Murtad

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serbu Gereja sedang panas ni dan ini isu sensitif yang akhirnya bagi aku Islam akan tewas hanya kerana kuasa politik. Isu Murtad di kalangan umat Islam Malaysia sudah lama diperkatakan tetapi sering disampingkan kerana hendak menjaga hati agama lain.

Petikan Utusan Online : ” Dakwaan mengatakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam Rabu lalu mendapati ada bukti penyebaran agama lain ke atas penganut Islam sebagai cukup serius sekiranya ia benar.”

Ada yang kata 12 umat Islam yang ditangkap berada di dalam Gereja ketika itu sudah terhutang budi kerana menerima bantuan kewangan daripada Gereja tersebut. Ini isu biasa yang kita dengar bukan sahaja di Malaysia tetapi Indonesia dan negara Islam yang lain. Kemiskinan boleh menyebabkan Murtad.

Bagi aku kejadian ini berlalu kerana kegagalan pemimpin Islam memimpin umah dan sibuk mengejar kuasa. Tidak kurang ramainya pemimpin Islam yang tinggi ilmunya memandang remeh soal ini sehingga menyukarkan umat Islam yang bermasalah untuk meminta bantuan sehingga mereka mencari jalan lain yang lebih mudah. Orang tua kata ada budi ada balasannya. Takkanlah setelah mereka yang bukan Islam membantu umat islam kemudian dibiarkan begitu sahaja.

Mungkinkah fenomena Murtad ini berlaku akibat kegagalan pemimpin Islam dan Ulama menjadi tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah umah. Pihak lain memang setiasa mencari peluang kelemahan Islam dan umat Islam sendiri tiada usaha untuk meningkatkan kemampuan malah semakin berpecah. Apa pandangan rakan blogger?


Spread the love

117 Comments

  1. Ada pemikiran keliru yang berkembang dan dihubungkan dengan Alquran, termasuk oleh sebagian orang Islam sendiri – yang mempunyai pemikiran bahwa Alquran mengatakan bahwa hukuman bagi yang murtad adalah orang semacam itu harus dipenggal.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012My Profile

    1. Hal mana ini juga yang dijadikan alasan bagi mereka, dari kalangan non muslim khususnya , mengatakan bahwa Islam adalah agama Teror. Kenyataannya sebenarnya justru kebalikan dari itu. Alquran dimanapun tidak pernah menyebutkan bahwa hukuman murtad adalah membunuh orang yang bersangkutan.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012My Profile

      1. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian ingkar, kemudian beriman lagi, kemudian ingkar lagi, kemudian kian bertambah dalam kekufuran, sekali-kali Allah swt. tidak akan mengampuni mereka dan tidak pula akan menunjukkan jalan lurus kepada mereka. (Q.S. 4:137)
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012My Profile

            1. Pilihan dan opsi selalu ada disini. Tidak ada hukuman disebabkan kemurtadan maupun unsur paksaan untuk memaksa seseorang dengan cara apapun untuk menerima Islam dan kemudian tetap menjadi Islam sampai akhir hayat.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Piala Oscar 2012My Profile

  2. kalau aku salahkan pemerintah, maka ade la lagi 1000 orang buat benda yg sama, sambil main facebook.

    ini ialah isu bersama. xkan wujud muslim yg tak solat kalau bukan krn masyarakat tidak menegur. kita semua main peranan.

    dan terus terang, ini bukan kerja mudah.
    Curahan rasa Maharaja Serius @ ..Mengapa Belajar Bahasa ArabMy Profile

  3. sebenarnya jabatan agama islam ataupun ahli2 agama islam kena turun padang dan bergaul dengan masyarakat…x kira la masyarakat tu kuat agama ke tak…tapi lebih elok ahli2 agama islam merendahkan diri supaya dapat mendekati masyarakat yg kurang pendidikan agama supaya dapat membimbing mereka..ini tidak yg kuat agama hanya bergaul dengan sama2 mereka…

      1. Murtad yang diertikan dengan menukar agama Islam kepada bukan Islam, atau menyimpang dari akidah Islam kepada akidah kufur. Murtad adalah suatu dosa yang sangat besar, bahkan paling besar antara dosa-dosa besar, namun jika seseorang murtad dengan rela hati ingin kembali semula kepada Islam, maka pintu taubat sentiasa terbuka.
        Curahan rasa Nana @ ..BERSIH 3.0 di Miri, Sarawak.My Profile

        1. Dalam sebuah hadis Qudsi, yang diriwayat Muslim, bilangan 2760 menyatakan: “Sesungguhnya Allah melebarkan tangan-Nya pada waktu malam, supaya pelaku-pelaku dosa pada siang hari bertaubat pada waktu malam, Dia melebarkan tangan-Nya pada waktu siang, supaya pelaku-pelaku dosa pada waktu malam bertaubat pada waktu siang.”
          Curahan rasa Nana @ ..BERSIH 3.0 di Miri, Sarawak.My Profile

          1. Sesetengah ulama Islam berpendapat, dosa murtad tidak diampun Allah, kerana menurut mereka, jika dosa syirik tidak diampuni, maka dosa murtad lebih keji daripada syirik. Pendapat ini diperkukuhkan dengan bewberapa firman Allah, antaranya ayat al-Nisa‘: [4:48] yang membawa terjemahan:

            “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mempersekutuka-Nya, dan Dia bersedia mengampunkan dosa-dosa yang lain dari itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.”
            Curahan rasa Nana @ ..BERSIH 3.0 di Miri, Sarawak.My Profile

            1. Mengenai murtad pula Allah berfirman dalam surah Muhammad [47: 25] yang membawa terjemahan:

              “Sesungguhnya orang-orang murtad sesudah terang kepada mereka pertunjuk, syaitanlah yang memperdayakan mereka.”
              Curahan rasa Nana @ ..BERSIH 3.0 di Miri, Sarawak.My Profile

  4. MANA DUIT ZAKAT OII!!! DOK BG PGAWAI BONUS SAMPAI 6BULAN WAT PA!! BG BONUS KT ORG2 MISKIN LAH MUSIBAT….XAMANAH BTOL. SIA2 AKU BYR DUIT ZAKAT.

  5. Jabatan Agama Islam tempatan mesti melaksanakan tanggungjawabnya melalui Baitulmal yang memberikan zakat kepada golongan yang memerlukan. Senario sekarang berbeza apabila mereka duduk di pejabat menanti si miskin mengisi borang dan kerenah birokrasi melambatkan permohonan.

    Jadi, pihak gereja ambil kesempatan atas kelemahan sistem kita dengan memberi bantuan kepada yang memerlukan. Tepuk dada tanya hati.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!