Nuffnang Blog Awards 2011, Here I Come

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ingat sebelum ini DiGi telah menghargai Blogger Malaysia dengan anugerah “Blogger of the Year” kini tiba pula masanya Nuffnang memberi penghargaan kepada Blogger Asia Pacific dengan anugerah Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011. Acara gilang gemilang akan dihadiri oleh 500 Blogger Asia Pacific akan berlansung pada 16 Disember 2011 di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis anugerah Nuffnang Asia Pacific Blogs Awards 2011 yang ditaja oleh Volkswagen dan Putrajaya Marriot bukan sekadar untuk memberi awards kepada Blogger terbaik rantau ini tetapi lebih penting dapat mengumpulkan komuniti Blogger rantau Asia Pacific dalam satu majlis yang terhebat pada tahun 2011.

Berikut adalah jadual Nuffnang Blog Awards 2011 :

  1. Blog Nomination : 25 Oct – 7 Nov 2011
  2. Blog Contest : 25 Oct – 19 Nov 2011
  3. Voting : 15 Nov – 27 Nov 2011
  4. Blog Awards : 16 December 2011
Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011

Katogeri Anugerah :

  1. Region’s Best Blog
  2. Most Influential Blog
  3. Best Micro Blog
  4. Best Entertainment Blog
  5. Best Food Blog
  6. Best Travel Blog
  7. Best Fashion Blog
  8. Best Photography Blog
  9. Best Geek Blog
  10. Best Parenting Blog
  11. Best Lifestyle Blog
  12. Most Original Blog Design
  13. Hidden Gem

Blog Denaihati memanglah tidak tercalon dikalangan best of the best blog Asia Pacific lagi pun sehingga hari ini blog Denaihati hanya sekadar ahli biasa buka eksklusif Nuffnang belum pernah masuk dalam katogeri ahli berbintang-bintang glitterati.

Kalau diberi peluang untuk menghadiri Nuffnang Blog Awards ni best juga bukan apa bolehlah jadi motivasi menjelang 2012. Bayangkan dapat berjumpa dengan Top Blogger Asia pacific pasti banyak ilmu Blogging yang boleh dipelajari daripada mereka. Kata bijak pandai kalau kita nak berjaya kena campur dengan mereka yang sudah berjaya jadi kenalah bercampur dengan Top Blogger Asia Pacific yang petama kali berkumpul di Kuala Lumpur.

Aku yakin kalau dapat hadir Anugerah Blog Awards 2011 ini pasti misi blog Denaihati untuk mencapai trafik blog harian lebih 10 ribu sehari pada 2012 akan menjadi kenyataan. Mungkin juga status jaguh kampung blog Denaihati akan berubah menjadi blog yang terkenal di rantau Asia Pacific dan ini sudah pasti akan memberi kesan positif kepada teman-teman yang menjadi pelawat setia blog Denaihati. Tapi semua ini hanya angan-angan Mat Jenin yang hanya akan jadi kenyataan sekiranya pengurusan Nuffnang sudi pandang blog kerdil DENAIHATI.COM.

Sudikah mereka?

Nota : Jam 11.11 pada 11.11.11 semuga membawa rezeki kepada blog Denaihati.


Spread the love

100 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!