MSMW 2015 dengan barisan penceramah hebat, bahagian 1

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, harini team Denaihati bersama beberapa rakan blogger bersama-sama menghadiri Malaysia Social Media Week 2015 (MSMW2015) yang diadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Ini merupakan tahun keempat Malaysia Social Media Week 2015 diadakan, alhamdulillah pada tahun ini Denaihati Network menjadi Strategic Partner untuk acara media sosial yang sentiasa mendapat perhatian ramai penggiat media sosial. Tahun ini ramai penceramah-penceramah yang memang bergiat aktif dalam pelbagai platform media sosial berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pelbagai sesi.

msmw 2015

Acara MSMW 2015 telahpun bermula sejak 21 April, namun hanya pada 22 April Social Media Summit berlangsung.

Crowd Sourcing / Funding Campaign

Perkongsian pertama adalah daripada Andrew Chow. Andrew Chow telah bercerita dan berkongsi bagaimana proses untuk melakukan Crowd Funding atau pengumpulan dana daripada orang ramai boleh dilakukan. Ianya melibatkan 10 kata kunci utama yang perlu dititikberatkan. Boleh rujuk perkongsian 10 perkara ini dalam Perkongsian 10 perkara melibatkan crowd sourcing:

Walaupun nampak mudah, namun ianya adalah perkara yang perlu dilakukan dengan disiplin dan berhati-hati.

Rumusan untuk perkongsian oleh Andrew Chow adalah seperti dalam gambar di bawah.

crowd funding conclusion

Damage Control on Social Media

Kemudian perkongsian mengenai bagaimana menguruskan krisis dalam social media. Sesi forum yang melibatkan empat orang penceramah melibatkan proses bagaimana kita boleh menguruskan krisis yang berlaku dalam sosial media.

Antara perkara yang paling penting adalah untuk kita perlu bina perhubungan dalam jangka masa panjang, kenal pasti punca masalah, tidak memberikan maklumat palsu, minta maaf apabila perlu dan cuba untuk elakkan daripada perkara yang sama akan berulang.

Damage-Control-Social-Media-Sharing-During-the-Big-Game

Kaedah untuk menguruskan krisis ini berbeza mengikut keadaan, namun tips utama yang diberikan adalah apabila kita sentiasa berhubung dengan followers atau peminat akaun media sosial kita, kebanyakan krisis ini akan dapat diuruskan dengan lebih mudah.

Perkongsian selepas itu, melibatkan C Level Executive yang berkongsikan pandangan dan pengalaman mereka mengendalikan media sosial untuk jenama-jenama yang besar. Ini melibatkan membina perhubungan dengan para pelanggan dan perkara yang berkaitan.

Bloggers Jam & Break

Ini murupakan sesi yang menarik perhatian saya sebagai blogger. Sesi ini dikendalikan oleh Tuan Khairul, seorang peguam, penulis dan usahawan. Panel jemputan terdiri daripada seorang blogger dari singapura, blogger mandarin dari penang dan juga joe sebagai aktivis media sosial dari J Play.

panel blogger jam and break

Perkongsian pengalaman bagaimana Grace Tan yang berhenti kerja hanya kerana ingin memberikan sepenuh perhatian dalam aktiviti penulisan blog. Satu skop penjanaan pendapatan yang tidak pernah lagi saya cuba adalah, dengan membuat temuramah sesetengah pihak, dan proses itu melibatkan aktiviti yang dibayar oleh pihak yang ditemuramah.

Selepas ini bolehlah rakan-rakan blogger mencuba juga teknik ini. Selain itu, perkongsian blogger Mandarin, Sock Peng memberikan semangat, bagaimana walaupun kita membuat kelainan, contohnya menulis dalam bahasa mandarin, ia bukanlah sebab mengapa blog kita tidak boleh berjaya. Yakin dengan apa yang kita lakukan, insyaALLAH kita akan mendapat faedah selepas itu.

Joe atau menggunakan twitter id @klubbkidd berkongsi pengalaman bagaimana beliau bermula dengan platform blog pada sekitar tahun 2002 sebelum berpindah ke Twitter untuk aktiviti media sosial beliau. Sehingga kini, banyak projek-projek yang telah beliau usahakan bersama jenama besar seperti Blackberry.

Satu pesanan daripada Joe, Be a trend setter.

Personalizing or Going General

Perbincangan dalam slot ini melibatkan sama ada kita perlu menggunakan pendekatan personalize ataupun secara general. Ini merupakan strategi pemasaran untuk perniagaan kita menggunakan media sosial. Terdapat kelebihan dan perbezaan dari segi pengurusan sekiranya kita ingin memilih pendekatan personalize, general atau gabungan keduanya.

personalizing for personal brand

Pendekatan yang melibatkan aspek personal, kebiasaannya akan membolehkan kita untuk kecilkan skop pasaran kita dan lebih spesifik. Ini akan memberi kelebihan dari segi pengurangan kos pemasaran dan perkara berkaitan. Berbeza pula dengan skop pemasaran general yang kebiasaannya akan melibatkan modal yang lebih besar.

Penting untuk kita mengetahui pasaran yang ingin kita tembusi, atau kita akan melakukan pembaziran wang, tenaga dan masa melakukan kempen pemasaran yang kurang sesuai dengan produk atau perkhidmatan kita.

Berakhirlah hari pertama Social Media Summit di MSMW2015. Perkongsian hari pertama ini memberi sudut dan ruang pandang yang baru dan segar untuk kempen-kempen yang akan dijalankan kelak. InsyaALLAH kita akan sambung perkongsian untuk hari kedua dalam artikel berasingan.


Spread the love

35 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!