Ombak Rindu

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempat layan Ombak Rindu dengan famili dan teman. Menyaksikan adegan Izzah yang sedang berbaring di katil lusuh di rumah buruk di kampung manakala suaminya Hariz sedang berbaring di katil cantik bersama isteri baru mengingatkan aku pada tulisan aku dalam entri “20112011“. Antara yang aku catatkan dalam entri tersebut “cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain“.

Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi”  itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.

Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.

Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya Kak Jie yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.

Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.

Review Filem Ombak Rindu

---

  1. mmg filem itu menyentuh hati. tp hariz kembali mencari jati diri kerana cintanya pada izzah atau kerana dia kembali ke pangkal jalan?
    Entri terbaru aina abu – A Moment…My Profile

  2. tak tgk lg filem ni….
    Entri terbaru rosezha – Lagu paling memberi makna minggu iniMy Profile

  3. emm..ramai betul dah tengok filem ni rupanya. hoho.. :D

  4. redha itu ikhlas..pasrah itu menyerah..antara dialog yg menjadi perbualan penonton Ombak Rindu…
    Entri terbaru lin azlina – Risiko guna Minyak Masak Kitar SemulaMy Profile

  5. Memang cun….review DH ni..!
    Entri terbaru galut – Terkini Dari VirtaPayMy Profile

  6. tak berkesempatan lagi nak tengok.. hehe
    Entri terbaru Nizam – Dot Net Vs Java [Video]My Profile

  7. Sesuatu yang menarik untuk direnung..terima kasih tuan..
    Entri terbaru JAI – Minyak Masak Kitar Semula Dari 19 Jenama Tidak Menepati PiawaianMy Profile

  8. andaikan film ini msk ke indonesia mbak :) saya juga pingin ikut nonton
    Entri terbaru norjik – Membuat sitemap di wordpressMy Profile

  9. paling suka review dan pendapat dr denaihati :)

  10. nice review! saya belum tengok lagi OR ni. tunggu dvd mcm cikgu naman :) hehe
    Entri terbaru Joel Leslie – TOP UP GIVEAWAY by JOEL & QILMy Profile

  11. review sebegini sangat lain daripada yang lain..biasanya orang hanya review permasalahan dalam cerita tu, tapi DH kaitkan dengan realiti dengan cara yang berkesan!!

    p/s : tunggu DVD keluarlah ;)
    Entri terbaru cikgu naman – Kalau Aaron Aziz, Anuar Zain, Laki Sendiri Pun Letak TepiMy Profile

  12. Tacing pulak bila baca entri DH kali ni…mmg berombak kalau lama tak jumpa isteri hehehe..
    Entri terbaru azman – Senarai Yang Di-Pertuan Agong MalaysiaMy Profile

  13. best!

  14. belum pernah ada peluang nak tengok lagi..tapi..novel dia pernah baca…memang sedih….p bila baca entry dari DH ni…rasa macam nak tengok je…..
    Entri terbaru ERAH eiey – DenaiHati…BLOG KESAYANGAN KU !!My Profile

  15. sudah ditanah air lagi bro selamat datang kembali

Trackbacks

  1. [...] Nurhaliza dan penyanyi muda Hafiz yang sebelum ini meletup dengan lagu latar untuk filem boxoffice Ombak Rindu. Kebetulan drama Adam dan Hawa dan Ombak Rindu dilakonkan oleh hero yang sama Aaron Azizpujaan hati [...]

  2. [...] setiap drama filem yang dibintangi. Antara filem yang paling ngetop dibintangi oleh beliau adalah Ombak Rindu. Lisa Surihani akan menamatkan zaman bujangnya bersama Yusri [...]