Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dapat memenuhi jemputan peribadi melalui twitter dari Founder dan Bos Majlis Sosial Media Malaysia, Bro Shahul ke majlis World Bloggers and Social Media Summit 2013 yang diadakan di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.
@shahuldawood : Slm bro,how are you.Would like 2 extend my personal invitation to u to attend #msmw2013 on the 27 -28th feb at berjaya times sq. C u bro.
Hebat majlis lebih hebat daripada MSMW2012 tak terlawan SBB2013 tetapi banyak yang boleh dipelajari untuk penganjuran Sepetang Bersama Blogger yang akan datang. Kali lebih ramai panel dari 10 buah negara yang berkongsi ilmu dalam berbangai bidang dan tajuk paling menarik tajuk PENJENAMAAN dan bagaimana untuk memastikan pembaca terus melekat. Seminar untuk MSMW2013 berlansung selama dua hari dan diikuti bengkel pada hari ke tiga. Dari pengalaman MSMW2012 bengkel lagi bagus sebab peserta boleh berkomunikasi sesama peserta dan panel.
Dewan memang penuh walaupun tak ramai Blogger dikalangan Rakan Denaihati mungkin sibuk dengan urusan lain tapi macam rugi sahaja kerana selain daripada ilmu boleh juga kita mengembangkan network dikalangan aktivis sosial media dari kelompok lain. Seperti kata salah seorang panel iklan yang paling tinggi kreadibilitinya adalah perkongsian cerita oleh kawan-kawan dan orang asing yang baru kita kenali.
Biasalah bila nak pergi majlis mesti pening fikir nak pakai baju apa tapi tidak untuk Denaihati yang sudah ada baju korporat. Nampaknya strategi penjenamaan pakai baju korporat memang berjaya kerana ramai yang kenal jenama Denaihati jadi tak perlu lagi nak kenalkan diri. Ramai juga yang datang salam dan bertukar bisnis kad terasa pulak macam bakal wakil rakyat.
Bila salam dengan DS Najib Razak teringat entri INI video komen Denaihati balasan PM. Maaflah gambar bersama DS Najib Razak tak berapa jelas sebab wartawan yang mengambil gambar tak guna iPhone 5. Tapi untunglah wartawan INI kena interview dengan Bernama TV setelah Blogger INI kecut hati nak diinterview takut ranking meningkat cemburu pulak isteri tersayang. Famili Blogger INI lagi untung gambar terpampang di instagram DS Najib Razak yang baru dilancarkan. PM macam tahu je Denaihati pun baru promosi akaun instagram di SINI joom join kepada yang ada akaun instagram.
Kepada semua Rakan Blogger rancang jadual cuti dan masukan MSMW2014 dalam diari 2014 kerana ini adalah majlis yang wajib dihadiri kalau kita ada hasrat untuk menjadi Blogger Profesional. Kalau boleh dua hari ini kita ketepikan semua program lain kerana ILMU boleh mengantikan segala aktiviti yang lain dan dengan ILMU juga kita boleh mendapat rezeki yang berlipat ganda.
82 Comments
insya-Allah jika berpeluang tahun depan nak juga den sertai…pasti banyak input yang dapat dijadikan panduan…
Curahan rasa papa mifz @ ..Drama Underwater World
mesti best nie kan… persiapan MSMW2014 kami tunggu!!!!!!!!
Curahan rasa Noorikmal @ ..Rindu Dengan Blog dan Selamat Tahun Baru Cina
In Shaa Allah,satu hari nanti nak turut serta MSMW pada masa akan datang.Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada rakan-rakan yang menang dalam MSMW2013
Curahan rasa wazy @ ..Apa Yang Anda Perlu Anda Tahu Tentang Minda Aktif 9A Plus
Kalau panjang umur.. Harap satu masa boleh join majlis2 ilmu begini.. 🙂
Curahan rasa Aya @ ..Wang Tunai RM50 untuk Top Komentator Bulanan
As-Salam. Syabas pada Denaihati sebab menang dalam kategori di MSMW2013. Dan nampaknya makin ramai blogger yang bertimba semangat selepas MSMW2013 yang meriah.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Tak Berjaya Tapi Terima Kasih
ramai dikalangan denaihati network yg dpt award. tahniah semua! 🙂
Curahan rasa MK Kimi @ ..Poyo Tapi Tiada Aktiviti
Senang dan bangga melihat banyak sahabat yang menerima Awards
Denaihati network memang terbaik.
suatu seminar yang hebat!! perkongsian dari pelbagai negara..
Curahan rasa KiD @ ..CPUV ke 5 dari Nuffnang 2013
Tahniah tuan DH atas kemenangan di MSMW. Moga semakin sukses dan bertambah kreatif!
Terus menggeledah rumah tuan DH mencari butir2 ilmu..terima kasih DH =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Viral Analisis Alexa Edisi Blog Hafizmohd.com
nampak meriah sgt…rugi tak dpt p…bukan apa…jauh sangat~wuah! siap jabat tangan ngan PM g…hihihi~
Curahan rasa krole @ ..Indah Khabar Dari Rupa
asssalamualaikum denaihati…bestnya dapat bersalaman dengan PM kita tu…:)
Curahan rasa maszull @ ..Membuat Ular Terpanjang Lego Di Legoland
makasih gan atas informasinya, ini jadi referensi saya nih di sekolah, dan sangat bermanfaat banget dah ni tulisannya 🙂
seronoknya dapat berjumpa dengan pemimpin negara..
Curahan rasa ciklaili.com @ ..Jom Sertai Roadshow “Huggies Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai”
bukan senang nak dapat peluang jumpa blogger hebat, hanya takdir yang menentukan..
Curahan rasa yangbaik @ ..Fikiran melayang di hari Jumaat
Moga ada lagi kesempatan utk berjumpa blogger2 hebat =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super Mac 2013 Astro Arena 801
Saya juga berharap seperti itu Bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Trailer Film Sepakbola Terbaik
tahniah kepada semua yang menang… terbaik!! 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Fikiran melayang di hari Jumaat
Comments are closed.