Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah makan nasi lemak AirAsia ke? Kepada yang biasa terbang bersama AirAsia pasti pernah merasa keenakan Nasi Lemak Pak Nasser yang juga mempunyai status halal JAKIM. Harga Nasik Lemak Pak Nasser RM15 tapi kalau nak murah boleh order online dapatlah RM12.
Setiap kali aku melihat nasi lemak AirAsia pasti teringat kisah lama kontroversi kecurangan rakan niaga. Di awal tahun 2000 aku mempunyai sebuah syarikat katering bersama dua orang lagi rakan kongsi. Salah seorang rakan kongsi mempunyai pengalaman dengan dunia penerbangan kerana pernah bertugas di syarikat Lutfhansa. Kerana kelebihan itu kami telah memberi tugas kepada beliau mencari peluang katering apabila mendengar AirAsia akan memulakan menjual makanan.
Klik panduan pesanan tiket AirAsia secara online
Oleh kerana kesibukan dengan berbagai projek setiap rakan kongsi mempunyai tugas masing-masing. Alhamdulillah dengan izin Allah rakan kongsi kami telah berjaya mendapat projek menyediakan makanan untuk AirAsia untuk dijual kepada penumpang. Ringkasnya syarikat kami yang pertama menyediakan nasi lemak dan beberapa hidangan lain untuk AirAsia.
Setelah beberapa bulan menyediakan makanan untuk AirAsia kami mula menerima berbagai komplen. Kami cuba sedaya upaya menyediakan makanan mengikut bajet yang telah diberi. Walaupun kami sudah menyediakan hidangan yang terbaik tapi komplen demi komplen diterima sehingga rasa stress di kalangan pekerja.
Bangkai gajah boleh ditutup tapi penipuan lambat laung pasti terbongkar. Suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari bank memaklumkan cek yang rakan kongsi bank in tidak boleh diproses kerana tiada tandatangan. Terkejut bila pegawai bank menyerahkan cek peribadi rakan kongsi kami yang menguruskan projek AirAsia. Rupanya selama ini beliau mengambil komisen RM2 untuk setiap hidangan yang disediakan untuk AirAsia. Cek daripada AirAsia dimasukkan ke dalam akaun beliau dan cek peribadi beliau setelah ditolak komisen dimasukkan pula ke akaun syarikat.
KLIK UNTUK TIPS BELI TIKET AIRASIA PALING MURAH
Patutlah AirAsia asyik komplen rupanya kami menyediakan hidangan yang kualitinya kurang RM2. Kemungkaran ini kami bawa bersemuka dengan rakan kongsi yang curang. Akibat daripada ketamakan komisen RM2 rakan kongsi maka AirAsia tidak menyambung perkhidmatan kami yang hanya baru setahun. Siapa rugi pastilah syarikat akibat tidak jujur dalam berniaga.
Nasi lemak AirAsia pasti akan terus menjadi ingatan ketidakjujuran seorang manusia yang gelojoh untuk menjadi kaya lebih dari rakan kongsi yang lain. Kalau tidak mungkin hari ini nasi lemak AirAsia berjenama nasi lemak Denaihati…. Mungkin.
Pasti Rakan Blogger pun ada kisah rakan niaga yang tamak dan tidak jujur kepada syarikat sendiri… kalau ada kongsikanlah.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (Subscribe ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
104 Comments
mintak jauh benda2 mcm ni terjadi. kawan tikam kawan. lagi pun ini melibatkan duit dan nama syarikat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Banyak saya dengar kisah kawan makan kawan terutamanya dalam bisnes…yalah, gara-gara duit, persahabatan yang dibina bertahun-tahun boleh musnah begitu saja.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
wawa doakan semoga kisah ini tidak akan berulang lagi buat kali kedua. kesian pula bila dengan kisah kawan tikam dari belakang kerana sifat tamak
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
mungkin suatu hari nanti tuan denaihati.com boleh cuba bisness makanan dengan syarikat penerbangan. kalau sekarang dah ada nasi lemak, apa kata tuan cuba makanan tradisional denaihati pula.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
DH pandai buat bisnes. banyak lagi cara lain utk berjaya. good luck
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
wawa belum pernah lagi makan nasi lemak airasia ni, tapi mak saudara wawa cakap nasi lemaknya sedap. Teringin juga nak merasa nanti.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Kesiannya, Tulah kawan tikam belakang. Kata orang, musuh kita nanti adalah kawan kita sendiri. jadi lepas ni kena hati hati dengan orang sekeliling
Curahan rasa Kanvas Dakwat @ ..business card MURAH !!!!
betul tu, kadang-kadang kawan baik kita sendiri yang akan jadi musuh kita suatu hari nanti. sebab tu kita kena bijak dalam memilih kawan dan jangan terlalu baik dengan mereka.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
macam-macam jenis perangai orang dalam dunia perniaagaan ni..nak cari yang jujur memang susah..dah pernah jadi dulu jugak kat diriku..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Kejadian yang selalu didengar dan sering terjadi kepada bangsa kita… Kerana nak kaya cepat, akhirnya habuk pun tak dapat.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Proton Iriz Baru (PCC) – Variant, Harga Dan Spesifikasi
Comments are closed.