Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik baca entri “Ganti MyKad Online” di blog Kak Jie membuatkan aku teringat kepada seorang. Kawan aku ni entah dah berapa kali terhilang Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (MyKad) akibat kecuaian sendiri.
Kalau dulu bila hilang MyKad kena report polis tapi setelah ramai sangat hilang MyKad, Polis pun dah tak larat nak simpan laporan. Sekarang tak perlu report cuma kena denda kehilangan MyKad kali pertama denda RM100, kali kedua denda RM200 dan kali ketiga denda RM300. Kalau hilang kali ke empat aku syor baik tuan Mykad tu terjun lubuk sebab tak pandai jaga dokumen sepenting MyKad.
Semenjak dua menjak ni heboh pulak kualiti MyKad rendah dan chip banyak yang tak berfungsi yang boleh guna hanya fasiliti Smart Tag yang lain seperti MEPS CASH dan perolehan data peribadi tak berfungsi. Jangan ada Pegawai JPN songlap duit dah lah sehingga kualiti Kad pengenalan bermutu tinggi jadi Kad pengenalan bermutu rendah.
Kalau fikir nak buat baru atau tukar Mykad ni memanglah malas sebab kena menunggu di pejabat JPN hampir seharian, ramai tu manusianya. Terima kasih lah Kak Jie setelah baca entri baru tahu sekarang dah boleh memohon ganti MyKad secara online di http://mykadganti.jpn.gov.my dan periksa status permohonan MyKad di http://www.jpn.gov.my/semakic.
Nak semak permohonan MyKad secara SMS pun boleh hanya perlu taip JPN MyKad <no ic> kirimkan sms ke 15888.
Mudahkan tapi ingat wahai teman ku ini bukan lesen besar untuk suka-suka hilangkan MyKad. Ramai juga yang belum ambil MyKad ni [ Senarai ].
Nota : Di Indonesia MyKad dikenali sebagai KTP. Apa maknanya tu kena tanya Bang Iwan.
40 Comments
kualiti mykad skang agak mudah rosak..
kroni?oopsss..haha
Curahan rasa phoenixstudio @ ..Laman web kerajaan Malaysia bakal di godam esok
KTP itu singkatan dari Kartu Tanda Pengenal
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Katy Perry – Last Friday Night (T.G.I.F.)
Wah… bagus nih kalau ada layanan online seperti itu.
Betul tu bro…memudahkan urusan…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
on da way jugak ni nak ganti mykad
nak cuba online plak
Curahan rasa wazy @ ..Undi Gambar Pasangan Pengantin Pilihan Anda
tapi itu la, kad kualiti tinggi tapi cepat rosak
saya ni pun cip dah tak boleh pakai
so kena la buat semula
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Access Ubuntu Files From Windows
Semenjak keluar dapat Mykad, memang tak pernah guna langsung cip tu.. entah ada guna ker taj benda tu
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
tukar mykad secara online ni mcm mana??
Gambar masih kekal yg lama ker?? cap jari pun sama ker??
sbb sy nak tukar chip jer… sebab rosak.. dn saya adalah batch pertama keluaran my kad… so, memang x ada apa2 facilitis pun kat my kad tu…
agak2 tukar my kad sbb chip kene bayar tak??
Curahan rasa Sumijelly @ ..Contest SHAWL | Shawl Cantik Untuk di Menangi by LMD
Tentang kualiti rendah itu, aku seperti mahu mengiyakan. Kadangkala sesetengah urusan tidak dapat dilaksanakan dengan lancar kerana masalah cip yang tidak dapat dibaca. Hmm..
Terima kasih DH kerana pautan itu. 😉
Curahan rasa Hadi Rofiee @ ..Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan champscircle.com
Rasanya cip dekat Mykad saya tu dah kabur.. macam nak berkarat dah.. entah masih boleh baca oleh pembaca mykad atau tak
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
JPN MyKad kirimkan sms ke 15888
1 sms cas RM0.20..
Source: http://www.pnm.my/index.php?id=192
English Version: http://www.myeg.com.my/index.php/en/faq/mykad-replacement
15888 – 888 (no ONG?)
27 Juta x RM0.20 = RM5.4 Juta.. Masyuk…..!
Curahan rasa AminJohar @ ..KERJA DI RUMAH | BISNES ONLINE | BUAT DUIT DARI RUMAH
aku copy paste je ni : CAJ PENGHANTARAN : RM 0.15 dan CAJ PENERIMAAN: RM0.20
Curahan rasa denaihati @ ..Merotani anak tanda sayang
Thks for the info…
Salah satu teknik agaknya tu.. Tapi bagus juga buat macam tu kan, senang bagi mereka yang tinggal jauh dan kena berulang alik naik bas atau teksi semata-mata nak urus Mykad ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
harap prosesnya lancar dan memudahkan semua pihak…
Curahan rasa noriz @ ..Offer Wing Street Pizza Hut hari ni 🙂
Tak perasan plak post Kak Jie tu.
Nak gak try ganti mykad online ni, kad yang ada sekarang dah terkopak sebab dompet termasuk dalam mesin basuh….
Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Ultrasurf anti-censorship software
rasanya tadi macam dah komen…hilang ke?
Kedua2 anak yg mencecah umur 16 tahun, kena tukar Mykad sebab direject oleh Maybank… tapi MyKad kita dulu2…masih elok, tahan lama pula
Curahan rasa Kujie @ ..Gegaran Gempa Bumi 14 Jun Dan Gerhana Bulan Penuh 16 Jun
Ada tu komen no 2 kat bawah tu.
Curahan rasa denaihati @ ..5 blog paling kerap dilawati oleh 101 blogger
oh baru tau..selama ni memang jaga bebaik mykad.. 🙂 info bagus ni. TQ
Jom baca ni :Tupperware : Aidilfitri Cake Gift Set. Ada yang minat?
Jom baca ni :Buah Zuriat Antara Inisiatif untuk Mendapatkan Zuriat..
Kemahuan kita untuk mencontohi mereka yang telah mendahului dari segi mempelopori MyKad ni memang baik. Tidak lain ia memudahkan. Tak perlu bawa terlalu banyak kad. Sampai kembung ‘wallet’ atau ‘purse’ kita. Namun kalau timbul hal asyik rosak saja, tertanya-tanya pula kita hanya contohi ‘style’ sahaja tapi bukan ‘quality’.
Kalau benar hilang cerita lain. Kalau asyik hilang saja macam ada masalah aje dengan pemilik kad tu. Di sini bimbang masalah keselamatan pula. Sebelum ni ada kes kad disalahguna pula oleh orang tak bertanggungjawab. Dah segalanya disitu, bimbang juga. Saya pun belum lagi buat MyKad. Purse tak kembung mana pun. Hidup biasa-biasa aje.
2 dari 3 anak Kak Jie kena tukar MyKad baru bila nak berurusan dgn bank…jadi peratusnya 66.667% kerosakkan..seorang lagi anak belum ada Mykad.
tang urusan tukar online, tak tahu prosesnya macam mana, belum cuba.
Curahan rasa Kujie @ ..Ganti MyKad Online
baguslah dah boleh ganti mykad online je..tapi tak tahu lagi usaha yg dibuat untuk memudahkan org ramai tu benar2 akan memudahkan atau pun sebaliknya..
Ya, betul tu..mgkn perlu satu kajian khas untuk perkara ni..kajian keberkesanan…
Comments are closed.