Pandang pertama Macbook Pro 13″ Retina

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Pembangunan laman sesawang sudah menjadi rutin seharian yang tidak dapat dipisahkan. Saban hari pelbagai teknologi baru yang diperkenalkan dan ianya membuatkan proses pembelajaran perlu dilakukan secara berterusan atau kita akan ketinggalan dalam dunia yang bergerak serba pantas ini. Sejak tahun lepas, percubaan demi percubaan untuk membangunkan aplikasi berasaskan iOS atau OSX dilakukan, tetapi disebabkan konsep tertutup yang diamalkan oleh pihak Apple Inc. banyak kekangan dan cabaran yang terpaksa dilalui.

Namun disebabkan keperluan untuk membangunkan aplikasi berasaskan sistem operasi ini, pihak Denaihati Network telah menambah pelaburan dengan membeli sebuah MacBook Pro 13″ dengan paparan Retina. Gadget terbaru ini akan digunakan untuk projek-projek yang telah lama dirancang untuk rangkaian Denaihati tetapi masih tidak berjalan disebabkan pelbagai kekangan.

Artikel kali ini, akan berkongsikan pengalaman pertama kali menggunakan MacBook Pro dan juga sistem operasi Mac OS X oleh pengguna tegar Windows selama ini. Terus terang, pertama kali cuba untuk menggunakan MBP ini memang agak ragu-ragu, kerana tidak pasti bagaimana keadaan dan cara ianya berfungsi. Namun perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.

Blog denaihati pada paparan retina Macbook Pro
Paparan denaihati.com pada retina display

Perkara pertama yang dibuat setelah pertama kali login ke MBP ini adalah mengaktifkan langganan waranti yang dibeli bersama-sama dengan gadget ini. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sistem operasi OS X ini pada mulanya memang tampak janggal. Namun disebabkan paparan yang ringkas dan mudah untuk dinavigasi, perkara asas seperti memuat turun peralatan pembangunan seperti sublimetext, ftp, dan seumpamanya dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.

Peralatan pembangunan laman sesawang dan aplikasi online bukanlah kerisauan utama, tetapi email akaun, dan data-data sensitif dari workstation yang lama itu lebih penting. Nasib menyebelahi kerana amalan menggunakan perisian cross platform sebelum ini, sedikit sebanyak memang membantu dalam memastikan semuanya boleh digunakan juga pada Workstation baru ini.

Kawalan desktop pada paparan Mac OS X
Kawalan desktop yang pelbagai ini memudahkan proses pengaturcaraan

Perisian email yang digunakan adalah Thunderbird, email-email dalam perisian ini boleh dibackup dan kemudian dialihkan ke MBP ini. Saiz total backup mencecah hampir 30GB. Memang banyak data yang disimpan sejak tahun 2007. Salinan email ini kadangkalanya berguna untuk membuat rujukan, terutama perkara yang melibatkan pembelian lesen perisian dan seumpamanya.

24 Jam menggunakan Macbook Pro Retina ini memberikan pengalaman yang berbeza berbanding semasa menggunakan Windows. Ianya merupakan pengalaman pertama yang menyeronokkan terutama untuk seorang pengaturcara. Banyak development tools yang boleh digunakan dengan lebih baik pada platform Mac OS X ini.

Ikuti pengalaman bagaimana pertukaran sistem operasi mempengaruhi produktiviti seharian dalam artikel seterusnya yang akan diterbitkan dalam masa terdekat. Adakah ianya menyebabkan produktiviti berkurang atau sebaliknya.

Berikut beberapa gambar Macbook Pro Retina 13″ yang sempat diambil.

[customgallery]

Nantikan rentetan artikel seterusnya mengenai MacBook Pro Retina ini.


Spread the love

81 Comments

  1. Orang macam saya, mungkin ada banyak software nak guna, dan ianya tak sebati dengan Mac itu sendiri.
    Kedua, walaupun grafik dia sangat cantik terutama yang ada Retina Display, namun saya lebih selesa dengan windows yang lebih mesra pengguna.

    Saya cuma pernah dalam 1 minggu sahaja. Rasanya kerana saya sendiri belum masak dengan sistem dia. Kawan saya kata, kalau betul-betul belajar sampai masak-masak tentang sistem Macbook ni, insya Allah nanti akan rasa selesa dan sangat best.

    Buat masa sekarang, saya masih setia dengan Windows saya, laptop Dell. Lainlah kalau ada kawan-kawan kat sini yang nak sponsor. ;p
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

  2. Memang kalau dah menggunakan MBP susah nak berpisah dengannya. Sangat mesra pengguna dan kurang mengalami masalah. Aku dah guna MBP sejak 2010 lagi. mmg berbaloi-baloi.

  3. Jualan MacBook semakin merosot dari tahun ketahun, kerana tiada keperluan sangat, produk pun macam biasa2 saja seperti PC Windows juga – penggunaan sama selain itu harganya mahal yang amat tidak muasabah. Ketahanan/kualiti sama saja dengan PC Windows. Habis, apa yang diperlukan sangat dengan MacBook Apple ini? Untuk buat kerja graphic saja diperlukan, tetapi berapa orang sangat yang memerlukannya?

  4. membaca reviewnya jadi pengin memilikinya,sayangnya harus merogoh kocek dalam-dalam…hehe
    Thanks kawan atas share artcle nya, Semoga Tuhan beri kesuksesan selalu untukmu….
    Curahan rasa Barcode memudahkan kerja @ ..aaaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!