Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semua orang sudah maklum Malaysian Airline System Bhd (MAS) sudah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya bermula 1 Jun 2015, disusuli surat tawaran kepada 14,000 kakitangan untuk menyertai entiti baharu Malaysian Airlines Bhd (MAB). 6000 kakitangan terpaksa meninggalkan MAB secara rela paksa dengan pengecilan operasi syarikat yang baru.
Dalam dunia korporat memang tiada yang akan kekal, berbagai kejadian pelik boleh berlaku tanpa dirancang. Aku pernah bekerja di KFC Malaysia sudah melalui pengalaman dipaksa berhenti kerja apabila syarikat besar tersebut diambil alih oleh syarikat lain. Dalam kes Malaysia Airlines Bhd lagilah sukar kerana syarikat asal MAS sudah ditutup kerana secara teknikalnya sudah muflis. Apa yang kita mampu buat setelah dipaksa berhenti melainkan redha dan meneruskan kehidupan tanpa rasa kesal.
Kepada rakan-rakan MAS yang diberhentikan kerja atau memilih untuk tidak menerima tawaran baru, perkara paling penting adalah menerima ketentuan ALLAH dengan rasa tenang dan redha. Ketenangan dan keredhaan menerima ujian ALLAH akan membuka seribu jalanan yang lain untuk kehidupan yang lebih berjaya. Aku dulu bersyukur sangat selepas diberhentikan oleh KFC Malaysia rezeki datang mencurah-curah. Kekadang kita tidak sangka bencana yang kita sangka rupanya menjadi permulaan kepada sebuah kejayaan yang tidak pernah kita mimpikan.
Apa yang aku buat dahulu setelah diberhentikan oleh KFC Malaysia adalah :
- Muhasabah keperluan ekonomi keluarga dengan menjual segala keperluan yang melebihi daripada kemampuan. Apalah nak dimalukan kalau terpaksa memandu kereta MyVi daripada sebelum itu memandu kereta Honda Accord. Jangan dikisah apa orang nak pandang pada kita tetapi yang penting kocek kita sentiasa berisi untuk menampung keperluan keluarga.
- Dapat nasihat daripada beberapa sahabat yang sudah berjaya apabila hendak memulakan bisnis dan pastikan jangan guna semua simpanan untuk bisnis tersebut. Modal bisnis mesti diasingkan dengan dana keperluan keluarga supaya keluarga tidak menjadi mangsa sekiranya perniagaan yang kita buat tidak menjadi.
- Berhati-hati dengan kawan-kawan yang sedia nak ngap duit kita dan apabila duit kita habis mereka akan lesap entah kemana.
- Rajin solat istikharah insyaa Allah kita akan sentiasa dibantu oleh ALLAH untuk membuat keputusan yang terbaik.
Kepada rakan-rakan MAS jangan pernah menyesal dengan setiap ujian yang diberi ALLAH kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Terima dengan redha pasti ALLAH akan tunjukkan jalan yang lebih baik yang selama ini terselindung disebalik keselesaan yang ada. Tidak mustahil suatu hari nanti akan ada yang menjadi Jutawan kerana hari ini anda diberhentikan kerja. Semuga sahabat kami Zarul Umbrella tabah dengan ujian setelah bertugas berbelas tahun dengan MAS.
83 Comments
bisnes yang baik adalah yang rendah modalnya dan berpotensi untuk berganda dengan mudah sesuai dengan usaha. bisnes juga 9/10 punca rezeki, maka usaha pun harus 9/10. Ayuh sertai kami melalui program YES
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..5 Tips Kurus Sebelum Raya
ayuh susun kembali strategi kerjaya anda, teruskan perjuangan untuk terus berjaya dalam kerja.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Pasarkan Diri Menerusi Resume
Insya Allah, ada hikmah di sebalik ujian yang allah berikan.. semoga lebih bersabar atas ujian..
Curahan rasa haridah @ ..Apa yang Best di National Conference Shaklee 2015??
Semoga semua rakan-rakan yg ditimpa ujian dalam karier bersama MAS ini diberi kesabaran dan kekuatan sebanyak-banyaknya. Walaupun perit namun bukanlah suatu pengakhiran. Mungkin ada sinar disebaliknya. Bertabahlah..
Curahan rasa Mahathir @ ..9 Cara Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil Tanpa Rasa Stress
dekat tempat kerja aku pun sama. proses membuang pekerja. tetapi tak macam ni la.
dekat tempat kerja aku ni, dia tempatkan dalam 1 bilik tanpa kerja. so bila dah bosan, pekerja sendiri akan cari kerja lain dan berhenti. so bukan diberhentikan.
Curahan rasa bistari corner @ ..Elakkan Di Tipu “Peniaga Online”
Huhu, cara macam ni pun dibuat juga ye? Lebih kepada pekerja yang nak berhenti jika dibuat begini!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Ibu Susuan dan Anak Susuan
betul tu. redha dan #kipidap untuk meneruskan hidup. rezeki dari Allah ni luas. Mungkin ada hikmah disebaliknya terutamanya buat pramugari.
Curahan rasa bistari corner @ ..Elakkan Di Tipu “Peniaga Online”
bukan senang sebenarnya nak survive setelah kehilangan sumber pendapatan utama, tapi insyallah, rezeki Allah yang kurniakan..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Macam Mana Cara Aku Setup Blog Baru?
btul setuju. insyaAllah ada rezeki yang lebih baik nnt. skrg pon ramai dah mula berbisnes.
Curahan rasa Leyha @ ..5 Vitamin penting untuk kulit cantik
Semoga MAS menjadi lebih baik dari sebelumnya, begipula dengan pegawai yang diberhentikan, semoga mendapat pekerjaan yang layak.
cabaran yang besar dan pasti mampu mendewasakan..
memang perlu bertabah dan kuat kepada yang diberhentikan tu..
bukan sahaja kepada kakitangan MAS, juga kepada kakitangan JARING dan sebagainya
Curahan rasa zool @ ..Kes pendaki maut di gunung Kinabalu – Loqman yang ku kenali
Nasihat yang tuan Denaihahati berikan untuk kakitangan MAS yang diberhentikan kerja sangat berguna.. sekarang ni kerajaan ada menyediakan dana pinjaman kepada mereka yang terlibat untuk memulakan perniagaan. .. diharap mereka dpt menggunakan dana tersebut dengan sebaiknya untuk memulakan kehidupan baru..
Curahan rasa anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
ada dana dari TEKUN untuk digunakan. nak kena mulakan tu kena cekal..
yelah dari kerja gaji ribuan ringgit kena bertungkus lumus bermula dengan ratusan ringgit
Curahan rasa zool @ ..Just change my new wallet
Bro Zarul Umbrella pun antara yang tersenarai ke? Kesian dekat bro Zarul Umbrella.. semoga beliau tabah menerima ujian tersebut.. dan bangkit manjadi seorang yang lebih berjaya… mungkin inilah masa ysng terbaik untuk beliau menghasilkan album baru atau menjadi seorang usahawan..
Curahan rasa anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
Persediaan awal dengan tabungan yang kita kumpul boleh menampung buat sementara, jika kita diberhentikan kerja. Pasti ada peluang lain yang lebih baik lagi. Insya Allah…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Cobaan dan cabaran hidup akan hadir dalam pelbagsi rupa, oleh itu kita sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Cabaran yang pernah saya hadapi bila diberhentikan kerja. Banyak yang saya belajar selepas itu termasuk tendang terajang dalam bisnes sub kontrak dan sebagainya..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Alhamdulillah. Kadangkala ianya lebih mendewasakan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips Galak Anak Kecil Berlatih Puasa
Comments are closed.