Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, permulaan tahun 2013 memang langkah kanan apabila blog Denaihati telah dipilih sebagai pemenang anugerah “Most Creative Blog 2013” oleh Majlis Sosial Media Malaysia. Kemenangan ini bukan suatu yang perlu diraikan tetapi merupakan satu tanggungjawab berat seberat trofi yang diterima daripada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.
Most Creative Blog 2013 adalah anugerah kedua untuk blog Denaihati yang diterima daripada Majlis Sosial Media Malaysia setelah pada tahun 2012 menerima anugerah “Best Personal Blog 2012“. Kreatif blog Denaihati mungkin bukan daripada design tetapi lebih kepada aktiviti yang dianjurkan seperti Majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 dan 2013 di Hotel Singgahsana.
Anugerah yang diterima telah mengukuhkan jenama Denaihati dipersada alam maya di Malaysia. Pada tahun 2013 blog Denaihati dua kali telah dijemput untuk program Bisnes Alternatif di Astro Awani dan sekali mendapat liputan dalam berita Astro Awani. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 juga mendapat liputan di RTM dan beberapa surat khabar arus perdana.
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pembaca setia blog Denaihati kerana tanpa anda blog Denaihati tidak akan mencapai ketahap ini. Perjalanan masih terlalu jauh untuk 2014 semuga bertambah pembaca setia dan memberi manafaat kepada seramai pembaca yang boleh. Semuga pencapaian ini menjadi motivasi kepada semua Rakan Blogger. Ingat semua yang berjaya bermula dari bawah dan jangan sesekali cepat kecewa serta merajuk dalam dunia blog ini kerana peluangnya terlalu luas tiada sempanan. Blog boleh menjadi tapak online untuk berbagai aktiviti kepada mereka yang pandai mengambil peluang.
Terima kasih kepada Majlis Sosial Media Malaysia yang memberi kepercayaan kepada blog Denaihati. Terima kasih tidak terhingga juga kepada team Denaihati dan Rakan rapat Blogger yang sentiasa membantu, menegur dan berkongsi idea untuk meningkatkan mutu blog Denaihati. Pendapat dan pandangan daripada semua rakan sentiasa dialu-alukan.
68 Comments
Tahniah kepada denaihati kerana mendapat creative awards. Wow, sememangnya layak memenangi pertandingan seperti ini. Semoga terus maju dan saya akan terus menjadikan blog ini sebagai inspirasi untuk terus maju. 😀
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Tahniah Denaihati. Moga terus kreatif menghasilkan entry yang berkualiti untuk perkongsian bersama. Kejayaan denaihati sebagai sumber semangat untuk blogger yang lain berjaya
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
harap2 dengan award n DH akan terus membantu blogger lain utk tingkatkan jenama blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
DH memang layak dinobatkan dengan anugerah ini…sebelum saya ada blog..saya sudah selalu baca blog ni
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti Persahabatan
Tahniah daripada wan. Memang selayaknya blog denaihati memenangi award tesebut. MEskipun wan terlewat untuk ucapkan tahniah, wan tetap berbangga sebab tuan buktikan blogger pun boleh berjaya.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
tahniah brother denaihati… semoga terus berjaya
Curahan rasa calrasepatrick @ ..Segmen : Nak blog URL by Macam-Macam Cerita
Tahniah denaihati. denaihati memang menjadi sumber inspirasi untuk terus berblogging. Semog denaihati terus istiqamah dalam menyebarkan ilmu yang bermanfaat.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
ramai yang berharap agar DH akan terus kongsikan ilmu bermanfaat kpd blogger
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tahniah Tuan atas kejayaannya. Semoga terus menjadi inspirasi kepada blogger-blogger muda seperti kami ni. 😀
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
luka yang harusnya dapat terobati yang kuharap tiad permnah terjadi
aku suka kesuksesan itu ,
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
Tahniah Bro, bukan senang nak menang award ni. Hanya orang yang layak saja..
bukan calang-calang orang dapat menang award macam ni , kan ? DH merupakan calon terbaik untuk bergelar most creative blog
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Its Not Early To Say Goodbye
betul tu. hanya blog yang betul betul berjaya dan mendapat tempat di hati pengguna internet shj yg berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Kasih Berbisik di Tv3
Tahniah buat tuan Amir dan denaihati.com serta krew denaihati network. Semoga 2014 dan tahun2 mendatang akan memberi lebih kebaikan dan manfaat utk team terbaik ni!
“hidupkan untuk memberi”….alhamdulillah…terbaik!
Curahan rasa hafizmd @ ..Blogging 2013 Semuanya Manis Belaka!
Comments are closed.