Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah makan nasi lemak AirAsia ke? Kepada yang biasa terbang bersama AirAsia pasti pernah merasa keenakan Nasi Lemak Pak Nasser yang juga mempunyai status halal JAKIM. Harga Nasik Lemak Pak Nasser RM15 tapi kalau nak murah boleh order online dapatlah RM12.
Setiap kali aku melihat nasi lemak AirAsia pasti teringat kisah lama kontroversi kecurangan rakan niaga. Di awal tahun 2000 aku mempunyai sebuah syarikat katering bersama dua orang lagi rakan kongsi. Salah seorang rakan kongsi mempunyai pengalaman dengan dunia penerbangan kerana pernah bertugas di syarikat Lutfhansa. Kerana kelebihan itu kami telah memberi tugas kepada beliau mencari peluang katering apabila mendengar AirAsia akan memulakan menjual makanan.
Klik panduan pesanan tiket AirAsia secara online
Oleh kerana kesibukan dengan berbagai projek setiap rakan kongsi mempunyai tugas masing-masing. Alhamdulillah dengan izin Allah rakan kongsi kami telah berjaya mendapat projek menyediakan makanan untuk AirAsia untuk dijual kepada penumpang. Ringkasnya syarikat kami yang pertama menyediakan nasi lemak dan beberapa hidangan lain untuk AirAsia.
Setelah beberapa bulan menyediakan makanan untuk AirAsia kami mula menerima berbagai komplen. Kami cuba sedaya upaya menyediakan makanan mengikut bajet yang telah diberi. Walaupun kami sudah menyediakan hidangan yang terbaik tapi komplen demi komplen diterima sehingga rasa stress di kalangan pekerja.
Bangkai gajah boleh ditutup tapi penipuan lambat laung pasti terbongkar. Suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari bank memaklumkan cek yang rakan kongsi bank in tidak boleh diproses kerana tiada tandatangan. Terkejut bila pegawai bank menyerahkan cek peribadi rakan kongsi kami yang menguruskan projek AirAsia. Rupanya selama ini beliau mengambil komisen RM2 untuk setiap hidangan yang disediakan untuk AirAsia. Cek daripada AirAsia dimasukkan ke dalam akaun beliau dan cek peribadi beliau setelah ditolak komisen dimasukkan pula ke akaun syarikat.
KLIK UNTUK TIPS BELI TIKET AIRASIA PALING MURAH
Patutlah AirAsia asyik komplen rupanya kami menyediakan hidangan yang kualitinya kurang RM2. Kemungkaran ini kami bawa bersemuka dengan rakan kongsi yang curang. Akibat daripada ketamakan komisen RM2 rakan kongsi maka AirAsia tidak menyambung perkhidmatan kami yang hanya baru setahun. Siapa rugi pastilah syarikat akibat tidak jujur dalam berniaga.
Nasi lemak AirAsia pasti akan terus menjadi ingatan ketidakjujuran seorang manusia yang gelojoh untuk menjadi kaya lebih dari rakan kongsi yang lain. Kalau tidak mungkin hari ini nasi lemak AirAsia berjenama nasi lemak Denaihati…. Mungkin.
Pasti Rakan Blogger pun ada kisah rakan niaga yang tamak dan tidak jujur kepada syarikat sendiri… kalau ada kongsikanlah.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (Subscribe ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
104 Comments
Bila ketamakkan menguasai manusia….
Macam-macam perangai manusia ni. Kalau dah tamak menguasai diri, kawan makan kawan pun boleh jadi.
Anda Dan Pasangan Mahukan Zuriat? Klik Sini.
Curahan rasa adilah manaf celikvitamin @ ..Punca Resdung Tiada Kaitan Dengan Ulat Resdung
wa-wah info yang membuat saya kaget.terima kasih infonya
ooo..baru tahu cerita disebalik nasi lemak AirAsia ni…
Curahan rasa Hanipah Ghazali @ ..Penangan ESP..
Sedih baca post ni. Kalau tidak kerana dia, pasti dh boleh rasa nasi lemak denaihati bila naik air asia.
Berapa agaknya keuntungan dia dengan mengambil komisen RM2… jika seribu nasi lemak dijual setiap hari.
Ujian dari Allah buat Denaihati….
RM2 sebungkus.. Sehari dah berapa dia cekau seorang.. ermm
Curahan rasa amirnawawi @ ..Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa Malaysia
Ya Allah… Sabar je lah.. Yang rugi, sama-sama. Dia pun rugi..
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Muhammad Makin Berselera Makan – Bestnya!
nauzubillah
harap dijauhkan dari berlaku kes-kes macam ni kat diri sendiri
belajar dari pengalaman tuan la camni
kena hati-hati kalau nk buat partnership
bila soal wang, semua jadi gelap mata
jadi, lebih baik berwaspada sebelum terkena
nice sharing
Kadang kerana wang orang jadi gelap mata, banyak jugak tu komisen RM2..
Sabar ye, tulah realiti dunia, susah nak percaya kan..
Curahan rasa Myra Jay @ ..Perlu ke Tak Perlu
Sebab itu pemilihan rakan kongsi amat perlu dititkberatkan.
Jatuh bangun bersama. Kalau dah jadi macam nih, semua pakat jatuh la jawabnya
Sudah menjadi lumrah kehidupan dunia perniagaan. Ada je yg x berpuas hati.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cara mudah mendapat pahala selepas meninggal dunia
Caknyo emang lemak nian tuh 😀
sayangnya. tender dah bagus dah tu. adalah hikmah disebalik setiap kejadian. DH memang tabah!
Curahan rasa Sya Isya @ ..KOMISEN PERTAMA DAN KEDUA SISTEM JUALAN PRO
Adat berniaga dan ada rakan kongsi selain pasangan, mesti ada risiko rakan kongsi tak amanah. Apapun mesti ada hikmahnya, inshaaAllah ada rezeki denaihati di tempat lain, ameen.
Curahan rasa Akmal Aizat @ ..6 Makanan Terbaik Untuk Cegah & Rawat Kanser
Comments are closed.