Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, punyalah sibuk dengan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 sehingga terlupa nak promosi Malaysia Social Media Week (MSMW2014). MSMW2014 adalah antara majlis yang wajib dihadiri oleh Rakan Blogger yang bercita-cita untuk menjadikan Blogger sebagai kerja profesional. Yuran memang agak mahal tetapi berbaloi dengan ilmu yang dikongsikan dan paling penting network baru dari berbagai negara. Inshaa Allah team Denaihati akan berkampung pada 25 – 26 Februari di Sunway Pyramid Convention Centre. Kalau ada rezeki dapat tiket percuma macam tahun lepas pasti akan dikongsikan dengan pembaca setia.
Terbaca juga beberapa status di Facebook yang mempersoalkan syarat untuk menang anugerah mesti menulis dan mempromosi MSMW2014. Lain orang lain pandangannya, bagi aku tak ada salahnya syarat tersebut kerana blog yang masuk anugerah percuma tak perlu bayar satu sen pun tetapi kalau menang memang menakjubkan penjenamaan blog yang diperolehi. Blog ini tak ada bezanya dengan produk dan perkhidmatan kalau sudah ada jenama lebih senang nak mengandakan pendapatan. MSMW awards memang banyak jasa kepada blog Denaihati begitu juga kepada blog-blog lain yang pernah menang MSMW awards.
Untuk MSMW2014 awards aku hanya mencalonkan akaun instagram Denaihati untuk katogeri “best micro blog“. Ramai juga kawan-kawan rapat yang masuk dalam katogeri yang sama antaranya SantapanMinda, Eizil786, AnarmNetwork, CikguNaman, AkmaOmar, Shakiddo, MelastikBintang dan ramai lagi boleh tengok kat SINI (sokonglah kawan-kawan kita). Alhamdulillah sejak mencalonkan akaun instagram Denaihati follower bertambah melebihi daripada jumlah gambar .. kalau dulu gambar lebih banyak dari follower. Ini pun satu lagi jasa MSMW walaupun tak menang anugerah dapat tetap dapat faedah pejenamaan blog. (Pening juga bila ada yang tanya apa maksud mikro blog).
[box type=”shadow”]Makna Mikro blog adalah suatu bentuk blog yang memungkinkan penggunanya untuk menulis teks pembaharuan singkat yang biasanya kurang dari 200 karakter dan mempublikasikannya, baik untuk dilihat semua orang atau kelompok terbatas yang dipilih oleh pengguna tersebut – Wikipedia. [/box]
Secara umumnya sambutan nominasi anugerah MSMW2014 kurang meriah terutama untuk beberapa katogeri niche blog khusus. Seperti dua tahun sebelum ini katogeri “best lifestyle blog” yang paling banyak menerima pencalonan. Paling seronok dengan senarai pencalonan ini kita dapat blogwalking banyak blog menarik yang terlepas pandang sebelum ini terutama untuk katogeri “best travel blog” dan “best foodie blog”. Bertambah semangat nak berkongsi pengalaman mengembara di blog kembara Denai.my.
10/2/2014 adalah hari terakhir untuk mengundi blog sahabat-sahabat yang dicalonkan dalam berbagai katogeri MSMW2014. Berikan satu undi anda kepada blog yang paling anda suka untuk setiap katogeri. Kalau nak undi lebih kenalah daftar akaun MSMW lain dengan email lain. Jasa satu undi yang anda bagi mungkin akan mengubah nasib rakan blogger tersebut dan pasti ada balasan baik juga dari ALLAH untuk anda.
Berjumpa kita pada 25 – 26 Februari di Sunway Pyramid Convention Centre untuk mendengar ilmu dari speaker MSMW yang hebat antaranya Julian Quinn, Scott Eddy, Dr. Serkan Toto, Asha Phillips dan ramai lagi. Tak rugi kita korban sedikit wang dan masa untuk mengubah masa depan kerjaya kita menjadi seorang blogger yang lebih berjaya. Semuga kita akan menjadi blogger profesional yang memberi manafaat kepada dunia.
72 Comments
Para blogger mmg sepatutnya diberi penghargaan seperti ini kerana bukan mudah menjadi seorang blogger.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
memang patut pun..blogger sekarang dah jadi satu kerjaya..dari hobi jadi duit
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
msmw ni lah salah satu tempat buat blogger utk rasa mereka dihargai.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Google Doodle Mokhtar Dahari
Kalau berkesempatan ingin juga menghadiri majlis awards macam ni…tapi, tu lah…kami ni jauh di sini Sabah & Sarawak…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
saya pun jauh juga di kota bharu. harap satu hari nanti berpeluang utk join
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
macam happy je tuan denaihati.com bila dapat sign dari kj. Hihi. para blogger memang kena diberi sokongan dan semangat. baru ada rasa usaha kita dalam dunia blogger ni berhasil 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Sekurang-kurangnya dengan penganjuran anugerah ini, terlihat akan adanya pihak yg mengiktiraf dan mengakui bahawa peranan blogger juga amat besar dalam media sosial masa kini. Ianya wajar diteruskan tetapi mekanisma penjurian yg memasukkan undian orang ramai mungkin kurang tepat dalam menilai yg terbaik tapi kalau untuk populariti, mungkin sesuai.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
peranan blogger memang besar dalam dunia teknology sekarang ni. banyak info yang kita dpat dari blogger
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Bagus jugak ada awards sebegini ya, Tuan Denaihati. At least, ada yang menghargai dunia blogger ini. Semoga tahun depan, award sebegini masih ada. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
betul tu. mudah-mudahan award ni diadakan setiap tahun bagi menghargai para blogger di malaysia.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
sangat setuju..para blogger perlu diberikan anugerah kerana media blog ni sangat dekat dan berkesan kepada pembaca
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Sekurang-kurangnya dunia blogger dihargai oleh orang luar dengan anugerah dicipta. Pelbagai info yang bermanfaat dapat dikongsikan bersama seluruh Malaysia
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
blogger juga perlu beri sokongan kepada paltfrom seperti ini..kerana tak semua menghargai golongan blogger untuk diberikan awards bagai..jadi kepada yang diberikan peluang gunakan sepenuhnya ruang yang ada ini..
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Serius wan memang ada juga keinginan untuk berjaya sampai ke tahap ini.
Siapa yang tak nak berjaya kan untuk blog yang menjadi aktiviti rutin dengan entry-entry terbaru.
Nampaknya wan kena belajar lebih kuat lagi.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
blogger mana tak nak terima award kan. kalau usaha kuat mesti dapat punya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Harapnya tahun depan akan terus diadakan lagi program seperti ini supaya blogger-blogger baru seperti saya yang tak sempat nak join MSMW2014, boleh menuntut ilmu pasal blogging jugak.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
makasih atas informasi yang bermanfaat ini , semoga sukses selalu , aminn 🙂 ,
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Hati @ ..Cara Menyembuhkan Kanker Hati
itu piala ceo yah ?
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
wah infonya keren sekali…
Curahan rasa Obat Penyakit Gagal Ginjal Ampuh @ ..Obat Penyakit Radang Tenggorokan Ampuh
Comments are closed.