Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, punyalah sibuk dengan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 sehingga terlupa nak promosi Malaysia Social Media Week (MSMW2014). MSMW2014 adalah antara majlis yang wajib dihadiri oleh Rakan Blogger yang bercita-cita untuk menjadikan Blogger sebagai kerja profesional. Yuran memang agak mahal tetapi berbaloi dengan ilmu yang dikongsikan dan paling penting network baru dari berbagai negara. Inshaa Allah team Denaihati akan berkampung pada 25 – 26 Februari di Sunway Pyramid Convention Centre. Kalau ada rezeki dapat tiket percuma macam tahun lepas pasti akan dikongsikan dengan pembaca setia.
Terbaca juga beberapa status di Facebook yang mempersoalkan syarat untuk menang anugerah mesti menulis dan mempromosi MSMW2014. Lain orang lain pandangannya, bagi aku tak ada salahnya syarat tersebut kerana blog yang masuk anugerah percuma tak perlu bayar satu sen pun tetapi kalau menang memang menakjubkan penjenamaan blog yang diperolehi. Blog ini tak ada bezanya dengan produk dan perkhidmatan kalau sudah ada jenama lebih senang nak mengandakan pendapatan. MSMW awards memang banyak jasa kepada blog Denaihati begitu juga kepada blog-blog lain yang pernah menang MSMW awards.
Untuk MSMW2014 awards aku hanya mencalonkan akaun instagram Denaihati untuk katogeri “best micro blog“. Ramai juga kawan-kawan rapat yang masuk dalam katogeri yang sama antaranya SantapanMinda, Eizil786, AnarmNetwork, CikguNaman, AkmaOmar, Shakiddo, MelastikBintang dan ramai lagi boleh tengok kat SINI (sokonglah kawan-kawan kita). Alhamdulillah sejak mencalonkan akaun instagram Denaihati follower bertambah melebihi daripada jumlah gambar .. kalau dulu gambar lebih banyak dari follower. Ini pun satu lagi jasa MSMW walaupun tak menang anugerah dapat tetap dapat faedah pejenamaan blog. (Pening juga bila ada yang tanya apa maksud mikro blog).
[box type=”shadow”]Makna Mikro blog adalah suatu bentuk blog yang memungkinkan penggunanya untuk menulis teks pembaharuan singkat yang biasanya kurang dari 200 karakter dan mempublikasikannya, baik untuk dilihat semua orang atau kelompok terbatas yang dipilih oleh pengguna tersebut – Wikipedia. [/box]
Secara umumnya sambutan nominasi anugerah MSMW2014 kurang meriah terutama untuk beberapa katogeri niche blog khusus. Seperti dua tahun sebelum ini katogeri “best lifestyle blog” yang paling banyak menerima pencalonan. Paling seronok dengan senarai pencalonan ini kita dapat blogwalking banyak blog menarik yang terlepas pandang sebelum ini terutama untuk katogeri “best travel blog” dan “best foodie blog”. Bertambah semangat nak berkongsi pengalaman mengembara di blog kembara Denai.my.
10/2/2014 adalah hari terakhir untuk mengundi blog sahabat-sahabat yang dicalonkan dalam berbagai katogeri MSMW2014. Berikan satu undi anda kepada blog yang paling anda suka untuk setiap katogeri. Kalau nak undi lebih kenalah daftar akaun MSMW lain dengan email lain. Jasa satu undi yang anda bagi mungkin akan mengubah nasib rakan blogger tersebut dan pasti ada balasan baik juga dari ALLAH untuk anda.
Berjumpa kita pada 25 – 26 Februari di Sunway Pyramid Convention Centre untuk mendengar ilmu dari speaker MSMW yang hebat antaranya Julian Quinn, Scott Eddy, Dr. Serkan Toto, Asha Phillips dan ramai lagi. Tak rugi kita korban sedikit wang dan masa untuk mengubah masa depan kerjaya kita menjadi seorang blogger yang lebih berjaya. Semuga kita akan menjadi blogger profesional yang memberi manafaat kepada dunia.
72 Comments
wah.. mujur KJ tak nominate sekali dengan twitter dia yang glamour tu.. hehe
Curahan rasa Azlan Vai @ ..Cerita bedah mata ku
memang best kalau dapat menang. hehe..
Curahan rasa titan @ ..Best ke menang MSMW Blogger Awards ni?
huh..memang tak dinafikan. MSMW memang ada tempias pada gua.
Jadi..silalah undi blog-blog gua lagi. hehe..
Curahan rasa titan @ ..7 Sebab Yeo’s Pilihan Semulajadiku
ada peluang lagi ni tuan nak menang tahun nih…good luck tuan..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Top of The League – Chelsea 3 Newcastle 0
dah undi dah..hehhee
Curahan rasa nadia johari @ ..YEO’S PILIHANKU SEJAK KECIL
Semoga berjaya bro. Kawe pun teringin one day nak cuba nasib dengan MSMW ni. Cuma skrg belum ready ehhh. Kalau bertanding pon, kawe rasa belum ada yg mahu undi… 😀 Tahun depan lah kot insya-allah..
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Fulhamâs Game And Some Questions About David Moyes
tertarik dengan gambar DH bersama KJ tu…
Curahan rasa kelipkelip @ ..Selalunya Kita Berfikiran Begini “Saya Dah Berfikiran Positif”…
All d best semua yang mencalonkan diri.
Kalah menang adat. Kalah x semestinya
Blog x bagus. Bileh cuba lagi uyk thn depan
Curahan rasa nurmisnan @ ..BELVYA SCRUB UNTUK KURUS DENGAN MUDAH
Goodluck kepada semua calon MSMW2014
Curahan rasa cikgu naman @ ..2 Hari Lagi Undian di MSMW2014 Berakhir
wish good luck kepada denaihati.. ^_^
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014
memang ada hati untuk menjadi blogger prefesional suatu hari nanti..semakin seronok pulak jadi blogger
Curahan rasa kakiblog @ ..5 Rutin Harian Seorang Blogger
Wahhhh hari ni dah habsi pengundian ekk..hehe..tak sabar nak tahu..tahniah atas kejayaan tuan denaihati..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Pengalaman Pertama Datang Kuala Lumpur
Bersama kita mengimarahkan dunia blogging di Malaysia. Peranan para blogger kian diiktiraf dengan adanya pelbagai program yang disokong oleh pihak kerajaan Malaysia. Semoga para blogger mampu melangkah jauh.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Malaysia, Negara Bangsa yang Sedang Sakit
kalau ada masa, blogger kena ke sana untuk tambah ilmu dalam medai social….
Sudah vote sebagian rakan blogger yang join MSMW20014. Semoga Anda sukses!!
Yang belum memberi vote, segeralah hari ini adalah waktu terakhir
Curahan rasa Dawaihati @ ..Gaya Hidup Sehat Bersama Yeoâs
Comments are closed.