Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempat layan Ombak Rindu dengan famili dan teman. Menyaksikan adegan Izzah yang sedang berbaring di katil lusuh di rumah buruk di kampung manakala suaminya Hariz sedang berbaring di katil cantik bersama isteri baru mengingatkan aku pada tulisan aku dalam entri “20112011“. Antara yang aku catatkan dalam entri tersebut “cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain“.
Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi” itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.
Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya Kak Jie yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.
Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.
Review Filem Ombak Rindu
176 Comments
kesetiaan, kejujuran, kepercayaan dan doa… moga kekal bahagia
Curahan rasa saiful @ ..NIKON Halloween Costume (4 Gambar)
Namun bagi isteri2 yang dilanda masalah ini banyakkan bersabar dan berdoa mungkin ada hikmah disebaliknya … jangan pergi gaduh dengan madu pula … hehehe
Curahan rasa b3njy @ ..SANTAI | ULASAN TERHADAP CONTEST GADGET IMPIAN DENAIHATI
Kekadang Benjy terfikir ketika baru kahwin dengan isteri mula2 dulu punyalah susah apa pun tak der … dan si isteri sabar menerima kekurangan kita … dan bila dah berjaya sikit sebab doa isteri dan rezeki anak2 … bila dah hensem sikit (awet muda) dan berpaling kepada pompuan lain … ADUHHH ! … kenapa langsung tidak menghargai kesetiaan isteri dahulu.
Curahan rasa b3njy @ ..SANTAI | ULASAN TERHADAP CONTEST GADGET IMPIAN DENAIHATI
Tetapi ulasan Tuan Denaihati tu macam best jeee … ada banyak unsur2 pengajaran … terutamanya kepada ‘JANTAN-JANTAN’ seperti benjy ini …. hahahahaha
Curahan rasa b3njy @ ..SANTAI | ULASAN TERHADAP CONTEST GADGET IMPIAN DENAIHATI
Belum tengok lagi cerita ni Tuan Denaihati …. sebenarnya benjy malas nak tengok cerita cam ni bukan sebab apa sebab hatinya sensetif sangat … nanti tak pasal2 keluar air mata malulah kat isteri kaannn …
Curahan rasa b3njy @ ..SANTAI | ULASAN TERHADAP CONTEST GADGET IMPIAN DENAIHATI
Yup..btul tu..kdg2 klu bjauhan mmg kita akn lbih mhrgai pasangan kita…
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
saya setuju secara peribadinya…
Curahan rasa KiD @ ..Prosperity Burger datang lagi
Boleh tak nak kata.. Poligami itu suci, cuma manusia yang membuatkan ia kelihatan jahat…
macam poitik gak .. politik itu suci, tapi manusia yang mengotorkannya…=)
Curahan rasa Norfa @ ..Pelakon Fizo Omar bakal diisytihar Muflis
tak dapat nk bayangkn perasaan ni jika dimadukan…
Curahan rasa bardboo @ ..Wordless Wednesday #03: Babies Talk
cuba bayang kan.. poooooppppppp.. kuali jatuh.. ~.. hehehe
Curahan rasa Norfa @ ..Gambar Banjir di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur berdekatan Perpustakaan Negara
tak sanggup bermadu , jika ya bermadu mungkin akan jd isteri durhaka , yang dalam hati penuh perasaan benci marah , terkilan .. lebih lah elok di biarkan suami berkahwin lain , dan di lepaskan saya ..itu lah saya .. tk mahu jd isteri durhaka
Curahan rasa puanbee @ ..Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali
Novel dah baca beberapa tahun lepas.
Benar kata DH, kadang2 bila berjauhan tu membawa byk kesan mendalam dalam perhubungan =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Dah ke belum…
dah baca jugak.. tapi sayang seribu kali sayang.. tak ingat dah cerita macam mana.. haish..
Curahan rasa Norfa @ ..Gambar Banjir di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur berdekatan Perpustakaan Negara
Setuju tu brooo … kalau macam tu aku pun nak berjauhanlah ngan isteri 3 bulan … nak tengok efek dia macam mana … hehehehe
Curahan rasa b3njy @ ..SANTAI | ULASAN TERHADAP CONTEST GADGET IMPIAN DENAIHATI
Memang best citer dia…….dah banyak tahun tak tengok wayang….bila kekawan kata rugi tak tengok 4 hari 4juta…..memang berbaloi2
Curahan rasa Homestay Melaka @ ..Siti Hajar Kuala Lumpur
tengok dua kali 2 filem ni
Curahan rasa eyra @ ..Pelancaran 5 buku terbaru Lejen Press
woowwww… belanja!.. hahahah
Curahan rasa Norfa @ ..Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Chef Riz Dan Ana Dahlia
Setiap keluarga pasti ada masaalah cuma besar atau kecil, pandai2lah menyelesaikannya, jika saling bertolak-angsur. Jgnlah sama2 ingin menang atau sama2 mencari kesalahan masing2, hinggkan timbul lebih byk konflik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Novel belum baca dan filem belum tengok, memang begitulah kehidupan, nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Dekat rasa di hati bila jauh di mata, itulah ucapan yg selalu didengar, tapi belum pernah tinggal isteri lagi, tak tahu macam mana rasa.
Perlu sesekali tinggalkannisteri atas tujuan baik pasti akan bertambah kasih sayang kan orang tua dak kata bila berjauhan bau wangi.
Curahan rasa denaihati @ ..Pengurusan laman blog
setuju sgttt … 😉 makin jauh makin syg … ~
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Sedetik Lebih calon AJL 26
ramai yang mengatakan baca novel lebih menghayati dari filem ini…
Comments are closed.