Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “idea bisnis dengan modal RM200K“. Kali ini Abang nak berkongi idea bisnis dengan modal RM5000.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang terbaca status facebook Tuan Mohd Zahid Arifen minta pendapat cara untuk gandakan duit RM5000. Macam-macam idea bagus dikongsikan oleh kawan-kawan tuan Zahid. Abang pun tidak mahu ketinggalan berkongsi sedikit ilmu yang ada.
Abang cadangkan beliau guna modal RM5000 melabur saham Bursa Malaysia untuk gandakan duit tersebut. Tuan Zahid balas balik cadangan Abang, adakah cukup dengan modal RM5000 untuk melabur saham BSKL. Pasti ramai juga pembaca yang bertanyakan soalan yang sama kerana persepsi masyarkat untuk melabur saham BSKL mesti perlukan modal yang banyak.
Abang cadangkan buka akaun CDS di syarikat broker yang boleh memberi fasiliti margin contohnya RHB Securities, Kenanga Securities, Maybank Securities atau lain-lain yang berdaftar. Guna modal RM5000 beli saham yang asasnya kukuh untuk jangka masa panjang contoh Dagang Nexchange Bhd (Dnex).
Ketika entri ini ditulis harga Dnex adalah RM0.60. Dengan pembelian ini kita layak dapat fasiliti margin katalah tiga kali ganda daripada syarikat broker yang kita berdaftar, jadi kita boleh membeli saham lain bernilai RM15,000.
Katalah daripada fasiliti RM15,000 kita guna RM5000 untuk beli saham Censof Holding pada harga RM0.33 (harga semasa ketika entri ini ditulis). Kalau naik RM0.05 makna kenaikan 15% boleh lah dapat keuntungan lebih kurang RM750. RM750 untung guna semula beli saham Dnex untuk tambah fasiliti margin kita yang akan jadi RM17,000.
Pemilihan belian saham mestilah ikut indikator dan nasihat dari pakar saham. Ulang ulang ulang dan ulang jual beli saham dan tambah margin sehingga mencapai target yang ditetapkan. Kita tidak perlu beli saham hari-hari tetapi beli apabila mendapat pertunjuk yang jelas.
Mungkin ada yang target nak kumpul sehingga RM50,000 atau RM100,000 atau sejuta. Rugi pasti ada bukan confirm semua untung.
Abang sudah bertemu dengan seorang anak muda dari Kota Kinabalu yang trade saham BSKL secara part time dengan modal permulaan RM5000. Pada awal 2017 ketika Abang bertemu beliau, dana yang sudah terkumpul adalah RM700,000 dalam tempoh dua tahun lebih. Khabarnya pada Julai 2017 dana terkumpul terlah mencecah angka RM1juta.
Dari pengalaman Abang lebih 10 tahun memang boleh melabur saham BSKL dengan modal RM5000. Kuncinya mesti disiplin dan ikut teknik yang betul. Sekarang lagi mudah ada ramai sifu-sifu saham yang mengajar teknik saham yang betul untuk berjaya antara sifu saham yang Abang cadangkan adalah Master Yusnizam Yusoff.
Kepada kawan-kawan yang ada modal lebih banyak hasil daripada bisnis, pelaburan saham BSKL lah antara cara terbaik untuk mengandakan duit anda. Topik ini sudah beberapa kali Abang sentuh dalam entri-entri sebelum ini. Biarkan duit buat duit untuk kita.
Kawan-kawan pulak bagaimana nak gandakan duit RM5K.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
64 Comments
memang sedap buat duit dengan saham kalau modal 5K ni..pulangan yang sangat best kalau betul caranya
Curahan rasa reezluv @ ..Gunting – Filem Pendek Best Dari Singapura
Bro Reezluv expert tentang pelaburan saham… Tentu tak ada masalah untuk bro Reezluv gandakan duit RM5000 ni dalam pelaburan saham…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Super blog. I will share this article to my social media account. Thanks for sharing your thoughts. – sameday shirdi flight package, shirdi flight package sameday
http://myshirditrip.com/sameday-shirdi-flight-package-from-chennai.html
Menarik juga perkongsian ni tp modal RM5000 x pernah ada.. huhuhu
Kena menabung juga la nampaknya
Curahan rasa Sop @ ..Diari Aidilfitri 2017
In Shaa Allah… Boleh diusahakan pelbagai cara untuk mengumpul duit RM5000. Cuma tak berapa pandai bila nak laburkan dalam pelaburan saham
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Setuju dengan pendapat tuan. Pemililihan urusan pembelian saham perlu mengikut indikator dan paling mustahak ada penasihat yang pakar dalam bidang saham.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Al-Manna Ameer
Benar, pilih saham yang ada pulangan tinggi dan patuh syariah, rezeki pun berkat dan halal.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Hutang Dengan Komisyen Uber
Thanks for sharing .. ada banyak cara dengan modal 5K boleh dikembangkan .. cuma kene ada unsur Duit= Doa, Usaha, Ilmu dan Tawakal.
Curahan rasa Mohd Rawi @ ..3 Bisnes Mudah Dan Menguntungkan
Terima kasih di atas tips ringkas tapi padat yang tuan Mohd Rawi kongsikan… Betul tu! Saya setuju sangat-sangat..
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Wowww bagusnyaaaa info yg bermanfaat boleh digunakan masa kini. Boleh cuba ni.
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Atasi Letih Dan Lesu Dengan Suplemen Untuk Kecergasan, Rebut Peluang Dapatkan Tumbler Ekslusif
Rm 5000 untuk bisnes pertama pun kira banyak juga
Ada yang mula dengan 0 modal
Jafi dropship saja
Biar betul. Selama ini tak pernah pun tahu. Rupanya duit kita yang sikit boleh bekerja untuk kita.. memang terbaik. terima kasih atas perkongsian ini.
Curahan rasa MySumber @ ..Masuk Hutan Terjumpa Pakaian dan Gambar Wanita dicucuk Jarum
Mula mula memang sedikit, dari yang sedikit itu boleh berubah jadi banyak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
Biar sedikit asalkan bawa keberkatan dalam hidup kita
Yang berkat itu halal dan bawa kebaikan
Inilah game orang orang berniaga. Biar bisnes ada sistem
Lepas tu jalan automatik
Kemudian buka bisnes baru
melabur saham memang bagus, tapi kena cari patuh syariah. unit trust slow sangat. lima tahun baru dpt pulangan. Kalau boleh nak duit keluar masuk macam kedai runcit. tapi high risk plak kan? dan halal kena tau ..
Curahan rasa nikrohayu @ ..Cun melecun bila boleh pakai princes maxi design sendiri saiz sendiri!!!!
Sebab tu nak masuk pelaburan wajib ada ilmu nik
Dari ilmu tu dan juga tunjuk ajar mentor yang dah berpengalaman
Risiko tu tetap ada
Cuma kita minimakan
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Klang
Bisnes saham pun ok jugak. Kene cari yang jelas perniagaannya dan patuh syariah.
Curahan rasa Ksjb @ ..Bisnes fidget spinner boleh?
Memang betul. yang penting semua pendapatan kita datang dari hasil yang halal
Baru berkat
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..12 Ikan Untuk Sumber Protein Ibu Mengandung. Mana Yang Terbaik?
Ibu dengar ramai juga yang jadi full time investor sebab pasaran saham ni memang boleh buat duit
Cuma risiko tu wajib pandai urus
Nampak gayanya memang kena rebut juga peluang buat duit dengan saham..
Curahan rasa onlajer @ ..Bagaiman saya menguruskan renovasi banglo idaman saya
Komisyen Lazada tu dah boleh pusing masuk pelaburan saham bang hehehe.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ebook Percuma Separa Perubatan
Ilmu yang di amal kan biarpun sedikit sumbernya
pasti akan nampak hasil nya
Daripada banyak belajar tapi tiada tindakan
Ibu pun rasa ter tertarik dengan melabur saham selepas baca artikel tuan denai hati ni
Kena dalami dengan sungguh sungguh
Orang bilang…. ‘Do not work hard but work smart’
Curahan rasa galut @ ..Private Label Rights
Betul, sebab tu kena belajar dengan orang yang dah ada pengalaman dan terbukti berjaya
Itu yang smart
Tak perlu buat silap yang sama
Kerja gunakan otak dan akal sebaik mungkin memang terbaik
Banding kerja banting tulang tanpa guna akal
memang ada minat nak labur saham, tp duit skrg kena fokus yang penting dulu, sebab ada niat nanti kalau dah belajar dan pandai labur saham, nak share ilmu dengan kawan kawan juga
Curahan rasa rujukan @ ..Update Terkini Komisen Involve Asia Jun 2017
Selamat berjaya tuan dalam pelaburan saham
Insyaallah kalau dah ada niat memang boleh teruskan
Mazni pun boleh juga berjaya dalam saham kalau ada minat kan
macam macam boleh buat dengan rm5000. kalau nak buat bisnes online mmg elok sgt, pastu gunakan duit tu utk pergi kursus bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer
Pilih kursus yang tawarkan yuran rendah dulu, kalau terus bayar RM5,000 nanti tak ada modal nak teruskan bisnes.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
Masuk kelas pakar tiruan dan pakar jadian sekejap saja hilang rm5000 tu
Tak berbaloi. Cuba buat kajian dulu sebelum pergi
Testimoni peserta lepas pun boleh di buat buat sekarang ni
Ada pakar tiruan dan pakar jadian juga dalam saham ya
Kena buat kerja rumah sebelum masuk mana mana kelas ni
cara yang hebat..
biarkan duit mencari duit untuk kita.
salah satu daripadanya main saham
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bebas Hutang Bank Untuk Elak Kemiskinan
Boleh jadi pendapatan pasif, masuk kaunter saham yang prestasinya baik boleh bagi pulangan lebih 50% dalam masa 3 tahun.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftarkan Uber Driver Dapat Komisyen
Memang hebat. Sesiapa yang serius dalam membina aset dan kekayaan
Perlu ada mentor dan ilmu untuk berjaya dalam pasaran saham
Masuk asb memang terjamin sebab kerajaan akan kawal instrumen ni
Tapi memang lambat pulangan
Kalau nak untung besar boleh main pasaran saham terbuka macam ni
Risiko tanggung sendiri
masukkan dalam takaful..
pilih pelaburan..
dapat duit kalau berlaku apa-apa
Curahan rasa mrhanafi @ ..Roti Paun Dan Roti Bun Buat Saya Keliru Seketika
Terima kasih, sebelum ini amat kabur dengan ilmu pelaburan saham.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftarkan Uber Driver Dapat Komisyen
Sama lah dengan Mazni. Memang tahu saham tu ASB dan ASN saja
Hehe
Buta saham sungguh
Mama pun cuma tahu asb dan asn je dalam saham ni
Dan tabung haji
Yang lain tu nak beli pun macam mana tah
Comments are closed.