang menggunakan buku dari luar negara sebagai buku rujukan.

    alangkah bagusnya PPSMI diteruskan
    Curahan rasa QZ92 @ ..Apa yang patut dibawa ketika Ujian MUET?My Profile

  2. Sekadar pendapat saya.

    Saya berharap sistem ini di bedah siasat untuk diperbetulkan semula dimana silapnya dan dteruskan demi kepentingan pelajar pelajar sekolah.

    Suatu ketika dahulu ketika hayat PPSMI masih ada, saya sendiri melihat peningkatan berbahasa Inggeris 4 orang adik saya telah meningkat dan pada masa yang sama pergaulan mereka juga telah meningkat dimana mereka boleh bergaul dengan semua bangsa dengan bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

    Antara pencapaian terbaik adalah markah mereka dalam Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik juga telah meningkat dengan mendadak dan meyebabkan mereka tidak lagi kekok untuk berbahasa Inggeris dimana saja. Kebanyakkan adik adik saya menambil jurusan sains untuk menyambung pelajaran mereka kerana mereka faham dan mereka sendiri yang mengalami perkara tersebut.

    Antara kata kata mereka adalah “Mak, Ayah, Kakak dan Abang tak perlu bimbang nak hantar tusyen English kami sebab kami belajar PPSMI semua dalam English”

    Antara pencapaian terbaik adik adik saya adalah mereka mendapat band 4 dalam MUET. Walaupun bukan band 5 atau band 6. Bagi saya saya turut bangga dengan kejayaan tersebut ini adalah kerana sebagai pelajar Melayu yang bertutur bahasa Melayu di sekolah dan di rumah boleh mendapat kejayaan tersebut.

    Akhirnya setelah hayat PPSMI telah ditamatkan mereka mengeluh dan berkata “lepas ni pusat tusyen English akan kaya sebab sebelum ni mereka tak boleh cari makan”

    Ini adalah pendapat saya dan saya menyusun jari memohon maaf sekiranya pendapat saya mengguris hati

  3. cikgu-cikgu takde masalah sebenarnya nak buat kerja pbs ni..cuma benda ni memenatkan. dia ambil waktu sepanjang tahun kalau betul-betul buat..

    cuma..masalah server tu yang menyakitkan hati..slow..dan lembab..

    tapi serius..memang penat wat benda nih. kalau cikgu tak cukup tidur tu..kira normal la tu..
    Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 103My Profile

  4. Kerana perlaksanaannya bakal bawa impak besar, maka jadi rumit perkara ini. Namun yang rumit tetap boleh dimudahkan jika kesungguhan dan kerjasama tu ada. Pihak yang rasa patut melibatkan diri, duduklah semeja, ketepikanlah fahaman dan kepentingan. Dulu kita jugak yang minta perubahan. Pelik benar bila ada yang cacat je mula lah pertandingan tuding jari. Jenuh la macam ni kan.

  5. siapa yang bersalah sekalipun, paling teraniaya adalah anak-anak murid..selalu menjadi bahan eksperimen

    dulu PPSMI, sekarang PBS..

    apa yang saya tengok dalam PBS ni adalah cabaran pelaksanaannya

    kita tidak boleh fikir semua pelajar adalah sebagus pelajar-pelajar KISAS..

    fasiliti pun sama..apa guna sistem canggih tetapi cikgu bangun 3-4 pagi pun sistem masih slow

    semoga mereka² mendapat penyelesaiannya secepat mungkin..jangan aniayai pelajar=pelajar
    Curahan rasa cikgu naman @ ..Tiga TerbaikMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!