Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah makan nasi lemak AirAsia ke? Kepada yang biasa terbang bersama AirAsia pasti pernah merasa keenakan Nasi Lemak Pak Nasser yang juga mempunyai status halal JAKIM. Harga Nasik Lemak Pak Nasser RM15 tapi kalau nak murah boleh order online dapatlah RM12.
Setiap kali aku melihat nasi lemak AirAsia pasti teringat kisah lama kontroversi kecurangan rakan niaga. Di awal tahun 2000 aku mempunyai sebuah syarikat katering bersama dua orang lagi rakan kongsi. Salah seorang rakan kongsi mempunyai pengalaman dengan dunia penerbangan kerana pernah bertugas di syarikat Lutfhansa. Kerana kelebihan itu kami telah memberi tugas kepada beliau mencari peluang katering apabila mendengar AirAsia akan memulakan menjual makanan.
Klik panduan pesanan tiket AirAsia secara online
Oleh kerana kesibukan dengan berbagai projek setiap rakan kongsi mempunyai tugas masing-masing. Alhamdulillah dengan izin Allah rakan kongsi kami telah berjaya mendapat projek menyediakan makanan untuk AirAsia untuk dijual kepada penumpang. Ringkasnya syarikat kami yang pertama menyediakan nasi lemak dan beberapa hidangan lain untuk AirAsia.
Setelah beberapa bulan menyediakan makanan untuk AirAsia kami mula menerima berbagai komplen. Kami cuba sedaya upaya menyediakan makanan mengikut bajet yang telah diberi. Walaupun kami sudah menyediakan hidangan yang terbaik tapi komplen demi komplen diterima sehingga rasa stress di kalangan pekerja.
Bangkai gajah boleh ditutup tapi penipuan lambat laung pasti terbongkar. Suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari bank memaklumkan cek yang rakan kongsi bank in tidak boleh diproses kerana tiada tandatangan. Terkejut bila pegawai bank menyerahkan cek peribadi rakan kongsi kami yang menguruskan projek AirAsia. Rupanya selama ini beliau mengambil komisen RM2 untuk setiap hidangan yang disediakan untuk AirAsia. Cek daripada AirAsia dimasukkan ke dalam akaun beliau dan cek peribadi beliau setelah ditolak komisen dimasukkan pula ke akaun syarikat.
KLIK UNTUK TIPS BELI TIKET AIRASIA PALING MURAH
Patutlah AirAsia asyik komplen rupanya kami menyediakan hidangan yang kualitinya kurang RM2. Kemungkaran ini kami bawa bersemuka dengan rakan kongsi yang curang. Akibat daripada ketamakan komisen RM2 rakan kongsi maka AirAsia tidak menyambung perkhidmatan kami yang hanya baru setahun. Siapa rugi pastilah syarikat akibat tidak jujur dalam berniaga.
Nasi lemak AirAsia pasti akan terus menjadi ingatan ketidakjujuran seorang manusia yang gelojoh untuk menjadi kaya lebih dari rakan kongsi yang lain. Kalau tidak mungkin hari ini nasi lemak AirAsia berjenama nasi lemak Denaihati…. Mungkin.
Pasti Rakan Blogger pun ada kisah rakan niaga yang tamak dan tidak jujur kepada syarikat sendiri… kalau ada kongsikanlah.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (Subscribe ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
104 Comments
begitu ceritanya…. takpe, rezeki denaihati lebih murah kan 😉 berkat kesabaran…
yup, nasi lemak pak naser boleh thn sedap. order online jimat rm3 gitu
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #77: Mari mencari kuda [imej tersembunyi]
Astaghfirulloh ambil aja hikmah nya dari peristiwa ini, ada yah orang seperti itu
mainnya tikam belakang, biarlah semua pasti ada hikmah nya tersendiri 🙂
Curahan rasa Resep Masakan Praktis @ ..Tips Menghilangkan Bau Bawang Putih
Inilah bahayanya berkongsi perniagaa, walaupun banyak idea untuk dikongsi dan berbincang dan akhirnya kita yang rugi dan merana, sementara si dia hanya dpt habuan sekejap sahaja. Akibatnya kedua-dua rugi akibat satu tangan yang tidak jujur. Beringat sebelum kena kata org2 tua dahulu.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Bisnes Online Menurut Pandang Kamil Salleh
Tak sangka sampai begitu sekali ketamakan membawa diri jauh dari menjadi insan yg jujur. Astagfirullah. Besar pengajaran yang dapat dari peristiwa ini.
Curahan rasa halif @ ..Kisah Yang Masih Belum Terungkai Di Makkah (Life is a mystery)
Orang dulu dulu kata, “Kononnya nak ‘menggenggam’, sudahnya ‘menjemput’ pun tak dapat 🙂
Maksud menjemput di atas bukan menjemput adik balik dari sekolah ya hehehe. Maksudnya: “to take with the finger tips” 😉
tikam belakang, perbuatan paling hina..tapi sepandai-pandai tupai melompat, lama2 jatuh juga kan…
Curahan rasa Eridy @ ..Bounce rate sesuai untuk blog
risiko dalam perniagaan yang melibatkan rakan kongsi… hmm… kadang kadang susah nak jangka sikap rakan kongsi…
Curahan rasa Melastik Bintang Yang Tampan @ ..Menyesal Sertai Group Denaihati Network
nasi lemak pak naseer. leh gak tahan sedapnya. selalu gak order dulu..
Curahan rasa titan @ ..Daftar Second CRM OYB Workshop
redhakan tuan..sekarang tuan ada jenama blog yang hebat..blog denaihati no 1 di Malaysia
Curahan rasa kakiblog @ ..Blogger Kerjaya Masa Hadapan
PengALI BABAan yang agak panaih sifatnya…huhu
Curahan rasa Lal @ ..Awal Muharram bermulanya era baru kehidupan.
Bro ni bukan ALI BABA sebab kita yg dapat projek dan kita yang buat tapi ni KAKI BELIT
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Peperiksaan SPM 2013 untuk abang
kalau lah tak ad ayg curang..hu3..bayangkan nais lemak Denaihati…tapi semua dugaankan bro untuk berjaya
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Masakan Yang Paling Sedap di Dunia
tadi malam cuba baca artikel ini tapi sedang maintenance, sewaktu naik air Asia saya cuba dengan bang IWan NAsi ini , sayang sekali mendengar hal ini , alangkah bahagianya bila memang di NAsi itu tertulis nasi lemak Denaihati
Curahan rasa munir ardi @ ..Makanan-Makanan yang menjadi Pemicu Penyakit Jantung
Iya,… sejak semalam nggak bisa koment. baru saat ini sempat
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hermann Rorschach, Psikiater Penemu Inkblot Test di Logo Google Hari Ini
Jadi teringat saat makan nasi lemak di AirAsia dulu. Tanpa terasa sudah hampir setahun berlalu
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hermann Rorschach, Psikiater Penemu Inkblot Test di Logo Google Hari Ini
Kapan lagi bisa libur di Kuala Lumpur. Malam ini kami ada makan bersama dengan team walikota Makassar di Kuala Lumpur.
rakan kongsi tu melayu kan??haha..biasa la..melayu nie fikir dia kaya sekejap..
Comments are closed.