Nisfu Syaaban malam pengampunan

Assalamualikum dan salam 1Dunia, tersentuh sungguh apabila membaca entri Ustaz Rahim bertajuk Nisfu Syaaban dan menyedarkan aku yang kekadang terlalu sibuk dengan duniawi. Syaaban terus berlalu dan tanpa kita sedari Ramadhan kian dekat tetapi belum pasti samada kita mampu bersama dengan Ramadhan yang mulia. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya ada banyak kelebihannya.

Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.

Berikut ada kitaran semula entri Nisfu Syaaban aku yg lepas :

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

[ad#innitytext]

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Petikan dari buku Duratun Nasihin tulisan Usman AlKhaibawi.

Jadi mari sama-sama kita ikut nasihat Ustaz Rahim : marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.

Bacaan yang lain :

[ad#eQurban300]

---

  1. pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita nak berpuasa
    Entri terbaru zuriey – 8 bulanMy Profile

  2. salam ziarah..
    mohon izin untuk copy.. dan kongsi di blog..
    terima kasih..

  3. annadzirah says:

    info yang menarik.
    terima kasih.
    (:

  4. salam, timasih banyak2 untuk entri ini… hampir terlupa pulak malam ni nisfu syaaban…
    Entri terbaru yangbaik – Pemikiran yang sarat menjelang RamadhanMy Profile

  5. sangat berterima kasih atas info ini.
    sama-sama lah kita beribadat selagi ada hayat.
    tidak kira masa dan bulan apa skalipun.
    :)
    Entri terbaru mummynana – HARI HARI DALAM ISLAMMy Profile

    • seronoknya dah nk ramadhan dah. nifsu syaaban jugak tidak dilupakan. kelmarin dengar ceramah isra mikraj dimasjid, seronok ustaz sekarang dah moden, bawak projector tayang you tube dalam masjid utk ceramah. terharu dengar sajak dari kanak-kanak palestin yg berjiwa jihad. dia kata dia malu dengan umat islam yg lain yg cuma menonton di tv sahaja ke atas apa yg terjadi di palestine. kanak-kanak tu berumur 8 tahun.

      juga ada ditayangkan gambar kubur ahli sihir (sperti hadis di atas di mana pintu rahmat tidak dibuka utk ahli sihir). Kubur ahli sihir tu keluar asap berkepul2 dari subuh sampai ke petang sket. agak lama juga.

      mula-mula before ustaz tunjuk video..i thot just asap kecik2 jer. tiba-tiba bila tunjuk, masyallah asap besar mcm ada kebakaran rumah. allah maha besar.
      Entri terbaru Mrs Imran – Our first chocolates order!My Profile

      • Agamawan Palestin kata jangan kasihan dengan mereka kerana mati mereka syahid insyallah kerana mempertahankan Islam dari kekejaman Yahudi dan tambahnya yang perlu risau kita di Malaysia yang matinya terlebih makan, terlebih hiburan dan yang paling parah terlebih lupa pada Allah swt.

  6. kejap je masa berlalu
    semoga amalan kita diberkatiNya
    aminn :D
    Entri terbaru Kie-yu – Sekolah untuk Pelajar HamilMy Profile

  7. Timekasih Encik, atas sharenya. Maaf, lama sangat xsinggah sini. nak tanye, malam sya’ban tu bile? 15 hari bulan sya’bankah?
    Entri terbaru Anazkia – Galaksi KInanthiMy Profile

  8. Algazel says:

    Betul, muslim sejati tidak akan memilih bulan atau hari tertentu untuk beribadah. Tetapi sekurang-kurangnya dengan melebihkan ibadat (selain yang wajib) pada hari seperti Nisfu Syaaban ini akan menjadi permulaan yang baik untuk kita istiqamah untuk hari2 yang lain. Insya Allah.

  9. Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah yah Bro?.
    Entri terbaru Bang Iwan – Cheat Point Blank HeadshotMy Profile

    • pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
      Entri terbaru Bang Iwan – Cheat Point Blank HeadshotMy Profile

      • Mari Semua Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.
        Entri terbaru Bang Iwan – Cheat Point Blank HeadshotMy Profile

  10. tak sedar, tak perasan. Nasib baik maklumat di hujung jari..klik2, baru tau esok mlm nisfu syaaban.. Jgn lepaskan peluang selagi masa ada.. :D
    Entri terbaru serol – Tarikh Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia UTM 2010 ke-45My Profile

  11. nisfu syaaban esok ke?
    Entri terbaru kyo_9 – 夏バテ Suffering from summer heatMy Profile

  12. terimakasih kerana memberikan info tentang nisfu syaaban saya dan suami baru saja menerangkan pd anak2 saya apa itu nisfu syaaban semuga kita sama2 menyambutnya dgn membuat amalan solat sunat dan membaca yasin

  13. salam ziarah…
    bagus sekali entri DH kali ni…
    Sangat menyedarkan dan menginsafkan…
    selama ni tak tahu pun apa yg perlu dibuat sempena bulan Syaaban ni..
    terima kasih.. teruskan dengan entri2 macam ni..sebab sy akan jadi pengunjung setia, wpun kdg2 xtinggalkan komen ….

  14. esok mai la ramai2 ke masjid sbb insyaallah akan ada majlis membaca yasin beramai2
    Entri terbaru x-po – NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KEMy Profile

  15. ari ni bape syaaban?nisfu syaaban bila pulak?

Trackbacks

  1. [...] bro Denaihati pun dah banyak tulis artikel berkenaan Nisfu Syaaban ni kan? Antaranya Nisfu Syaaban malam pengampunan, Syaaban dan kelebihannya, Nisfu Syaaban untuk peringatan dan Nisfu Syaaban antara yang dilarang. [...]

  2. [...] pada 15 Syaaban setiap tahun. Kepada yang belum baca isu bacaan Yassin 3x boleh je terus ke entri Nisfu Syaaban Malam Pengampunan. Selain daripada amalan membaca Yassin 3x ada juga amalan solat sunat Nisfu Syaaban yang dilakukan [...]

  3. [...] Bulan Ramadhan Dan Bulan Kemerdekaan kepada seluruh umat manusia dan rakyat Malaysia khasnya. Bulan Syaaban bakal melabuhkan tirainya, maka bulan Ramadhan akan menjelma. Seluruh umat Islam akan berpuasa, [...]

  4. Produk Minuman 3-in-1 Membahayakan Kesihatan says:

    [...] P/s: Menarik untuk dibaca: Nisfu Syaaban malam pengampunan [...]

  5. disuka.com says:

    Nisfu Syaaban malam pengampunan | Denaihati…

    Assalamualikum dan salam 1Dunia, tersentuh sungguh apabila membaca entri Ustaz Rahim bertajuk Nisfu Syaaban dan menyedarkan aku yang kekadang terlalu sibuk…

  6. IMCurtain.com says:

    Nisfu Syaaban malam pengampunan | Denaihati…

    Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yan…

  7. [...] This post was mentioned on Twitter by Denaihati, Denaihati. Denaihati said: Alhamdulillah flooding trafik dgn entri Nisfu Syaaban http://bit.ly/b9fvfi semuga ada ILMU yg dikongsikan di sini. [...]

  8. [...] This post was mentioned on Twitter by Denaihati, hurulaini, nurulfarhana, tpinky, MrNamie and others. MrNamie said: Nisfu Syaaban malam pengampunan http://bit.ly/dnoR2Z [...]