PageRank Penentu Ranking di Google?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Contest Hidup Seorang Blogger kini telah menghampiri peringkat seterusnya. Berdasarkan syarat yang telah ditetapkan, para peserta perlu menghasilkan 1 entri selewat-lewatnya pada jam 11.59 malam, 22 Ogos. Alhamdulillah, kebanyakan peserta yang berdaftar telah pun menulis entri berkenaan dan semua telah disenaraikan dalam Hidup Seorang Blogger entri wajib 1. Jangan lupa juga, peserta perlu menerbitkan entri wajib kedua bermula pada 29 Ogos, selepas jam 12.01 pagi dan selewat-lewatnya jam 11.59 malam.

Macam yang dimaklumkan awal-awal, content SEO Hidup Seorang Blogger mempunyai konsep yang agak berlainan. Kali ni Denaihati.com telah meletakkan beberapa syarat penting dan salah satunya berkaitan dengan PageRank blog. Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa contest kali ni mempunyai syarat macam tu sedangkan contest lain tidak. Sebelum saya menjawab persoalan tu, eloklah difahami dahulu basic kepada PageRank untuk memudahkan penjelasan.

PageRank (PR) ni pada asasnya lebih kepada nilai populariti sesebuah blog. Maknanya, lebih tinggi PR blog, maka semakin popularlah blog tu dan peluang untuk menempatkan laman tersebut dalam SERP (search engine results pages) adalah lebih tinggi.

Populariti ni dinilai berdasarkan apa pula? Salah satu perkara yang diambil kira untuk menentukan populariti tu ialah back link atau link yang kita terima daripada blog lain. Setiap link dari blog lain bertindak semacam undian untuk blog kita. Maknanya lagi banyak dapat undian, lagi bagus.

Tapi kena faham juga yang tidak semua backlink tadi dikira sebagai undian yang bernilai tinggi. Google akan melihat juga kepada beberapa faktor lain. Ini sudahpun saya jelaskan dalam entri Bagaimana Back link Dikira untuk Google Page Rank dan SEO. Ambillah peluang untuk membacanya sebab entri tu memberikan penjelasan yang mudah dan kalau difahami betul-betul, ia sebenarnya sudah menjawab persoalan kenapa hanya PR tertentu yang dibenarkan menyertai Contest Hidup Seorang Blogger ni.

Bagaimanapun itu bukanlah faktor utama kepada Denaihati.com hanya memilih blog yang mempunyai PR2 dan ke atas boleh menyertainya. Macam yang dimaklumkan awal-awal, HIDUP SEORANG BLOGGER mempunyai konsep yang berlainan. Kelainan yang dimaksudkan bukan hanya pada kelayakan PR. Pada saya contest kali ni lebih kepada Best SEO Practise atau dengan kata lain, ia sebenarnya lebih kepada eksperimen untuk mengkaji sejauh mana PR benar-benar berkuasa dalam menentukan kedudukan laman dalam SERP. Jadi untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat, hanya PR2 dan ke atas dipilih. Tujuannya adalah untuk memastikan tidak wujud julat perbezaan yang ketara antara PR blog yang bertanding yang mungkin menyebabkan sukar untuk kita membuat rumusan kekuatan dan kelemahan sesuatu.

Logik paling mudah, dalam pertandingan bola sepak misalnya, setiap kategori akan ditentukan berdasarkan kumpulan umur pemain. Ada Kategori 12 tahun ke bawah, 18 tahun ke bawah atau 21 tahun ke bawah. Macam tu juga dalam contest SEO kali ni. Kalau merujuk kepada senarai peserta, PR blog adalah antara 2 – 4. Jadi ia mempunyai julat perbezaan yang kecil. Perbezaan yang kecil ni akan memberikan keputusan analisis yang lebih tepat. Dalam masa yang sama, pertandingan lebih sengit tetapi adil. Begitulah kalau mengikut kefahaman saya.

Semoga penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan kenapa pada kali ni hanya PR2 ke atas sahaja yang layak menyertai dan diharapkan juga tidak ada rakan-rakan yang kecil hati. Kepada semua peserta yang menyertai contest HIDUP SEORANG BLOGGER, gunakanlah kesempatan ini untuk menambah sedikit pengetahuan dan kemahiran SEO.

Keterangan PenulisEntri Pagerank Penentu Ranking di Google ini adalah hasil karya KulanzSalleh yang merupakan seorang blogger yang tidak kurang hebatnya sekarang. Blog beliau  KulanzSalleh.com dengan PR4 penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.

1. Senarai Peserta contest HIDUP SEORANG BLOGGER

2. Senarai Entri Wajib 1 HIDUP SEORANG BLOGGER

3. Senarai Entri Wajib 2 HIDUP SEORANG BLOGGER

4. Link Popularity tips SEO dari Ariffshah

[ad#Mangga 300]


Spread the love

298 Comments

  1. bila baca penulisan mengenai SEO ni, terus terang saya memang kebanyakan tak paham apa-apa.. Tapi syukur bila ada kawan2 lain yang menulis mengenai ni juga, walaupun tak paham secara total, sekurang-kurang dapat meringankan “ketidak fahaman” yang saya alami… terima kasih kawan-kawan
    Curahan rasa mrnamie @ ..Logitech Mouse M100 mula berkhidmatMy Profile

  2. Pingback: Akhirnya saya berjaya mencipta template sendiri.
    1. tidak. Penggunaan domain (dot com atau dot blogspot) sama sekali tidak mempengaruhi SERP. Akan tetapi penggunaan NAMA DOMAIN ada mempengaruhi SEO. Contonya, penggunaan denaihati lebih baik dari denai-hati

  3. Terasa nak kongsi sikit pengalaman aku yang asyik2 tengok monitor SERP untuk contest ni..

    Bagi aku antara PR 1-3 adalah jauh lebih kecik nilai daripada PR 4-10
    Sebab biasanya PR 4 keatas domain mempunya umur yang tua lebih daripada setahun. Dan PR 3 kebawah tak sampai setahun pun InsyaAllah boleh dapat kalo ada backlink PR tinggi dan yang penting, update selalu.

    Aku cakap perbezaan ketara sebab julat2 antara PR dikira seperti makin tinggi PR, semakin susah nak dapat sebab gandaan julat antara PR makin besar. harap2 korang fahamnya. Jadi site yang PR tinggi mudah Google tanpa ada kekuatan backlink yang banyak. Aku bagi contoh kes site ventureprofile yang PR 5 mula2 dulu yang mana tanpa backlink tapi hanya anchor text, tapi mudah jer canak duk page pertama 🙂
    Curahan rasa Maliq @ ..HIDUP SEORANG BLOGGER – The actual Making of the particular Next Uber BloggerMy Profile

    1. Just nak kongsi pengalaman aku.. Kenaikkan PR tidak bergantung berapa lama usia domain.. Ada domain yg usia 3 bulan lebih boleh naik PR5, ini atas apa yg berlaku kat aku.. Apa yang penting kualiti backlink dan aliran link juice yg banyak..

      Berkenaan venture profile, pendapat aku sebab site tu popular, so bila ada something new yg dibuat kat situ, bende tu mudah nak masuk page depan.. tp tidak akan bertahan lama.. sama juga apa yg berlaku dengan site prlog, ianya site2 yg popular dan diberi perhatian google.

      Kalau nak cuba, try guna nowpublic, buat post kat sana dgn seo optimize, mmg mudah masuk page 1, tp kat sana nofollow. 🙂
      Curahan rasa Hidup Seorang Blogger @ ..Gaya Hidup Seorang Blogger Separuh MasaMy Profile

      1. site online bachelor degree ke bro?hehe
        Entah la bro,belajar SEO ni pun berdasarkan pengalaman. Masing2 ada pengalaman berbeza,so untung lah ada contest ni boleh kongsi pengalaman. Ada yang MYTH dan ada yang CONFIRM. Macam2 teori pun belum tentu tepat hatta formula perkiraan PR selagi tak tanya Engineer Google.

        Pendapat aku, PR tinggi mudah masuk page depan tapi mudah jatuh jika tidak disupport dengan backlink. backlink jugak nak nya, tak boleh lari 🙂

        A’ah
        Nowpublic tuh, teringat masa contest Melayu Boleh 🙂

        p/s : Digg dah dofollow sekarang 😀
        Curahan rasa Maliq @ ..HIDUP SEORANG BLOGGER – The actual Making of the particular Next Uber BloggerMy Profile

            1. yang diperlukan adalah mencantumkan atau meletakkan identitas, alamat blog anda di berbagai tempat yang berbeda-berbeda sebanyak-banyaknya, seperti di berbagai mesin pencari selain, di web/blog ditectory, artikel direktory.

            2. Blogger yang buat benda macam ni rasanya mencemarkan etika berblogging tu jer. Ambil komentar orang lain, lepas tu letak dekat blog orang lain untuk meraih baclinks padahal boleh guna otak sendiri untuk melontarkan komentar. Takkan la dorang ni tak pandai menghargai penulisan orang lain? mau menghasilkan satu entri pun sudah susah.
              Curahan rasa Steward John @ ..Amazing Race Asia Season 4My Profile

    1. Memang berbeza kerana google.com.my hanya khas untuk database Malaysia sahaja manakala google.com open untuk satu dunia. Blog juga mempunyai peratusan pelawat yg berbeza ada yg banyak Malaysia sahaja dan ada yg lebih global.

      1. lagi satu yang paling ketara adalah Google.com mengUTAMAkan blog BI.

        Google.com.my mengUTAMAkan Blog BM. Contohnya dalam contest ini memang ketara SERP beberapa blog yang fully BI, dan fully BM antara kedua dua domain Google ni.

        Bagi saya untuk target SERP terbaik untuk dua dua domain Google ini, buat lah blog anda campur2 macam rojak seperti blog aku.haha

        Lagi satu, kalo nak target google.com, backlink tuh mestilah dari website/blog BI nak2 pulak kalo comment, kena lah dalam BI jugak 🙂

        ni la yang aku rasa rasa lah..bukan nya betul pun..sharing is caaring 🙂
        Curahan rasa Maliq @ ..HIDUP SEORANG BLOGGER – The actual Making of the particular Next Uber BloggerMy Profile

      2. oww baru paham perbezaanya…pendapat saya berdasarkan pengalaman keyword melayu lebih cepat naik di google.com.my berbanding di google.com

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!