Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempat layan Ombak Rindu dengan famili dan teman. Menyaksikan adegan Izzah yang sedang berbaring di katil lusuh di rumah buruk di kampung manakala suaminya Hariz sedang berbaring di katil cantik bersama isteri baru mengingatkan aku pada tulisan aku dalam entri “20112011“. Antara yang aku catatkan dalam entri tersebut “cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain“.
Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi” itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.
Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya Kak Jie yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.
Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.
Review Filem Ombak Rindu
176 Comments
sangat tersentuh dgn ayat redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah… 🙁
Curahan rasa downloadmoviebaru @ ..Download Alvin And The Chipsmunks 3: Chipwrecked (BluRay) mkv files
ya…kata2 yang amat menyentuh hati…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
menelan pahitnya kepasrahan dalam filem ombak rindu
Curahan rasa incik @ ..[Study] – Anger Management (Pengurusan Marah)
duh jadi inget pacar saya nick.
Curahan rasa salsabila @ ..Stella Perfume
Kita memang harus selalu pasrah dan mengharapkan ridhoNya
Curahan rasa asyiqin @ ..Kesadaran Berasuransi "Because Life is Special"
pasrah menerima takdir kehiidupan…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Oh…begitu rupanyer erti redho dan pasrah…thank..
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Komik-M Pendekar Melayu Terakhir
benar.. seakan-akan sama tapi ada berbeza keberkatan dariNya.
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
dah tgok filem, dah bce novel berulangkali sejak zaman student lg…ada sequel x filem ni nnti ye
Curahan rasa wany @ ..Al-Fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus
xboring tgok cerita ni…novel pun best jugak….
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
film yang bagus
Curahan rasa Dadan @ ..Motor Esemka Mulai Diminati
mas dadan juga ada tgok ya?
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
x tgk lg.harap2 ade pengajaran yang boleh diambil dari cerite ni
sekali tgok mesti tak puas hati..,.
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
ombak rindu 🙂
mantap infonya
Curahan rasa Jacky Blog @ ..Best Smartphone in the Year 2011
ramai yang demam ombak rindu ni..apa-apa pun yang baik jadikan teladan, yang tak elok jadikan sempadan ! 😉
jom terjah!!
LATEST ENTRY : Lebih 20 Kesilapan Filem Ombak Rindu Yang Tidak Disedari Penonton
Curahan rasa D’ya Marshmello @ ..Meet Lisa Surihani (Ombak Rindu) at TGV Wangsa Walk
ada yang mnggis tgok ceta ni…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Lubuk hatiku tersentuh mesra yang palim dalam
hahaha
Curahan rasa Diskusi Blogger Pemula @ ..Apa itu Diskusi Blogger Pemula?
Benar-benar menyentuh lubuk hatiku yang paling dalam
Curahan rasa harga Notebook @ ..Ultrabook Notebook Tipis Harga Murah Terbaik
postingan yang menyentuh hati nii
Curahan rasa pengobatan gagal ginjal @ ..Cara Cepat Sembuhkan Pendarahan Di Lambung
cerita yang amat menyentuh perasaan..
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Comments are closed.