Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah makan nasi lemak AirAsia ke? Kepada yang biasa terbang bersama AirAsia pasti pernah merasa keenakan Nasi Lemak Pak Nasser yang juga mempunyai status halal JAKIM. Harga Nasik Lemak Pak Nasser RM15 tapi kalau nak murah boleh order online dapatlah RM12.
Setiap kali aku melihat nasi lemak AirAsia pasti teringat kisah lama kontroversi kecurangan rakan niaga. Di awal tahun 2000 aku mempunyai sebuah syarikat katering bersama dua orang lagi rakan kongsi. Salah seorang rakan kongsi mempunyai pengalaman dengan dunia penerbangan kerana pernah bertugas di syarikat Lutfhansa. Kerana kelebihan itu kami telah memberi tugas kepada beliau mencari peluang katering apabila mendengar AirAsia akan memulakan menjual makanan.
Klik panduan pesanan tiket AirAsia secara online
Oleh kerana kesibukan dengan berbagai projek setiap rakan kongsi mempunyai tugas masing-masing. Alhamdulillah dengan izin Allah rakan kongsi kami telah berjaya mendapat projek menyediakan makanan untuk AirAsia untuk dijual kepada penumpang. Ringkasnya syarikat kami yang pertama menyediakan nasi lemak dan beberapa hidangan lain untuk AirAsia.
Setelah beberapa bulan menyediakan makanan untuk AirAsia kami mula menerima berbagai komplen. Kami cuba sedaya upaya menyediakan makanan mengikut bajet yang telah diberi. Walaupun kami sudah menyediakan hidangan yang terbaik tapi komplen demi komplen diterima sehingga rasa stress di kalangan pekerja.
Bangkai gajah boleh ditutup tapi penipuan lambat laung pasti terbongkar. Suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari bank memaklumkan cek yang rakan kongsi bank in tidak boleh diproses kerana tiada tandatangan. Terkejut bila pegawai bank menyerahkan cek peribadi rakan kongsi kami yang menguruskan projek AirAsia. Rupanya selama ini beliau mengambil komisen RM2 untuk setiap hidangan yang disediakan untuk AirAsia. Cek daripada AirAsia dimasukkan ke dalam akaun beliau dan cek peribadi beliau setelah ditolak komisen dimasukkan pula ke akaun syarikat.
KLIK UNTUK TIPS BELI TIKET AIRASIA PALING MURAH
Patutlah AirAsia asyik komplen rupanya kami menyediakan hidangan yang kualitinya kurang RM2. Kemungkaran ini kami bawa bersemuka dengan rakan kongsi yang curang. Akibat daripada ketamakan komisen RM2 rakan kongsi maka AirAsia tidak menyambung perkhidmatan kami yang hanya baru setahun. Siapa rugi pastilah syarikat akibat tidak jujur dalam berniaga.
Nasi lemak AirAsia pasti akan terus menjadi ingatan ketidakjujuran seorang manusia yang gelojoh untuk menjadi kaya lebih dari rakan kongsi yang lain. Kalau tidak mungkin hari ini nasi lemak AirAsia berjenama nasi lemak Denaihati…. Mungkin.
Pasti Rakan Blogger pun ada kisah rakan niaga yang tamak dan tidak jujur kepada syarikat sendiri… kalau ada kongsikanlah.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (Subscribe ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
104 Comments
kerana duit.. kawan terputus.. bisnes terlignkup..
jgn jadi hamba duit…
tp boleh jadi iktibar pada yg lain..
Curahan rasa sumijelly @ ..Aktiviti Cuti Sekolah untuk anak-anak
itu lah antara sebab melayu susah nak berjaya dan kekal lama dalam dunia perniagaan.. sifat tamak nak untung lebih dari yang sepatutnya.. berbanding bangsa lain yang mementingkan kualiti dan hubungan jangka panjang..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Turun berat badan dengan menukar pinggan
tipikal org kita kan..kurang pengertian tentang erti syukur..
Curahan rasa JMR @ ..Lamb Chop The Alenaz
Bila masuk hal duit, mata boleh jadi gelap…semua perkara yang unethical pun dibuatnya..
Curahan rasa Farid Adam @ ..Wordless Wednesday – Mengarut!!!
Rezeki takde.. Yg peritnya sebab bijaksana sitteman.. Insyaallah ada pintu rezeki arah lain lak…
Memang banyak rezeki lain selepas itu tapi partner tu tak pun kaya mana
Curahan rasa denaihati @ ..Jadual Peperiksaan SPM 2013 untuk abang
Nasi Lemak, pernah mendengar namanya namun belum pernah melihat apalagi memakannya.
Curahan rasa Abi Bewara @ ..MomanCamera, Aplikasi Foto Karikatur Android
Soalan. Kenapa cek tidak ditulis atas nama syarikat?
Curahan rasa Affan @ ..Busuk.org Memperkenalkan Sistem Baru – Autoping
selama ini kita fikir pun cek tu atas nama syarikat sebab partner tu yg pergi collect cek dan bank in terus ke bank .. rupanya dia gunakan nama syarikat dia jadi bila dapat payment masuklah dalam akaun syarikat dia dan kemudian tulis cek balik ke syarikat kami.
Berniaga apa-apa pun kejujuran itu paling penting..kualiti perlu seiring..jangan sehingga terlalu tamak, dua perkara ini diabaikan.
p/s: teringat plak cerita yang lepas2..haih.
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Mencari Rentak Melalui Pelaburan Ilmu
Belum pernah sekalipun makan nasi lemak, apalagi NASI LEMAK DENAIHATI 🙂
Curahan rasa Dawaihati @ ..Cerita ABG di Facebook
Saat pergi ke Malaysia naik pesawat AirAsia pun, tak pesan makanan apa-apa 🙂
Curahan rasa Kang Dadan @ ..MurahMall Menjual Jam Tangan Murah Berkualitas
Ingin memiliki komisi sedikit dengan mengorbankan besarnya nilai kejujuran…terlalu!
Curahan rasa Kang Dadan @ ..MurahMall Menjual Jam Tangan Murah Berkualitas
saya belum perna makan nasi lemak dari air asia..:D
kalau tidak jujur kepada orang, akan mengakibatkan kerugian buat diri sendiri.
Curahan rasa Catatan Journeyweb @ ..Cerita ABG Anak SMP Di Balik Prestasi
Rakan niaga tu mesti melayu kan? Short term gain but long term pain…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Contest Ephyra Idaman Saya
sikap tamak akan merugikan diri sendiri jua…
Curahan rasa daddydee @ ..Mulakan Langkah Pertama
Ketamakan dan ketidak jujuran seperti rakan kongsi bro itu hanya akan membawa kerugian kepada semua. Yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.
semoga terhindar dari perbuatan seperti ini.
Curahan rasa Eizil @ ..Usaha mencetak Al Quran Mushaf Malaysia
hati-hati kalau makanan banyak lemaknya, coba dengan nutrisi aja agar bebas lemak
Curahan rasa langsing sehat @ ..Bahaya Lemak Perut
Tumpang simpati bro keatas apa yang berlaku, Jadinya sekarang sudah disambung kembali atau tidak kontrak tersebut.
Tapi jujur aku tak pernah lagi oder makanan apabila menaiki air asia,
Curahan rasa onlajer @ ..Gaji Mak Tak Boleh Campur Dengan Gaji Abah
tak sambung. kisah lama ni bro dan dah hampir 13 tahun lepas.
Curahan rasa Denaihati @ ..Nasi lemak AirAsia ada kisah kontroversi
Comments are closed.