Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Datangnya Islam kepada kita mengingatkan kita betapa gigihnya Nabi Muhammad SAW selaku nabi akhir zaman yang mahu memastikan syiar Islam tersebar ke seluruh dunia. Pengorbanan yang baginda lalui jauh lebih hebat dengan kehidupan kita yang penuh dengan pelbagai perkara yang menggugat iman.
Rukun Iman yang keempat adalah Percaya kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Beruntunglah kepada sesiapa yang sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada setiap hari kerana cukup banyak kebaikan dan rahmat apabila berselawat. Walaupun kita tidak dapat berjumpa dengan Rasulullah, namun ingatan dan berimannya kita kepada baginda adalah pada setiap hari.
Justeru, Kerajaan Negeri Kedah melalui Lembaga Muzium Negeri Kedah akan menganjurkan buat julung kalinya Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman, Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA yang akan dipamerkan di Muzium Negeri Kedah. Sebanyak 27 artifak peninggalan Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat RA yang boleh kita melihat, mempelajari dan menghayatinya bahawa kesemua itu pernah dipegang dan digunakan oleh baginda.
Sokongan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah cukup memberangsangkan dan pameran ini juga adalah usahasama di antara Lembaga Muzium Negeri Kedah, Dragon Heart Sdn Bhd dan Galeri Warisan M.A.R.
Pameran yang cukup bermakna ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 27hb Mac 2017 di Perkarangan Muzium Negeri Kedah. Promosi juga bersiaran di AM Live Astro, Malaysia Hari Ini TV3, dan juga KedahFM.
Artifak-artifak ini dibawa khas daripada pemegang koleksi peribadi yang datang dari luar negara seperti Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.
Untuk ke pameran tersebut perlulah membuat belian tiket secara atas talian di www.tamadunislam.com bagi memudahkan urusan dan hanya tebus di kaunter tebusan pada sepanjang pameran berlangsung. Bayaran masuk ke pameran ini adalah seperti berikut:
Dewasa (16 tahun ke atas) : RM20.00
Kanak-kanak (6 tahun – 15 tahun) : RM10.00
Pelajar sekolah (beruniform)
Pelajar IPTA (beserta kad pelajar)
Warga emas (60 tahun ke atas)
OKU
Kanak-kanak (6 tahun ke bawah) : Percuma
Jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai ke Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA di Muzium Negeri Kedah. Belian tiket secara atas talian di www.tamadunislam.com dan terus ke pameran artifak.
63 Comments
Bertuah orang Kedah dapat melihat pameran ini. Bukan senang nak tengok artifak Rasullulah S.A.W. Kebanyakannya di bawa khas dari luar negara.
Masa sekolah dulu, pernah pergi pameran artifak macam ni..banyak ilmu boleh belajar. Memang patut ke pameran sebegini.
Curahan rasa JMR @ ..Disney Hollywood Hotel, Hong Kong..Berbaloi atau Tidak?
lama dah tu, jom refresh bakik, mungkin ada artifak yang belum tengok lagi
Curahan rasa Denaihati @ ..Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu
semalam tengok ramai yang share gambar artifak muzium negeri kedah.. seronok jugak kalau dpt pegi ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Lazada Surprise Box 2017
kan..ramai gak blogger terutama blogger belah2 utara yang dah pergi ke pameran artifak ni..memang menarik. minta2 pameran ini di bawa ke lembah klang kan
Curahan rasa JMR @ ..Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?
bestnya, kalaula dekat kl mesti boleh pegi terutama time cuti sekolah ni
Curahan rasa raihanah @ ..Set Mengandung Kencing Manis Shaklee
artifak Rasulullah kalau dekat teringin sangat nak lihat benda ini suatu benda yang pernah dipakai oleh orang termulia di dunia
saya pun sama..memang teringin untuk menerbitkan rasa cinta yang lebih mendalam
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Persinggahan Rutin Di Pasar Balai Ringin
Kebetulan pula cuti sekolah. Memang bagus sangat bawa anak-anak menghayati sejarah Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Memang tepat pada masanya kerana ia diadakan pada musim sekolah..
Semoga ia dijalannkan setiap tahun..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Rahsia Pikat Bakal Suami Yang Hensem
Kalau mereka buat road tour di semua muzium negeri di seluruh Malaysia pun lagi bagus.
Curahan rasa rahimah majid @ ..5 Tips Ekstra Semasa Menempah Tiket Promo Airasia
Kalau ada peluang dan kesempatan bolehlah rebut peluang ini untuk pergi terutamanya orang-orang Kedah.
kalau boleh peluang begini jangan dilepaskan begitu saja…sayang
bukan selalu peluang yang begitu baik begini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Persinggahan Rutin Di Pasar Balai Ringin
Kalau orang kedah rugilah tak pergi, dekat sangat dah tu….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu
Betul tu rugi kalau orang Kedah tak pi Muzium Negeri untuk melihat pameran
Curahan rasa cikpinz @ ..Jus Limau Penawar Untuk Hipertensi
Pameran ini diadakan pada minggu musim cuti sekolah.. boleh la ibu bapa bawa anak2 isi masa lapang dengan aktiviti faedah..
Banyak tamadun dan sejarah Islam boleh dipelajari.. rugi kalau tak pergi
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Paradoks Yang Membingungkan. Dan Maksud Paradoks.
memang rugi tak pergi, pameran semacam ni jarang sangat ada, dari segi harga InsyaAllah sangat berbaloi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Karnival Karangkraf SifuFBads 2017
Siapa yang tak pergi memang rugila tuan..
Sebab ia bukan selalu untuk diadakan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Jauhi Busuk Hati Untuk Murah Rezeki
info yang bagus. menambahkan ilmu pengetahuan kita, belajar melalui pemerhatian
Curahan rasa siti hazreen @ ..Program Bina Sahsiah Fardhu Ain (BISAFA) – Bagai Sirih Pulang ke Gagang
belajar melalui pemerhatian tu lebih menarik dan melekat dalam hati. mudahan semua yang kesini mendapat manfaatnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kuasa landing page produk bukan saja menjual juga dijual
Bolehlah bawa keluarga, sesuai masanya dengan musim cuti sekolah. Tapi kita ibu bapa jangan lupa kongsikan sekali dengan anak-anak kisah-kisah perjuangan dakwah baginda, supaya mereka dapat lebih memahami peranan kita sebagai muslim dan hama Allah.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Wanita Perlu Lakukan Ini Untuk Cegah Kanser Serviks | Barah Pangkal Rahim
betul sangat, supaya anak-anak dapat mengetahui dan mendekati sejarah, kita kecil-kecik dulu memang takde pameran macam ni dan kalau ada belum tentu mak ayah kita mampu bawa,
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips selesaikan masalah dan berjaya dalam hidup
Harap dapat tengok pameran sebegini.. Dulu dah berpeluang tengok separuh dari artifak ni masa dekat kelantan tahun 2012 di istana kubang kerian. Kalau dapat pergi lagi tengok seronoknya banyak lagi rupanya artifak tinggalan Rasulullah ni..
mudahan sis dapat pergi le, InsyaAllah. dan semoga dupermudahkan perjalanan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips jadikan blog sebagai mall jualan
Menarik ni..
Kebetulan saya ada urusan di Kedah pada 21 hingga 24 Mac.. In Shaa Allah, kalau ada masa boleh pergi ni.
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
cantik sangat dah tu, semoga dipermudahkan trip esok tu nanti, cuti sekolah kereta banyak kat highway.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa
yalah kan…bagus juga kalau pameran sebegini..
ada aktiviti untuk anak anak musim cuti sekolah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Rahsia Pikat Bakal Suami Yang Hensem
Haah kan. Kebetulan pula pameran ini diadakan pada minggu mysim cuti sekolah.. bolehlah ibu bapa bawa anak2 tengok sekali..
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
Sekurang-kurangnya terisi juga aktiviti musim cuti sekolah anak-anak dengan sesuatu yang berfaedah..
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
ini bermakna ibubapa perlu juga bercuti bersama anak anak
Rancang aktiviti dengan rapi supaya dapat pergi pameran tersebut
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Rahsia Pikat Bakal Suami Yang Hensem
tu lah, bawa anak-anak melancung dan tambah ilmu serta mendekati sejarah nabi dan para sahabat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Semakan keputusan SPM 2016 secara online
tiket pun tak mahal sangat.. berbaloi bawak anak anak pegi tengok artifak mcm ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
Haah.. betul.. setuju sangat..
dengan harga tiket yang murah… diharap semua golongan berkemampuan untuk menyaksikan pameran ni..
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
harga tiket kira memang murah dan pasti ramai mampu lah, kalau dibandingkan dengan apa yang ada kat pameran memang bukan senang nak jumpa.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips duit buat duit dan duit bekerja untuk kita
untungla orang kedah dapat peluang melihat artifak rasulullah dari dekat, ambil peluang ramai2 na
Curahan rasa raihanah @ ..Cyst Dalam Buah Pinggang
Comments are closed.