Okinawa tempat percutian indah dan menarik

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa hari lepas aku teringat pada seorang sahabat lama tuan punya sebuat travel agen yang terkenal, apa lagi terus je aku telefon dia. Dari bunyi deringan telefon sepertinya dia berada di luar negara. Tekaan aku tepat dia berada di Okinawa Jepun. Apa lagi bising membebel aku sebab dia tak ajak aku melawat lokasi pelancongan idaman.

Okinawa merupakan sebuah bandar yang terletak di selatan Jepun. Sudah lama teringin untuk pergi menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini, tetapi masih belum berkesempatan. Okinawa mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati, dari tarikan darat sehinggalah ke dasar laut.

Sekiranya kita belum pernah pergi ke sana, pasti sukar untuk membayangkan pelbagai lokasi dan tarikan pelancong yang menarik di Okinawa. Menurut cerita sahabat aku ini terdapat banyak lokasi menarik seperti Kabira Bay di pulau Ishigaki.

Kabira bay di pulau Ishigaki
Kabira bay di pulau Ishigaki
Dasar laut yang menarik dengan terumbu karang berwarna-warni
Dasar laut yang menarik dengan terumbu karang berwarna-warni

Selain itu, terdapat juga acara-acara perayaan yang menarik di Okinawa. Perayaan-perayaan ini diraikan oleh penduduk di sana dengan cara yang berbeza-beza.

Para pemuda di sana dengan tarian elsa.
Para pemuda di Okinawa mempersembahkan tarian elsa.
Festival Haaree menjadi salah satu tarikan di Okinawa
Festival Haaree menjadi salah satu tarikan di Okinawa

Budaya di Okinawa juga pastinya berbeza dengan budaya di tempat kita, Malaysia. Antaranya seperti penggunaan alat musik Sansen. Musik ini merupakan salah satu musik yang berasal dari Okinawa. Terdapat juga teknik tradisional mewarna fabrik yang diamalkan di Okinawa.

Bingata , teknik mewarna fabrik tradisional Okinawa
Bingata , teknik mewarna fabrik tradisional Okinawa
Sansen musik okinawa
Alat musik sansen

Tak dapat melancong ke Okinawa bersama sahabat, dapat melihat gambar-gambar yang menarik pun sudah memukau mata bayanglah kalau dapat bercuti di Okinawa mesti lagi seronok. Memang azam suatu hari nanti nak bercuti di Okinawa untuk menambah koleksi kisah kembara aku di blog Travel Denaihati di Denai.my doakan tercapai.

Japan Tourism Board sedang mempromosi cuti-cuti di Okinawa dengan kempen I Love Okinawa untuk mengalakan rakyat Malaysia bercuti di sana. Salah satu aktivit sempena kempen #ILoveOkinawa adalah penganjuran contest. Apa yang anda perlu lakukan adalah.

  1. Like Facebook Fanpage VisitOkinawa.my
  2. Kemudian pilih tiga gambar yang anda suka daripada senarai 20 gambar yang disediakan
  3. Satu gambar pemenang akan diumumkan di Fanbook Okinawa.
  4. Kemudian 55 pemenang akan dipilih oleh pihak penganjur secara random daripada semua yang menyertai.
  5. Penganjur akan mengirim email kepada pemenang.

Pemenang akan menerima hadiah berikut:

  • Hadiah pertama untuk 5 orang : “Ryukyu Glass”
  • Hadiah kedua untuk 5o orang : “Star Sand”

Jom layari halaman khas Kontes #ILoveOkinawa.

Memang mudah contest yang dianjurkan jangan lepaskan peluang. Sekiranya anda berminat untuk melancong ke Okinawa, pihak Okinawa juga akan berada di MATTA Fair untuk promosi pelbagai pakej pelancongan dengan harga yang paling menarik untuk anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan pakej menarik dan melancong bersama seisi keluarga ke pelbagai lokasi yang disediakan.

Jom nikmati gambar-gambar menarik yang disediakan khusus untuk contest ini di bawah.
[customgallery]


Spread the love

167 Comments

  1. Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

  2. Aku ni bukan jenis orang yang suka melancong, tapi bila melihat gambar-gambar cantik macam ni memang teringin juga nak melancong terutama ke luar negara…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!