Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempat layan Ombak Rindu dengan famili dan teman. Menyaksikan adegan Izzah yang sedang berbaring di katil lusuh di rumah buruk di kampung manakala suaminya Hariz sedang berbaring di katil cantik bersama isteri baru mengingatkan aku pada tulisan aku dalam entri “20112011“. Antara yang aku catatkan dalam entri tersebut “cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain“.
Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi” itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.
Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya Kak Jie yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.
Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.
Review Filem Ombak Rindu
176 Comments
redha itu datang bila kita selalu rindu dengan Allah.
Curahan rasa ciksembang @ ..Wordless Wednesday #12 Hasil Google Adsense
pasti di tonton filem ni
Curahan rasa Bosco d’Glamor @ ..Bunga April Drama Terbaharu Di TV3
Xtengok lg cite ni .. nk tengok…
Curahan rasa Hackpensil @ ..Hack Album Facebook orang .
Sebuah cerita menyentuh perasaan……
Curahan rasa Sparrow @ ..Gadget Impian: iPhone 4s Putih
boleh mnggis bila tgok filem ni…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
hik3…ombak rindu…kagum dengan kak jie…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Kau Ingat LRT ini Kau yang Punya ke?
ombak rindu adalah yg tbaik…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
baru gi tengok tadi…bagi saya best la..menyentuh hati..pasrt yang mule2 je macam lawak sikit..;)
Curahan rasa kedaikasperskyonline @ ..SEGMEN BLOGWALKING 1 : ‘JOM KE KEDAI’
ksian sgat tgok izzah dalam filem ni…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
ramai sgt duk citer psal movie ni..nk tgk pon jadi tak best….
Curahan rasa fakhruddin @ ..Aksi Manusia yang melucukan dalam Klip Video “Falling In Love” – Dato’ Siti Nurhaliza
mmang filem yang paling mdapat sambutan…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
ramai sgt duk citer psal movie ni..nk tgk pon jadi tak best…
Curahan rasa fakhruddin @ ..Aksi Manusia yang melucukan dalam Klip Video “Falling In Love” – Dato’ Siti Nurhaliza
tgok je lah…rugi kalau x tgok…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
ini film gan? hemmh,,bernuansa islami itu mententramkan hati,,
terima kasih atas infonya
belum tgk lagi, tp dia punya populariti yg positif nilah yg bantu kutipan jadi tinggi,
Curahan rasa Juan @ ..Kajian Perbandingan Agama bawa Keharmonian Negara – Perlukah?
rindu betul aku dgn ombak rindu
bapa lagi best.. sana sini pulun bini hehe…
ko tk syg bini..
Ini la cerita yang di cari-cari saya nak tengok ni. Dengar cerita baru tiga hari keluar dah dapat dua juta. Bila la kawan nak downloadkan ni.
Curahan rasa Naziman @ ..Terima kasih blogger otai
Ombak Rindu.. Ramai rasanya yang dah menonoton.. Masih belum berpeluang ke panggung wayang dah lebih kurang dua tahun tidak ke panggung wayang. Rasanya cerita ini sesuai untuk pasangan suami-isteri.
Curahan rasa Pandangan Bebas @ ..WAKTU SOLAT FARDHU
byk teladan citer ni..
tetap tbaik punyer…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Comments are closed.