Nurul Azliani Catat 60% Peningkatan Pendapatan dengan eUsahawan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Banyak yang kita dengari kisah peniaga sambilan dari rumah, kemudian sedikit demi sedikit mengumpul modal dan seterusnya membuka kedai sendiri. Kemudian dengan usaha yang gigih bertahun-tahun, sudah mampu menggaji pekerja-pekerja untuk melancarkan perjalanan perniagaan.

Namun untuk mencapai sesuatu tahap tersebut, perlulah melalui pelbagai fasa dalam bidang yang diceburi. Bak kata orang cerdik pandai, “jika nak sampai setahun pun kena mula dari hari pertama”. Kisah kejayaan diceritakan semasa Karnival #YouCanDuit Kuantan pada bulan lalu.

Nurul Azliani Abdul Wahid berumur 30 tahun dan masih bujang. Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Beliau memilih perniagaan yang santai iaitu membuat alat keperluan bayi seperti tilam, bantal, baju dan sebagainya.

eusahawan-di-kuantan

Masalah awal perniagaan luar talian

Bermula dengan minat, sudah pasti ianya berjalan dengan santai dan tanpa disedari ianya semakin berkembang dan mula mendapat perhatian.

Masalah utama yang dihadapi semasa mula-mula menjalankan perniagaan ini adalah kurang mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan orang ramai terutamanya dengan pelanggan. Selain daripada itu terdapat juga masalah apabila pelanggan membatalkan pesanan disaat-saat akhir.

barut-bayi-eusahawan-pahang

Buat Keputusan sertai program eUsahawan

Tiada apa yang dapat mengubah nasib diri melainkan diri sendiri yang melakukan tindakan. Nurul Azliani membuat keputusan untuk menyertai program eUsahawan secara percuma ini. Selepas mengikuti program eUsahawan, masalahnya berkurangan kerana lebih banyak menggunakan media sosial  sebagai medium utama berkomunikasi dengan pelanggan.

Tunjukajar dari jurulatih juga amat memberangsangkan kerana mengubah beliau untuk lebih aktif dan interaktif menggunakan platform atas talian sebagai medium untuk mengembangkan perniagaan.

beg-kain-eusahawan

Pencapaian selepas menyertai program eUsahawan juga amat positif. Jika sebelum ini pendapatan jualannya hanyar RM500 sebulan, tetapi dengan mempraktikkan apa yang dipelajari, hasil jualannya bertambah kepada RM800 sebulan.

Peratusan peningkatan sebanyak 60% dengan hanya berniaga dari rumah, membuat barangan keperluan bayi seperti barut dan juga bengkung untuk ibu selepas bersalin.

Profil Perniagaan:

Profil Facebook : Yanie Wahid
Perniagaan : YNZ Craft
Instagram Perniagaan :Yani Wahid Collection

nurul-azliani-eusahawan

Sehubungan dengan itu, Karnival #YouCanDuit masih teruskan lokasinya dan pada kali ini akan berada di Sabah. Jom ramai-ramai yang berhampiran untuk ke Sabah Trade Centre pada 24 dan 25 September 2016 dan sertai program eRezeki dan eUsahawan.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik juga akan dijalankan pada karnival #YouCanDuit Sabah ini.

youcanduit-sabah

 

 Jumpa di sana!


Spread the love

9 Comments

  1. Hebat Cik Nurul Azliani, bukan mudah nak membuat pruduk & menjual tapi dia berjaya menunjukkan sesuatu yang susah itu akan menjadi mudah jika ada kerja keras dan ilmu. Terima kasih MDEC kerana berjaya mengubah mentaliti dari seorang penjual biasa menjadi luar biasa dengan Ilmu yang dikongsi.

    Moga lebih ramai yang akan berjaya.
    Curahan rasa Che Rizal @ ..Rahsia Dropship Untung 5 Angka dengan MudahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!