Nuffnang Blog Awards 2011, Here I Come


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ingat sebelum ini DiGi telah menghargai Blogger Malaysia dengan anugerah “Blogger of the Year” kini tiba pula masanya Nuffnang memberi penghargaan kepada Blogger Asia Pacific dengan anugerah Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011. Acara gilang gemilang akan dihadiri oleh 500 Blogger Asia Pacific akan berlansung pada 16 Disember 2011 di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis anugerah Nuffnang Asia Pacific Blogs Awards 2011 yang ditaja oleh Volkswagen dan Putrajaya Marriot bukan sekadar untuk memberi awards kepada Blogger terbaik rantau ini tetapi lebih penting dapat mengumpulkan komuniti Blogger rantau Asia Pacific dalam satu majlis yang terhebat pada tahun 2011.

Berikut adalah jadual Nuffnang Blog Awards 2011 :

  1. Blog Nomination : 25 Oct – 7 Nov 2011
  2. Blog Contest : 25 Oct – 19 Nov 2011
  3. Voting : 15 Nov – 27 Nov 2011
  4. Blog Awards : 16 December 2011
Nuffnang blog awards 2011 Nuffnang Blog Awards 2011, Here I Come

Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011

Katogeri Anugerah :

  1. Region’s Best Blog
  2. Most Influential Blog
  3. Best Micro Blog
  4. Best Entertainment Blog
  5. Best Food Blog
  6. Best Travel Blog
  7. Best Fashion Blog
  8. Best Photography Blog
  9. Best Geek Blog
  10. Best Parenting Blog
  11. Best Lifestyle Blog
  12. Most Original Blog Design
  13. Hidden Gem

Blog Denaihati memanglah tidak tercalon dikalangan best of the best blog Asia Pacific lagi pun sehingga hari ini blog Denaihati hanya sekadar ahli biasa buka eksklusif Nuffnang belum pernah masuk dalam katogeri ahli berbintang-bintang glitterati.

Kalau diberi peluang untuk menghadiri Nuffnang Blog Awards ni best juga bukan apa bolehlah jadi motivasi menjelang 2012. Bayangkan dapat berjumpa dengan Top Blogger Asia pacific pasti banyak ilmu Blogging yang boleh dipelajari daripada mereka. Kata bijak pandai kalau kita nak berjaya kena campur dengan mereka yang sudah berjaya jadi kenalah bercampur dengan Top Blogger Asia Pacific yang petama kali berkumpul di Kuala Lumpur.

Aku yakin kalau dapat hadir Anugerah Blog Awards 2011 ini pasti misi blog Denaihati untuk mencapai trafik blog harian lebih 10 ribu sehari pada 2012 akan menjadi kenyataan. Mungkin juga status jaguh kampung blog Denaihati akan berubah menjadi blog yang terkenal di rantau Asia Pacific dan ini sudah pasti akan memberi kesan positif kepada teman-teman yang menjadi pelawat setia blog Denaihati. Tapi semua ini hanya angan-angan Mat Jenin yang hanya akan jadi kenyataan sekiranya pengurusan Nuffnang sudi pandang blog kerdil DENAIHATI.COM.

Sudikah mereka?

Nota : Jam 11.11 pada 11.11.11 semuga membawa rezeki kepada blog Denaihati.

Istimewa di denaihati.com
  • syahrilhafiz 11 November 2011 at 3:40 pm

    join je, letak balik nuff, pastu ada balik status geli geli :D
    Entri terbaru syahrilhafiz – Infografik : Battlefield vs Call of DutyMy Profile

  • EddyGeek 11 November 2011 at 3:38 pm

    yas
    Yer ker ada penaja arak?? Aku tak lak penah check status tu….
    Curahan rasa yas @ ..Pesan aku untuk Zaidy (Nabila Amy Search) ~ Sabo je la bro….

    try tengok sekali lagi kat laman award tu. paling bawah, tetiba wujud “tiger” yang xgarang tapi haram tu.. hehe~ kalau yang dah nampak. jgn contribute apa2. haram. undi pun kira bersubahat.
    Entri terbaru EddyGeek – Dapatkan Pelancar 3D Pada Taskbar Windows 7 Dengan Aero QLaunchMy Profile

    • manmala 11 November 2011 at 6:46 pm

      aku baru je buang semua iklan2 nuffnang ni sbb ada iklan yg membuka aurat. jd disitu ada perkara yg ditegah oleh SYARAK. jd apalah ada dgn duit iklan tu dibandingkan kemurkaan ALLAH…
      Entri terbaru manmala – Kapal Induk USS Carl Vinson Bertukar Gelanggang Bola KeranjangMy Profile

      • EddyGeek 11 November 2011 at 6:53 pm

        hebat. :-) boleh jadi ikutan.. kita tengok sejauh mana orang lain yang ngaku islam boleh pergi.. selama ni “hipokrit je”. ngaku islam tapi xambik kisah halal haram ni. kalau tanggapan aku salah tu harap ada jawapan. sbb ramai excited ni. :-)
        Entri terbaru EddyGeek – Klien Twitter Echofon Kini Dilancarkan Untuk Pengguna WindowsMy Profile

    • Denaihati 11 November 2011 at 7:27 pm

      Ini pandangan aku secara peribadi tidak melibatkan mana-mana pihak. Kalau kita ambil contoh MAS ada menyediakan Arak tetapi ARAK bukanlah perniagaan MAS tetapi sebahagian daripada khidmat bukan perniagaan.jadi tidak menjadi HARAM untuk kita menjadi penumpang.

      Begitu juga acara anugerah blog awards Nuffnang. Kehadiran aku kalau dijemput adalah untuk bertemu TOP BLOGGER dari rantau Asia Pacific bukan untuk berpesta. Buat masa ini kita tidak ada pilih program lain yang boleh mengumpulkan TOP BLOGGER rantau Asia Pacific. Pandangan peribadi aku tidak menjadi masalah untuk menghadari program sebegini atas tujuan untuk menimba pengalaman dan bertemu dengan TOP BLOGGER serantau.

      Orang bisnis macam aku dah biasa menghadiri majlis yg dianjurkan oleh bukan Islam untuk tujuan perniagaan bukan berpesta. Setaip program tersebut pasti akan ada hidangan ARAK jadi kita kena tahu bawa diri. Kalau nak mengharapkan program yang dianjurkan oleh orang Islam memanglah sangat kurang kecuali program ceramah politik.

      Untuk menjadi usahawan yang berjaya mesti ada keterbukaan jangan terlalu jumut dalam lingkungan kita sahaja. Ingat perniagaan ini 90% dikuasai oleh bukan islam. Kita belajar dari mereka dan uruskan perniagaan kita mengikut hukum agama. Lihat sahaja contoh politik tak salah PAS bersama dgn DAP dan UMNO bersama MCA. Yang buat sistem keretapi letrik Mekah Metro juga syarikat China bukan syarikat islam.
      Entri terbaru Denaihati – Soalan Percubaan SPM 2011 OnlineMy Profile

      • EddyGeek 11 November 2011 at 8:23 pm

        ya, saya tahu niat anda, itu menanti jawapan ni. tapi untuk peringatan, umat islam ditegah untuk menyertai perkara-perkara yang mengandungi unsur syubah ini, malah terangan-terangan “tiger” menjadi penaja. apa yang ditaja? hadiah? kos tanggungan/makanan para peserta disana? dah bercampur aduk bukan? dan adakah ianya “semestinya” disertai?

        keretapi letrik tu.. xperlu lah disentuh kerana semestinya berkerjasama dengan orang bukan islam itu tidaklah haram, malah disunatkan lagi untuk menyampaikan dakwah :-)
        Entri terbaru EddyGeek – Klien Twitter Echofon Kini Dilancarkan Untuk Pengguna WindowsMy Profile

        • denaihati 11 November 2011 at 8:59 pm

          Aku tak nak berdebat kita ada alasan dan pendapat yang berbeza sebagaimana PAS ada alasan boleh bekerjasama dengan DAP dan begitu juga ada pemimpin PAS yang hadir majlis DAP yg menghidang ARAK atas alasan matlamat yg lebih besar. Aku belum pasti dijemput tapi bagi aku menghadiri majlis seperti ini yg hanya berlaku mungkin sekali dalam beberapa tahun tidak menjadi masalah.

          Jangan pula kita menidakkan sesuatu tetapi membenarkan yang lain. Kita mesti melihat dalam raung yg luas kerana Islam itu sederhana dan banyak memberi ruang. Tak salah kita berbeza pendapat kerana Islam membenarkan perbezaan pendapat.
          Entri terbaru denaihati – Malaysia vs Thailand Sea Games 2011My Profile

          • EddyGeek 11 November 2011 at 10:18 pm

            em jika nak dibandingkan isu ni dengan isu yang dinyatakan iaitu PAS/DAP tu kurang sesuai sebab itu isu besar untuk kerjasama pemerintahan negara, oleh yang demikian banyak perkara dibolehkan.
            umat islam ditegah hampiri perkara yang ada unsur syubah, isu ni berat sekali ditekankan, silap je mmg binasa.
            Kita dibenarkan untuk sertai jika betul2 diperlukan dan mustahak, kena pertimbangkan niat, untung, rugi jika disertai.
            aku sampaikan apa aku timba selama ni je. mungkin juga boleh disangkal. jika apa yang dinyatakan ni salah boleh la sampaikan kat aku di masa hadapan . maaf jika ada terlajak kata :-)
            Entri terbaru EddyGeek – Klien Twitter Echofon Kini Dilancarkan Untuk Pengguna WindowsMy Profile

  • Adib 11 November 2011 at 3:32 pm

    bagi saya blog DH bagus dan banyak info..mungkin tahun ni takde rezeki tapi tahun depan sapa taukan?terus berusaha bro!!!
    Entri terbaru Adib – Sukan SEA 2011 -Malaysia lawan SingapuraMy Profile

  • yas 11 November 2011 at 3:31 pm

    Trafik 10k harian pun bro DH kata blog kecik…pe lagi yang hingusan cam aku…hehehe
    Entri terbaru yas – Pesan aku untuk Zaidy (Nabila Amy Search) ~ Sabo je la bro….My Profile

  • Sobri Mansor 11 November 2011 at 3:30 pm

    Semoga DH dimurahkan rezeki untuk tahun 2012 nanti. Amin
    Entri terbaru Sobri Mansor – Wajarkah AUKU dimansuhkan?My Profile

  • myvitrd 11 November 2011 at 3:26 pm

    Kalau dah rezeki mungkin dijemput.. saya join juga tapi tak sure lagi boleh datang atau tidak sebab lagi 2 hari wife nak bersalin.. hehehe.. andai saya dapat bolehlah saya offer dengan Denaihati kalau nak gi.. hehehe
    Entri terbaru myvitrd – Kemalangan Maut 11-11-11 di Slim River-BehrangMy Profile

    • denaihati 11 November 2011 at 4:40 pm

      Tak cukup tapak tangan padang ku tadah kan heee

  • EddyGeek 11 November 2011 at 3:20 pm

    Bro.. award ni bukan ke ada penaja arak? cmne cita tu? boleh ke orang islam join? boleh jelaskan.
    tengok sponser dia
    http://dl.dropbox.com/u/28976647/NuffnangAsiaPacificBlogAwards2011.jpg
    minta penjelasan.. saya pun masih keliru.
    Entri terbaru EddyGeek – Klien Twitter Echofon Kini Dilancarkan Untuk Pengguna WindowsMy Profile

    • juanita 11 November 2011 at 3:23 pm

      Yesss…setuju..sila beri penjelasann

    • yas 11 November 2011 at 3:32 pm

      Yer ker ada penaja arak?? Aku tak lak penah check status tu….
      Entri terbaru yas – Pesan aku untuk Zaidy (Nabila Amy Search) ~ Sabo je la bro….My Profile

    • manmala 11 November 2011 at 6:50 pm

      kalau penaja arak tu ada maka disitu ada berlaku syubhat/ keraguan status hadiah yg akan diberi sbb bercampur baur dgn yg lain. Kita xtahu yg mana halal n yg mana haram. tetapi ada kaedah mengatakan apabila bercampur halal dan haram dimenangkan yang HARAM.
      Entri terbaru manmala – Kapal Induk USS Carl Vinson Bertukar Gelanggang Bola KeranjangMy Profile

  • sensasi2020 11 November 2011 at 3:07 pm

    Saya sentiasa menyokong anda dulu, kini dan selamanya selagi anda sudi menjadi rakan blogger kita orang semua yang baru ini.
    Entri terbaru sensasi2020 – Layakkah Malaysia Mempertahankan Pingat Emas Dalam Bolasepak Di Sea Games?My Profile

  • sensasi2020 11 November 2011 at 3:04 pm

    Apa syarat2 utama jika mahu terpilih ke Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011? Adakah PRnya tinggi , pengunjung terbanyak atau bagaimana?
    Entri terbaru sensasi2020 – Tanda-Tanda Awal Mengapai Pingat EmasMy Profile

  • eyra 11 November 2011 at 3:01 pm

    saya pun tak layak ;p

  • sensasi2020 11 November 2011 at 2:57 pm

    Denaihati mesti dapat masuk punya, masa yang menentukan. Dari pandangan semasa terkini, didapati peminat Denaihati sentiasa memberi pandangan dan maklum balas serta komen membina terhadap anda. Cuma anda lebih banyak lagi keluarkan artikel tergempak utk menarikl perhatian ramai.

  • sensasi2020 11 November 2011 at 2:51 pm

    Kalau terpilih, saya sokong Denaihati, mengikut kehendak semasa, penuh dgn info, maklumat serta berita terkini.

  • akubiomed 11 November 2011 at 2:36 pm

    Bukan calang-calang blogger yang masuk award ini. Kalau ada kalangan circle blogger DenaiHati tidak ada masalah untuk mendapatkan undi daripada saya. :-)

  • ariff 11 November 2011 at 2:26 pm

    dah tutup rupanya pencalonan. Target saya tahun depan. Jumpa dah satu kategori yang sesuai untuk saya. Setahun untuk bersiap sedia.
    Entri terbaru ariff – Kenapa Perlu Ada Financial Planning Yang Betul?My Profile

    • DUIT RAYA PERCUMA 11 November 2011 at 2:33 pm

      Saya yakin Bro Ariff bisa…

  • munir ardi 11 November 2011 at 2:26 pm

    semoga bisa di invite bro
    Entri terbaru munir ardi – Kontes Berhadiah Gadget ImpianMy Profile

1 2 3 4


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network