Ninetology Memperkenalkan Tiga Telefon Pintar Baru Siri U9

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada Rakan Blogger yang membaca blog Amanz.my pasti mengetahui betapa lajunya perkembangan teknologi dunia dengan pelancaran berbagai smartphone baru boleh dikatakan setiap hari. Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dengan mengeluarkan produk jenama sendiri yang sama tinggi berdiri dengan produk berjenama dunia yang lain.

Baru-baru ni Denaihati dijemput ke Majlis Pelancaran Smartphone Terbaru Ninetology yang diadakan di Hilton Hotel Kuala Lumpur. Dalam majlis tu, Ninetology telah memperkenalkan 3 model terbaru Smartphone Siri U9 keluaran mereka iaitu Ninetology X1, Ninetology Z1 dan Ninetology Z1+.

ninetology u9 series

ninetology u9 launch

Ketiga-tiga Smartphone Ninetology Siri U9 ini yang menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean boleh didapatkan di pasaran sekarang. Harga bagi setiap peranti Android keluaran Ninetology ini ialah RM1,099 untuk Ninetology U9X1, RM1,199 untuk Ninetology U9Z1 dan RM1,299 untuk Ninetology U9Z1+.

Apa yang menarik pada Smartphone Ninetology Siri U9 ni adalah ia didatangkan dengan spesifikasi tinggi pada harga mampu milik. Ketiga-tiga smartphone Ninetology dengan processor Quad-Core 1.2Ghz ini turut dilengkapi dengan kamera 13 Megapixel untuk Ninetology X1 dan Ninetology Z1+ manakala untuk Ninetology Z1 pula dengan kamera 12 Megapixel.

Peranti dengan saiz paparan antara 4.8 hinga 5.7 inci ini juga menawarkan 1GB RAM yang didatangkan bersama memori terbina 16GB.

ninetology siri u9

Ninetology U9X1

  • Skrin bersaiz 4.8 inci Super AMOLED HD, Capacitive 5-point, IPS Touch Screen, 309ppi
  • Kamera belakang 13.0 Megapixel
  • Kamera hadapan 2.0 Megapixel dengan sokongan rakaman 720p
  • Processor Quad Core 1.2 GHz
  • Storan 16GB (sokongan MicroSD sehingga 32 GB)
  • Memori 1GB RAM
  • Dual-SIM, HSDPA+, WiFi, Bluetooth 3.0, GPS
  • Bateri kapasiti 2200 mAh
  • Pilihan warna Hitam / Merah
  • Harga RM1,099

Maklumat lanjut tentang spesifikasi hardware dan fungsi-fungsi Smartphone Ninetology U9X1 boleh lihat di halaman http://www.ninetology.com/u9/products/x1/

Ninetology U9Z1

  • Skrin bersaiz 5.7 inci Corning Gorilla Glass 2, IPS, Capacitive Multi Touch Screen
  • Kamera belakang 12.0 megapixel
  • Kamera hadapan 5.0 megapixel
  • Processor Quad Core 1.2 GHz
  • Storan 16GB (tiada sokongan MicroSD)
  • Memori 1GB RAM
  • Dual-SIM, HSDPA+, WiFi, Bluetooth 4.0, GPS
  • Bateri kapasiti 2600 mAh
  • Pilihan warna Hitam / Putih
  • Harga RM1,199

Maklumat lanjut tentang spesifikasi hardware dan fungsi-fungsi Smartphone Ninetology U9Z1 boleh lihat di halaman http://www.ninetology.com/u9/products/z1/

Ninetology U9Z1+

  • Skrin bersaiz 5.0 inci Corning Gorilla Glass 2, IPS, Curve Touch Point, Capacitive Multi Touch
  • Kamera belakang 13.0 Megapixel
  • Kamera hadapan 5.0 Megapixel
  • Processor Quad Core 1.2 GHz
  • Storan 16GB (sokongan MicroSD sehingga 32 GB)
  • Memori 1GB RAM
  • Dual-SIM, HSDPA+, WiFi, Bluetooth 4.0, GPS
  • Bateri kapasiti 2000 mAh
  • Didatangkan bersama dengan powerbank daripada Ninetology
  • Warna Putih
  • Rekaan berasaskan aluminium
  • Harga RM1,299

Maklumat lanjut tentang spesifikasi hardware dan fungsi-fungsi Smartphone Ninetology U9Z1+ boleh lihat di halaman http://www.ninetology.com/u9/products/z1plus/

Smartphone Ninetology merupakan produk keluaran syarikat Malaysia yang bekerjasama dengan China. Kualiti smartphone Ninetology dijaga dan dikawal sepenuhnya untuk kepuasan pengguna. Ninetology satu-satunya syarikat yang menawarkan “1 to 1 Exchange Policy” di mana jika ada masalah pada phone, ia boleh ditukar dengan phone yang baru bergantung pada syarat-syarat warranty yang ada didatangkan bersama dengan produk Ninetology. Service Centre Ninetology juga ada di setiap negeri dalam Malaysia bagi memudahkan pelanggan berurusan sekiranya phone mengalami masalah.

ninetology urbanite

Ninetology Blogger’s Review Program

Berita baik buat semua blogger yang nak miliki peranti terbaru daripada Ninetology secara PERCUMA. Rakan Blogger berpeluang untuk dapatkan peranti terbaru Ninetology ini dengan menyertai Program Blogger’s Review.

Untuk program ni, anda perlu buat review mengenai smartphone Ninetology. Mereka akan bagi anda gunakan Smartphone Ninetology selama 1 minggu, kemudian hasilkan entri perbandingan smartphone Ninetology dengan smartphone jenama lain.

Cara Join Blogger’s Review Program

  1. Daftar dulu dengan menghantar email ke samuellee@ninetology.com beserta maklumat Nama, Blog URL, Email, Contact Number dan Unit smartphone yang anda ingin review iaitu 1x Ninetology Device + 1x Jenama terbaru phone lain yang ada.
  2. Tunggu panggilan daripada Ninetology untuk pengesahan dan anda akan diberitahu bagaimana nak collect smartphone yang akan digunakan selama 1 minggu untuk direview (ONLY be within Klang Valley).
  3. Sebelum diberi smartphone yang akan direview, perjanjian T&C akan dibuat dan perlu ditandatangan bagi memastikan anda akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan pada smartphone.
  4. Pada hari untuk pulangkan balik smartphone tu, anda juga perlu submit URL entri untuk melayakkan anda join program atau contest Ninetology ini. Entri review perlu ditulis dengan 200 – 250 patah perkataan dan juga perlu ada sekurang-kurangnya 3 gambar beserta banner Ninetology.

Program Ninetology ini dipanggil “Tech Kaiju Arena” dan akan berlangsung bermula 12 Ogos 2013 sehingga 31 Disember 2013 dengan tema yang berbeza setiap 30 hari.

Hadiah Hebat Yang Ditawarkan

  1. Grand Prize : A Ninetology’s Latest Device & RM3,000
  2. 1st Runner-Up : A Ninetology’s Latest Device & RM2,000
  3. 2nd Runner-UP : A Ninetology’s Latest Device & RM1,000

Ninetology juga menawarkan ganjaran kepada pembaca-pembaca blog! Ninetology akan memperuntukkan RM15,000 – RM20,000 Ninetology E-Vouchers hanya untuk 100 pembaca terawal yang melanggan newsletter melalui banner. Voucher akan membolehkan mereka untuk membeli produk Ninetology pada harga diskaun.

Untuk dapatkan lebih maklumat tentang Ninetology, boleh layari laman web Ninetology di www.ninetology.com atau layari Facebook Ninetology Malaysia.

Aku tengok ramai juga Rakan Blogger yang menggunakan smartphone Ninetology versi lama mungkin boleh kongsikan pengalaman anda dan ini peluang terbaik untuk bertukar ke versi baru percuma … cuma kena usahalah sikit.


Spread the love

77 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!