Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu panas dalam dunia internet Malaysia apabila beberapa website yang menyediakan khidmat muat turun atau download percuma filem dan video secara tidak sah telah disekat. Isu menjadi bertambah panas apabila beberapa blog telah melaporkan isu sekatan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) lebih awal sebelum diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ramai pengguna online menganggap sekatan ini melanggar perjanjian kebebasan internet.
MCMC memaklumkan sekatan ini dibuat kerana website tersebut telah melanggar Akta Hakcipta 1987 dan tidak boleh disalah ertikan dengan penapisan/censor maklumat di internet bagi menjawap protes tentangan yang dibuat melalui Facebook dan Twitter.
10 website yang telah disekat dari 19 yang dipohon oleh Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri kerana melanggar Akta Hakcipta 1987 :
1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com
Industri muat turun atau download filem dan video percuma dari sumber yang tak sah memang mengakibatkan kerugian kepada industri. Baru-baru ini juga timbul isu pihak Astro yang memohon Youtube.com menyekat muat turun rancangan MAHARAJA LAWAK. Isu ini pasti tidak akan selesai selagi ada supply and demand kerana pengguna sentiasa berusaha nak dapat yang percuma terutama yang cetak rompak. Adakah kita sebahagian penyokong lanun cetak rompak?
Apa rasa apabila entri blog yang kita tulis setelah memerah otak di copy paste tanpa kebenaran malah tak ada satu pun backlinks yang diberi? Tanya Emila Yusof apa perasaan beliau apabila hasil seninya diciplak di blog sesuka hati. Kalau anda nak lapor entri anda di ciplak boleh ikut cara begini (link).
77 Comments
bgus sekat website tuh..
buat semat je dalam global internet..
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
I am also writing to make you know of the incredible experience my cousin’s daughter encountered reading through your web site. She came to find numerous details, most notably what it’s like to possess an excellent coaching nature to let folks smoothly know just exactly various problematic subject matter. You undoubtedly exceeded our own expectations. Thanks for giving such invaluable, dependable, explanatory and in addition easy guidance on your topic to Mary.
Assalamualaikum….
Menyekat fitnah itu lebih lagi keutamaannya…
Curahan rasa Ahmad Zaki @ ..Logo stesyen NTV7 di Malaysia dan stesyen ABC-TV Los Angeles di Amerika Syarikat
Download software nih http://www.softpedia.com/get/Internet/Other-Internet-Related/Dns-Jumper.shtml then set kan ke manual dns isikan tempat kosong tu ke 8.8.4.4—8.8.8.8
pastu apply dns..korang dah boleh bukak sume website yg kne block tu..
hehe bijak
Curahan rasa shahrul @ ..ShahrulAbdullah: Tak Boleh Dah Shopping Online Guna Kad Maybank http://t.co/XyNOXSP via @ariffshah
sepatutnya kerajaan malaysia harus didahulukan menyekat laman2 web lucah dari seluruh negara, ini adalah masalah sosial bagi anak2 remaja di malaysia.
Bagus la disekat untung tokey2 DVD/CD haram
Tak lama lagi industri cetak rompak DVD/CD haram di Malaysia ni akan makin kukuh..Sebab diorang akan dapat source dri luar cth dri Tahailand n jual kt MAlaysia..Orang ramai plak akan beli sebab da susah nk download
mesti ada konspirasi ni,mesti ada org dlm goverment kena rasuah ni dgn tokey2 DVD pirate ni…then balaci2 gomen amik plung amik kontrak naikkan system security internet la ape la..tpi padahal 90% budget masuk poket 10% bual modal keje APEKEJADAH nye ni!
lagi pun aku klu pakai website pirate tu pun nk tgok movie @ pakai software2 pihak barat & yahudi zionis kn bagus aku jihad memusnahkan bisnes depa!
ape pun sampai kiamat pun x kan setel hal piracy nih…org makin bijak memiratekn segala benda!UNDANG2 manusia semua ni utk dilanggar!..Perang dunia ketiga adalah perang maya!
yo hacker xbley ke korang open balik web2 yg da kene blok tu?…korangkn tgok crita TRON..realitikanlah ha3!(^^_)
ala ape ssh..smua website yg di block 2 bleh buka la…
korang guna jer http://www.hidemyass.com or http://www.vtunnel.com.
setel problem…
ape ssh..suruh je kerajaan block smua pon xpe,pejam mata je buka website 2.
Dalam konteks ini, perkataan “Piracy” atau “Copyright Infringement” lebih sesuai.
Masalah ini bukan sahaja terletak pada movie tetapi juga perisian komputer; contohnya: Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator. Dan saya lihat ada yang sewenang-wenangnya dengan bangganya memberi pautan kepada orang lain dimana boleh dimuat-turun perisian tersebut mahupun di blog sendiri atau di dinding facebook. Ingin saya sarankan, perbuatan ini dapat dihidu pihak berkuasa tempatan oleh itu jika ada yang muat-turun perisian percuma, eloklah diamkan sahaja dan jangan canangkan. Lagi elok jika dapatkan yang asli. Saya sendiri terpaksa mengumpul duit untuk membeli yang asli yang mana harganya lebih kurang RM6000 untuk Adobe Design Standard.
Memang ramai yang tidak mampu untuk dapatkan perisian Adobe ini tapi ada perisian open source yang mirip Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.
Perisian yang mirip Photoshop ialah GIMP: http://www.gimp.org/downloads/ manakala perisiaan mirip Illustrator ialah http://inkscape.org/download/
Curahan rasa Emila @ ..Florally mom’s
Pada dasarnya memang bagus …
Tidak timbul mahal atau murah atau tidak mampu …
Contohnya, andainya saya tidak mampun utk memiliki Ipad2 , apakah saya layak utk pergi ke Machine and main curi ajer??? Sebab saya tak mampu?
Atau saya beli dari pasar gelap yang mana mereka memperolehi dari pencuri pencuri bebas menjualnya?
Hormati asal hak cipta …
Curahan rasa Ghazali @ ..Pulanglah …. Anakmu merindui mu …
Mampukah mereka sekat semua laman-laman web muatnaik/muatturun fail ini? Bukankah kita sebagai salah seorang blogger Malaysia juga menggunakan “free shared hosting” ini sebagai medium untuk berkongsi fail kepada para pengunjung-pengunjung blog kita juga?
Memang benar kita akan berasa marah apabila ada orang mencetak semuula perkara yang telah kita buat dimana-mana laman web kita tanpa meletakkan kredit kepada kita.
Silap-silap selepas ini pihak kerajaan akan menyekat wordpress.org dan blogger.com kepada penduduk Malaysia. Huh
Curahan rasa Ayie @ ..Cara-cara membuat Facebook Palsu
Banyak betul gadgetnya. :))
salam kenal ya,
Kisah Legenda Kuliner Nusantara
bila di indonesia diperlakukan hal semacam ini pasti akan mendatangkan kebaikan
Curahan rasa Metrolisa @ ..Building a Highly-targeted Opt in List- When Money Lies Beneath the Lists
rasanya semua tuh hanya sementara jer nanti bila dah reda ok balik lah.. biasanya macam tuh kan..
Curahan rasa namia @ ..iKhLas Dari aKu MaaF DaRi HaTi
percayalah kawan2…satu tutup..10 akan tumbuh…benda free..lagi org akan buat..pelik,megaupload tutp..tapi megaporn masih dibiarkan..dunia2..
Curahan rasa pneumedic @ ..Video Penuh Maharaja Lawak Minggu Ke 11 Download
salam..
dalam hal camni…end users sebenarnya menjadi mangsa…
sebab…
klu nak cari software original yang murah di pasaran…hmmm…jgn harap…
cth…software solidwork…satu CD or license klu nak beli siap ler rm3k hingga 4k…
klu setakat syarikat memang ler takde masalah…tapi camana klu orang persendirian cam kita…nak beli??? huh… duit sebanyak tuh bagi makan anak bini pun buleh lepas 5 6 bulan…
dalam hal camni syarikat pengeluar mesti pertimbangkan mengenai nasib end users yang kadang2 amat memerlukan software2 keluaran mereka..klu nak jual pun jgn ler mahal sgt sampai beribu RM…
klu syarikat pengeluar software tak telalu rakus untuk mengaut untung aku rasa masalah camni mungki tak timbul sgt…
tapi klu bab donwload lagu ker movies ker ciplak blog orang tuh…tak berani ler nak cakap…huhuhuu
Curahan rasa Zainal @ ..Cannot Activate AutoCAD 2009
Comments are closed.