Murtad kerana miskin dan penyelesaiannya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia.

Murtad isu sensitif yang sudah berpuluh tahun yang sudah menjadi barah di Malaysia. Syukur serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama menjadi titik cerah penyelesaian walaupun masih jauh. Murtad ada banyak sebab antaranya cinta, kejahilan dan kemiskinan.

Aku nak fokus Murtad kerana kemiskinan. Melalui komen di entri Murtad dan feedback rakyat Malaysia di media masa banyak yang mempersoalkan peranan Zakat dalam membantu umat Islam dan Mualaf  yang miskin.

Tertarik aku dengan komen Izwan yang mempersoalkan fungsi Masjid dan Surau dalam masalah ini. Kenapa Masjid dan surau tidak berperanan seperti Gereja yang boleh membantu masyarakat. Apa yang berlaku Masjid dan Surau kaku hanya menjadi tempat solat fardu 5 waktu yang datang pun hanya beberapa oarang sahaja. Banyak Masjid daan Surau dikunci setelah solat fardu dengan alasan takut dimasuki pencuri.

Masjid dan Surau sepatutnya menjadi pusat menyelesaikan berbagai masalah umah setempat terutama kepada golongan miskin dan mualaf. Sudah pasti pemimpin Islam setempat lebih memahami sosio ekonomi umah setempat sehingga setiap aduan kemiskinan bukan aduan palsu. Masjid dan Surau boleh dijadikan pusat kepada wakil Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk lebih dekat dengan umah.

Transformasi yang drastik mesti dilakukan bagi mengubah fungsi Masjid dan Surau dari hanya sekadar menjadi tempat Solat Jumaat, Solat Fardu dan Ceramah Agama kepada Pusat Islam yang dapat membantu umah setempat.

Transformasi paling utama yang perlu dilakukan adalah mengubah pentadbiran Masjid dan Surau dengan melantik pertugas sepenuh masa yang sentiasa ada di Pejabat Masjid dan Surau.

Jangan jadikan Masjid dan Surau yang tersergam cantik hanya gajah putih yang tiada manafaat kepada umah yang miskin dan susah.

Jabataan Agama Islam, Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mesti menjadikan Masjid dan Surau lebih hebat dari Gereja dalam usaha membantu umah yang memerlukan bantuan.

Kalau kita sayangkan ALLAH SWT dan sayangkan umah jangan jadikan Masjid dan Surau sebagai tempat perpecahan hanya kerana perbezaan perjuangan politik.

Kalau kita tidak berani melakukan transformasi fungsi Masjid dan Surau maka masalah Murtad akan terus menghantui Islam di Malaysia. Individu Murtad seperti Makcik Hajjah Sitt AlWuzara dan Benjamin Stephen akan lebih berani menghina Islam kerana mereka tahu islam itu lemah.


Spread the love

55 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!