Olimpik London 2012 update terkini

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Olimpik London 2012 sudah bermula dengan perasmian gilang gemilang. Malaysia seperti Olimpik yang lepas menghantar wakil tetapi penyertaan Olimpik London 2012 bukan sekadar melengkapkan jadual. Penyertaan Malaysia kali ini dengan sebahagian atlet yang bertaraf dunia yang mungkin boleh memecah kemarau pingat emas selama 56 tahun. Bangga semacam bila tengok kontigen Malaysia keluar didahului pembawa bendera Pandelela Rinong olahragawati 2011.

Olimpik London 2012

Harapan negara tentulah kepada pemain Badminton no 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan pengayuh basikal pecut negara Mohd Azizulhasni Awang untuk membawa pingat emas pertama negara. Walaubagaimana pun tidak mustahil ada kejutan sebagaimana tewasnya pasukan bola sepak Sepanyol kepada Jepun.

Rakyat 1Malaysia pasti mendoakan kejayaan kontingen Malaysia yang pasti akan berjuang bersungguh-sungguh antaranya Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tee Jing Yi, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohd, Haziq Kamaruddin, Nurul Syafiqah Hashim, Lee Hup Wei, Noraseela Mohd Khalid, Josiah Ng Onn Lam, Muhamad Adiq Husainie Othman, Amir Mustapa Rusli, Fatehah Mustapa, Bryan Nickson Lomas, Huang Qiang, Yeoh Ken Nee, Cheong Jun Hoong, Ng Yan Yee, Traisy Vivien Tukiet, Leong Mun Yee, Yu Peng Kean, Khairulnizam Mohd Afendy, Heidi Gan dan Khoo Cai Lin.

Nur Suryani Mohamed Taibi menjadi berita di seluruh dunia.

Satu Dunia juga sedang memerhati Pregnant OlympianNur Suryani Mohamed Taibi atlet menembak negara yang merupakan satu-satunya atlet sedang mengandung lapan bulan bersaing untuk mendapat pingat di Olimpik London 2012. Memang tabik pada Nur Suryani yang kuat semangat dengan membawa kandungan 8 bulan bukannya mudah. Ini anak pertama beliau setelah menunggu beberapa tahun dan juga kali pertama terpilih menyertai olimpik jadi bukan mudah untuk membuat keputusan. Semangat begini yang mesti dijadikan teladan untuk maju dalam hidup.

Rakyat Malaysia boleh mengikuti update terkini Olimpik London 2012 :

1. Live Olimpik London 2012 di TV2 RTM.

2. Live Olimpik 2012 2012 di Channel Olimpik Astro 823 dan 841 (HD)

3. Live di Official Olympic Channel Youtube.

4. Live streaming di stadium twitter dengan hashtag #OlimpikLondon

5. Dapat keputusan terkini Olimpik London 2012 @ Olympic Result

6. Kedudukan terkini pingat Olimpik London 2012 @ Jadual Pingat Olimpik London 2012

7. Keputusan terkini kontingem Malaysia @ Malaysia Olimpik London 2012

Semuga pingat emas yang ditunggu selama 56 tahun oleh Malaysia akan menjadi kenyataan di Olimpik London 2012.

Keputusan Olimpik London 2012 kontigen Malaysia

28/7 : Badminton Double : Kien Keat Koo/Boon Heong Tan (Malaysia) beat Naoki Kawamae/Shoji Sato (Japan) 21-12 21-14

2/8 : Keputusan Lee Chong Wei vs Simon Santoso 21 -12, 21 – 8. Peringkat suku akhir menentang Kashyap Parupalli.

3/8 : Keputusan suku akhir Badminton Single : Lee Chong Wei vs Kashyap Parupalli 21 – 19, 21 – 11. Peringkat separuh air menentang Cheng Long.

3/8 : Keputusan Suku Akhir Badminton Double : Kien Keat/Boon Heong Tan vs Bodin Issara-Maneepong Jongjit 21 – 16, 21 – 18. Peringkat separuh akhir menentang Cai Yun-Fu Haifeng.

4/8 : Keputusan semi final Badminton Single : Lee Chong Wei vs Cheng Long 21 – 13, 21 – 14. Gambar menarik perlawanan Semi Final Badminton London 2012. Final Badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan akan berlansung pada jam 8.00 pm, 5/8/12.

4/8 : Semifinal Badminton Double : Kien Keat/Boon Heong vs Cai Yun-Fu Haifeng 9 – 21, 19 -21

5/8 : Keputusan Final Badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan.

MALAYSIA BOLEH!!


Spread the love

222 Comments

  1. Selamat bertanding buat semua atlet Malaysia semoga kilauan emas di Olimpik London jadi kenyatan, buat Nur Suryani Mohd Taibi semoga tuah anak membawa emas…..dan moga sihat sepanjang olimpik berlangsung….

  2. Kepada semua atlet selamat bertanding ,kumpulkan emas sebanyak mungkin , allow me to say to Indonesia Team , bawalah emas utk Indonesia Raya

  3. Semoga anak dalam kandungan Nur Suryani Mohamed Taibi membantu memberi kejutan dalam sukan Olimpik London..

    Perkara ini tak mustahil dengan kuasa tuhan ibu yang mengandung akan dapat kelebihan yang luar biasa..

    Perkara ini pernah berlaku semasa isteri saya mengandungkan anak sulung saya..

    Biasanya isteri saya main bowling satu frame pun dah tak larat.. Tapi semasa mengandung anak sulung saya, isteri saya boleh main bowling sampai 9 Frame secara non stop.. Masa tu saya pun dah keletihan menemani isteri saya bermain Bowling..

    Bila anak saya lahir, sampai sekarang kalau nampak jer gambar bowling terus ajak kami main bowling..

    Kalau Nur Suryani Mohamed Taibi menang emas.. Insya Allah.. anak dalam kandungan beliau juga akan meminati sukan menembak..

    Hehehe.. Good Luck kepada Nur Suryani Mohamed Taibi, Datuk Lee Chong Wei dan juga atlit Malaysia yang lain..

    Pastikan anda membawa sekurang-kurangny satu pingat emas semasa mendarat di KLIA nanti.. Malaysia Boleh!!
    Curahan rasa Anuar @ ..Olimpik 2012.. Ingat Emas, Ingat RM 3 juta..My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!