Assalamualaikum dan Salam dari perantauan, kalau dah sampai London rugi sangat kalau tak menyeberang Selat Inggeris ke Paris. Awal pagi kami bergerak dari Best Western Premier Mostyn Hotel ke Station Keretapi London untuk menaiki keretapi laju Eurostar melalui terowong menyeberangi Selat Inggeris ke Paris.
Untuk menaiki Eurostar mesti melalui pemeriksaan yang rapi seperti menaiki pesawat. Harga tiket boleh tahan juga 170 pound. Perjalanan London ke Paris sejauh lebih kurang 500 batu mengambil masa 2 jam 15 minit dengan kelajuan maksima mencecah 334 km/jam. Bosan duduk lama boleh lah ke cafe ngopi, makanan halal memanglah tak de. Tapi jangan pulak jadi macam Bro Eyriqazz naik KLIA Ekspress sorang-sorang mesti bosan.
Setelah melalui perjalan pantas selama lebih dua jam akhirnya aku untuk kali pertama menjejaki kaki di Paris ibukota Perancis. Melihat binaan bagunan di Paris teringat kembara musafir europe ketika singgah di Rome dan Prague yang pernah aku lawati sebelum ini. Kami menginap di Hotel Mon yang hanya lima minit daripada Arc De Triomphe. Hari kedua menginap di Hotel Duret lebih kurang lima minit dari Hotel Mon. Hotel Duret biliknya lebih lapang dan lokasi menarik kerana dekat dengan farmasi, supermarket dan mesin ATM HSBC.
Di Paris santai je lebih banyak cuci mata melihat keindahan Paris dan window shopping di branded outlet yang bermacam-macam terutama yang memang berasal dari Paris seperti Louis Vuitton (brand favourite Sweetkurma) dan Hermes. Penduduk tempatan baik lelaki dan perempuan memang bergaya dan berfesyen. Betul lah kalau orang kata Paris ini Kota Fesyen.
Hari pertama sesat barat mencari makanan halal di Paris. Mengikut aplikasi iPhone Zahibah memang ada lebih 98 Restoran Halal di Paris, 7 pasar halal dan 18 masjid tetapi banyak juga yang dah tutup. Setelah berpusing-pusing akhirnya kami sampai di Restoran Raja Maharaja terletak di 14 Rue desQuatre Frères Peignot yang menghidangkan makanan citarasa India. Ramai Pelancung Malaysia yang makan di restoran ini dan kebetulan aku berjumpa dengan Top Designer Malaysia Rizalman, sempatlah jugalah hulur bisnis kad Denaihati.
Hari ke dua setelah berpenat-penat berjalan dari satu kedai ke satu kedai kami menaiki teksi menuju ke Restoran Asian Food terletak di 30, Avenue George V. Gabungan menu citarasa Jepun, Thai dan China memang menyelerakan terutama bila perut dah lapar. Kawasan restoran ini memang kawasan muslim ada banyak kedai muslim dan paling best ada Masjid Omar ibn el Khattab.
Tiga hari di Paris memang terasa seronoknya. Pemandu teksi memanglah semacam ganas je tetapi uniknya tak pernah nak menolak apabila kita tunjukkan peta arah tujuan. Kalau di Kuala Lumpur sebilangan kecil pemandu teksi memang menjengkelkan suka-suka hati je reject penumpang macamlah dah kaya sangat (Ni kes dah pernah kenalah tu yg angin satu badan .. heee).
Nak mudah pusing-pusing melihat keindahan Kota Paris boleh naik Paris Tour Bus seperti di London. Paris Tour Bus akan berhenti di tempat menarik seperti Eiffle Tower Paris dan lain-lain untuk beri peluang pelancong mengambil gambar. Kalau stamina kuat boleh juga sewa basikal.
Paling best kat Paris ini ada banyak skuter yang bermacam-macam model yang tidak ada di Malaysia. Sempat juga jengah kedai motor Norton biasa dengan nama tapi susah dah nak jumpa di Malaysia.
153 Comments
rasa ralat tak gi ke paris masa gi london dulu..
Curahan rasa kak ina kl @ ..Seronoknya Minum Susu Bersama Keluarga
seronoknya kalau dapat ke sana….
semoga selamat pergi dan tibe !
Curahan rasa muazfaris @ ..Doktor Neurologi masuk Islam selepas kaji saraf di otak
teringin sangat nak pergi paris. dunia fesyen terkenal
Curahan rasa rozuan @ ..JAMUAN RAYA MARDI
Salah satu tujuan wisata dunia para para wisatawan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Yang Harus Dihindari Ibu Hamil
setiap wisatawan yang datang berkunjung ke kota paris, pastilah tidak akan pernah lupa untuk menilik monumen ‘charles de gaulle’ ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Yang Harus Dihindari Ibu Hamil
letaknya yang strategis di tengah-tengah kota dan dekat dengan pusat perbelanjaan yang sangat terkenal yang ada di avenue des champs elysees
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Yang Harus Dihindari Ibu Hamil
Itu sedikit pula gambaran mengenai Arc de Triomphe
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Yang Harus Dihindari Ibu Hamil
Monumen yang tingginya 51 meter dan lebar 45 meter ini disamping sebagai pintu gerbang kota Paris, juga sebagai tempat untuk meletakkan prasasti para Pejuang yang tidak dikenal dan sering dijadikan sebagai tempat berziarah dan peletakan karangan bunga
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Yang Harus Dihindari Ibu Hamil
Sebenarnya arc de triomphe adalah sebuah monumen yang dibangun atas perintah Napoleon Bonaparte untuk mengenang jasa-jasa tentara kebesarannya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Yang Harus Dihindari Ibu Hamil
Sebagai salah satu kota yang menjadi kiblat mode dunia serta keindahan kota Paris menjadi magnet tersendiri.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video ‘Gangnam Style’ Siti Nurhaliza
Paris, adalah paduan sempurna dari kecemerlangan intelektualitas, seni, budaya dan masyarakat dinamis yang posmodern.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video ‘Gangnam Style’ Siti Nurhaliza
Betapa di sini, gairah mencipta, tak pernah berhenti bergeliat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video ‘Gangnam Style’ Siti Nurhaliza
tapi ada diskriminasi bang sering orang islam dipinggirkan
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kemenkeu akan membuka Penerimaan 700CPNS
kota-kota besar selalu ada bycicle yang disewakan, menarik
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kemenkeu akan membuka Penerimaan 700CPNS
Umumnya negara-negara eropa ada saja seperti itu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video ‘Gangnam Style’ Siti Nurhaliza
Pergi Paris ni bolehla jumpa Zlatan Ibrahimovic bro..
Curahan rasa zool @ ..SsangYong e-XIV concept
Panjang ya, perjalanannya. sekarang udah diparis lagi….
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Download Soal UTS Ujian Tengah Semester Untuk SD Semester 1
memang top la lau dapat camni
Curahan rasa siti @ ..Buat Duit Dengan Share Link
mati hidup semula pun susah nak beli kete tu..hihihi
Curahan rasa dzuandiey.com @ ..Seluar Dalam Superman
Teringin jugak nak naik kereta laju tuh…hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh, Alexa! : 1st Giveaways BudakFelda.Com
wahhhhhh…..tergamam sebentar…memang teringin nak kesana.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey.com @ ..Cara Alternatif Ganti CCTV Rosak
Wahhh seronoknya bergambar dgn lambogini..hahaha…
Curahan rasa Hafizul @ ..Kerja Di Rumah Pun Boleh Dapat Duit Jugak
bro PK, kalau bergambar dah seronok, ni kalau dapat naik…mau pitam pat kali…hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Terima Kasih Daddydee & Cik Tom
jalan-jalan ke paris emang asyik lain kali bawa oleh2 yan g banyak,,….
Curahan rasa obat alami jantung koroner @ ..Obat Kuat Sex
Paris memang cantik… luaran. Ingat nak buat satu rekaan fesyen dan hantar ke Paris… agak2 boleh laku tak?
Curahan rasa yangbaik @ ..Suami meragam ketika isteri hamil
Comments are closed.