PageRank blog pentingkah?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua sifu yang sudi berkongsi ilmu Pagerank dalam entri “Pagerank blog salah faham”. Semakin faham aku dengan Pagerank ni. Antara banyak komen ada satu yang menarik perhatian iaitu komen dari JeJAI :

Salam, pertanyaan. Apakah kepentingan yang terdapat pada PageRank sehingga ramai orang cuba untuk mendapat PR tertinggi? Apakah pulangan kepada seseorang blogger sekiranya PR kita mencecah sehingga atas PR6..masih tercari-cari.

Menyelongkar rahsia Blog

Memang ramai blogger yang dah tak pentingkan PageRank tapi bagi aku sangat penting. Memang dah jadi tabiat apa yang aku buat semuanya sungguh-sungguh bukan sekadar membazir masa sahaja. Bagi aku Pagerank adalah salah satu indikator untuk mengukur tahap kemahiran aku berblog. Untuk meningkatkan PR blog bukan sahaja bergantung pada nasib tetapi mesti mematuhi berbagai syarat yang telah ditetapkan oleh GOOGLE. Untuk itu aku sebagai blogger mesti terus belajar menyelongkar rahsia berblog samada dari pembacaan di blog-blog sifu dalam dan luar negara dan bertanya terus kepada sifu.

Berblog pun mesti ada matlamat bukan sekadar duit sahaja jadi pasti kewujudan kita dalam dunia blogging yang penuh cabaran ini akan berpanjangan. Aku sedang berusaha mencapai matlamat sebagaimana yang aku dah tulis dalam entri “Plan 100 hari blogging“. Aku tak yakin kalau berblog tanpa tujuan tak ada Pagerank pun tak pe sebab saja suka-suka menulis akan memanjangkan hayat sebagai blogger terutama kepada blogger yang datang dari luar dunia komputer dan internet.

Kesimpulannya seperti komen  Ekspresiruangtapi kalau kisah, bukankah ianya akan memotivasikan blogger tu sendiri utk lebih maju ke depan?“.

nota : komen seorang teman di Facebook : PR x ptg kot…yg pntg org nk click ads je..adakah itu statement “daring”?

[ad#nuffnang336]


Spread the love

93 Comments

  1. Blog saya masih tidak dapat dikesan lagi untuk “page rank”. Alexa pula saya lihat semakin tinggi. 500K. Sebelum ini ia adalah 100K tiba-tiba meningkat pun saya tidak tahu bila dan mengapa ia terjadi.

  2. PR sangat penting kepada yang berBlog for long term. Ada beberapa perkara yang dinilai oleh mereka yang ingin meletakan iklan (iklan = duit) di blog anda:

    1. Page Rank – reputasi
    2. Alexa ranking – reputasi juga
    3. Berapa banyak komen untuk post2 anda – Kuasa pengikut dan reputasi =)

    Itu cuma antara yang terpenting. Jika anda mampu untuk memiliki ranking2 yang bagus untuk perkara di atas, bermakna blog anda akan dikerumuni dengan duit =). Percayalah.

    Kalau just nak buat blog untuk suka-suka…saya takder komen =). Next please…

  3. Persoalan dr komen Jejai “Salam, pertanyaan. Apakah kepentingan yang terdapat pada PageRank sehingga ramai orang cuba untuk mendapat PR tertinggi? Apakah pulangan kepada seseorang blogger sekiranya PR kita mencecah sehingga atas PR6..masih tercari-cari.”

    Ok, bercakap tentang kepentingan PR.. Ini sy berkongsi dr pengalaman sy. Kelebihannya: Tanda sesuatu blog itu mesra SEO, Google lebih mesra dengan blog korang, Mendapat perhatian lebih dari Google, Entry yang baru dipublish lebih cepat di index Google kerana google bot sentiasa bermain di blog yg berPR tinggi, Teknik Meta Marketing lebih berkesan, Authority blog anda lebih tinggi, Mudah mendapat advertiser (jual link) dan Semestinya boleh buat duit dengan PR.

    Jika di sebut PULANGAN apabila mempunyai PR yg tinggi, sudah tentu ianya lebih kearah peluang membuat duit dgn PR. Ada ke yg tak percaya boleh buat duit dengan PR ni? Jika blog mempunyai PR yg tinggi, gunakanlah peluang itu dengan sebaik mungkin.
    Curahan rasa Azuan @ ..Finding the Best Handyman in TownMy Profile

      1. Bagi mereka yang menggunakan website / blog untuk mencari uang di internet, tentu Page Rank yang lebih tinggi adalah idaman. Ini juga efek dari manfaat Page Rank terhadap SERP dan juga trafik yang meningkat. Maka mendapat uang melalui bisnis seperti Paid Review, PPC dan entah apalagi namanya akan menjadi lebih mudah.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pengumuman Hasil Ujian Nasional SMA 2011My Profile

  4. semakin pandai kita berblog semakin bermotivasi kita berblog. Sebab ilmu blog ini luas. Mcam orang pandai main gitar mula mula pandai main kord c am f g.Lama lama makin banyak lagu boleh main. Lepas tu ada member plak. Ajak member pegi jamming. kita sama sama belajar dan menegur di mana kekurangan masa jamming tu. Makin lama makin hebat. Boleh main kat rumah orang kendduri kawin. Lepas tu main gig. Lepas tu buat single. Syarikat rakaman ambik kita jadi artis. Ada tak analoginya dengan berblog?..
    Curahan rasa yusri @ ..Kaedah Kenaikan Pangkat Guru- Hadiah Hari Guru 2011My Profile

    1. Sepertinya begitu, tapi blog saya sepertinya belum mantap meskipun PR nya mulai mantap.!!

      Sy tunggu kunjungannya..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!