Assalamualikum dan salam 1Dunia, tersentuh sungguh apabila membaca entri Ustaz Rahim bertajuk Nisfu Syaaban dan menyedarkan aku yang kekadang terlalu sibuk dengan duniawi. Syaaban terus berlalu dan tanpa kita sedari Ramadhan kian dekat tetapi belum pasti samada kita mampu bersama dengan Ramadhan yang mulia. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya ada banyak kelebihannya.
Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.
Berikut ada kitaran semula entri Nisfu Syaaban aku yg lepas :
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)
Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
Jadi mari sama-sama kita ikut nasihat Ustaz Rahim : marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.
Bacaan yang lain :
113 Comments
Semoga saja ALLAH SWT senantiasa mengampuni segala dosa-dosa kita semua..
FaiS’s last blog..Hidup Untuk Meberi
mari bertaubat brother
Curahan rasa munir ardi @ ..Advantages and Disadvantages of Technology
baru aku mengerti mengeani nisfu syaaban ni, terima kasih atas perkongsian daripada saudara. 🙂
Curahan rasa mohdisa @ ..Laila Asyikin Dalam Slot Samarinda TV3
Jiwa yang melayang buana di 2/3 malam menjemput sesuatu yang datang dari langit untuk menadahkan tangan ke atas langit memohon keridhoan Ilahi.
Salam untuk sahabatku.
Curahan rasa Eyangresi313 @ ..KEKUATAN CINTA
Semuga Allah mengamponkan dosa-dosa kita semua insyallah
semoga kita mendapat keberkatannNYA malam ni
semogalah seterusnya dan mendapat lailatul qadar pula
Curahan rasa munir ardi @ ..Advantages and Disadvantages of Technology
begitu banyak kemuliaan di bulan ramadhan
Curahan rasa munir ardi @ ..Advantages and Disadvantages of Technology
semoga kita bisa mendapatinya
Curahan rasa munir ardi @ ..Advantages and Disadvantages of Technology
Salam…mohon copy artikel ini utk disebar2kan kpd kwn2 FB
semuga anda mendpt keberkatan olehNYA…..
Semuga lebih ramai yg mendapat ilmu dari perkongsian ini.
saya yakin banyak yang mendapat manfaat dari kongsi ilmu ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Anak SMP
Minta izin C&P di fb sy.. Syukran
Silakan dan semuga ramai yg dapat manafaatnya.
semoga lebih banyak pahala kita peroleh pada malam ni, insyaAllah
Curahan rasa kulanz @ ..Menangani Perubahan Dalam Pengurusan
Sama-sama lah kita berdoa semua manusia seluruh alam mendapat hidayahnya
Minta izin copy and post di facebook saya.
[^.^] td terdetik nk baca pasal nifsu syaaban….thx . nasib jmpa blog ni..
terasa rugi pulak..zaman skolah dulu time ada tazkirah..slalu skip..[T.T]
Masih belum terlamabat selagi kita bernyawa tu
salam… thnks ats entry yg sgt berguna…. insyallah akn kongsi ilmu ini bersama rakan2 di opis…
terima kasih jangan lupa singgah lagi di blog ini lagi ya
pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita nak berpuasa
Curahan rasa zuriey @ ..8 bulan
Masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari tetapi kita masih sama sahaja tiada perubahan…
salam ziarah..
mohon izin untuk copy.. dan kongsi di blog..
terima kasih..
Curahan rasa zahora @ ..Nisfu Syaaban Malam Pengampunan
Dipersilakan untuk berkongsi ILMU keseluruh pelusuk dunia hendaknya.
Salam, thanks sbb share info nih.. saya bagi link entry nih kat kwn yg nak convert to Islam. Semoga info nih memberi manfaat utknya.
Curahan rasa maslina @ ..Aku seorang penganggur
Insyallah kita doakan kepadanya mendapat taufik hidayah dari Allah swt.
Comments are closed.