P1 MiFi MF230 – Internet 4G Di Mana Saja

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Packet One atau P1 merupakan satu nama tak asing lagi dengan Denaihati Network, pernah menaja Seminar WP Akademi Denaihati dan Majlis Sepetang Bersama Blogger. Kalau ada rezeki manalah tahun P1 sudi nak menaja Majlis Bersama Blogger 2.0 yang akan dianjurkan selepas Aidilfitri.

Terima kasih kepada P1 yang telah menaja 56 tiket tayangan perdana Batman The Dark Knight Rises untuk rakan-rakan Denaihati di Sunway Pyramid hari tu antaranya Kak Yanmie, SagiTaurus (macam biasa je ni bila nak jumpa), Nurhidayahisa, FaizalPj, MrPiratz, Elizabeth dan ramai lagi . Cerita Batman terbaru memang best! Bersempena tayangan filem Batman The Dark Knight Rises ni P1 ada melancarkan produk baru MiFi MF230.

P1 MiFi Sponsor Tiket Batman

P1 MiFi (yang bermaksud My Personal WiFi) adalah modem paling sesuai bagi mereka yang inginkan internet jalur lebar ketika berada di luar rumah atau di mana-mana saja. MiFi MF230 berbeza dengan wireless router biasa kerana ianya bersaiz kecil, menggunakan kuasa bateri, mudah dibawa ke mana saja dan boleh menerima signal 4G serta boleh dikongsi dengan ENAM peranti lain (5 melalui WiFi dan 1 melalui USB). Tak perlu lagi melanggan pelan internet lain untuk setiap peranti yang kita miliki.

MiFi MF230 P1 Modem

Ramai orang mempunyai dua atau lebih peranti termasuk komputer riba, smartphone, tablet, WiFi kamera dan peranti permainan. Untuk menghubungkan kesemua peranti ini dengan pelan jalur lebar berbeza akan menjadi mahal dan menyusahkan. Setiap orang harus mendapatkan MiFi mereka sendiri (personal 4G WiFi) dan kini mereka boleh“, kata Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai.

Pelan Internet P1 MiFi

Modem MiFi MF230 yang bersaiz poket ni tersedia dengan hanya RM100 je melalui pelan internet P1 ToGo™ beserta yuran bulanan sebanyak RM39. Bagi mereka yang inginkan prestasi lebih bolehlah pilih ‘mid plan’ atau ‘high plan’ yang menawarkan kelajuan tanpa had dan sehingga 10GB kuota penggunaan.

Pelan Internet P1 MiFi

Ada siapa dah cuba P1 MiFi MF230 ni mungkin boleh kongsikan pendapat dengan pembaca lain. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang modem P1 MiFi dan pelan yang ditawarkan, sila layari laman web www.p1.com.my/togo dan Facebook P1.

Comments