Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ketidaksamaan dan kadar kemiskinan di Malaysia telah menurun sejak 1970-an, namun tidak banyak yang diketahui mengenai pencapaian anak daripada latar belakang yang berbeza. Kajian mengenai mobiliti sosio-ekonomi menyediakan satu lagi ukuran mengenai impak pertumbuhan dan perbuhan struktur ekonomi terhadap sesebuah keluarga.
Malaysia adalah sebuah masyarakat yang ‘mobile’. Latar belakang dan keturunan seseorang bukanlah faktor utama mobiliti. Kisah seorang miskin menjadi kaya bukanlah mustahil di Malaysia. Baru-baru ini, kajian oleh Khazanah Research Institute telah dibentangkan mengenai Mobiliti Sosio-Ekonomi di Malaysia.
Bagi bidang pendidikan adalah tinggi. Sebanyak 62% anak mempunyai kemahiran yang lebih tinggi daripada ibu atau bapa mereka. Secara khususnya di kalangan mereka yang dibesarkan oleh ibu atau bapa tanpa pendidikan formal, 33% telah mempunyai pendidikan tertiari.
Pendidikan tertiari adalah tahap pendidikan selepas menamatkan pendidikan menengah, iaitu selepas 11-12 tahun persekolahan wajib. Kolej, universiti, institut kemahiran atau teknologi dari politeknik merupakan institusi utama yang menyediakan pendidikan tertiari.
Dari segi kemahiran pekerjaan, 37% anak mempunyai kemahiran yang lebih tinggi daripada ibubapa mereka. Peningkatan dalam tahap kemahiran adalah lebih ketara dalam kalangan anak yang dibesarkan oleh ibu atau bapa yang berkemahiran rendah.
Taraf pendapatan ibu atau bapa bukanlah faktor yang paling penting dalam mobiliti pendapatan anak. Hampir tiga daripada empat anak yang dibesarkan oleh ibu atau bapa dalam kuintil terendah telah berjaya naik tangga pendapatan.
Dalam erti kata lain, mereka yang dibesarkan oleh ibu atau bapa yang berpendapatan rendah tidak semestinya kekal miskin apabila dewasa. Manakala mereka yang dibesarkan oleh ibu atau bapa berpendapatan tinggi tidak semestinya kekal kaya juga apabila dewasa.
Peratusan anak yang mempunyai kemahiran tinggi dan dibesarkan oleh ibu atau bapa yang berkemahiran rendah, adalah lebih besar dalam kalangan kaum Cina dan Bumiputera berbanding kaum India. Sementara itu, dalam kalangan mereka yang dibesarkan oleh ibu atau bapa yang berkemahiran tinggi, majoritinya berkemahiran tinggi tanpa mengira kaum.
Kajian mobiliti sosio-ekonomi ini membandingkan taraf pendidikan, kemahiran pekerjaan dan status pendapatan responden pasangan ibu atau bapa pada usia bekerja yang sama. Majoriti ibu bapa yakin dengan keadaan di Malaysia taraf sosio-ekonomi anak mereka lebih baik berbanding diri mereka sendiri.
Akhir sekali, kajian Khazanah Research Institute mendapati bahawa beberapa bentuk “kesempitan kelas pertengahan” telah berlaku. Oleh itu, lebih banyak penekanan perlu diberi kepada kumpulan berpendapatan pertengahan tanpa mengabaikan mereka yang berpendapatan rendah dan masalah kemiskinan terpencil yang masih wujud. Dasar-dasar pembangunan termasuk seperti yang digariskan dalam strategi Rancangan Malaysia Kesebelas merupakan langkah yang tepat.
Secara keseluruhan, mobiliti sosial adalah mengenai penyebaran peluan dan insentif. Setiap anak di Malaysia tanpa mengira kaum, agama, keturunan, tempat lahir, dan jantina perlu diberi peluang yang sama rata dalam kehidupan. Peningkatan mobiliti adalah penting bukan sahaja kerana ia menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan ketidaksamaanm tetapi lebih penting ianya dapat memastikan kestabilan dan perpaduan untuk generasi akan datang.
7 Comments
Peluang pendidikan yang cukup dan kemahuan yang tinggi pastinya mampu meninggikan lagi keupayaan untuk maju ke dapan. Moga generasi baru Malaysia akan bertambah baik kualitinya, seiring dengan akhlak dan adab. 😉
Curahan rasa Oja Samid @ ..Promosi Shaklee November 2016
Peningkatan yang bagus.. Moga ekonomi kita akan semakin baik. Kita perlu tingkatkan usaha
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..PARUT CHICKEN POX CEPAT PUDAR SELEPAS AMBIL SHAKLEE
dah tak boleh harapkan kerajaan untuk bantu kita dah.. dalam ekonomi mcm sekarang kena rajin tambah pendapatan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis 7 Hari Mencintaiku di Tv3
Alhamdulillah.. ini merupakan satu perkembangan yang positif.. statistik ini membuktikan generasi baru rakyat Malaysia mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pencapaian generasi sebelumnya.
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
Semoga keadaan ini dapat diteruskan dari satu generasi ke satu generasi supaya dapat membantu negara mencapai status negara maju.
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
Kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara bergantung kepada rakyat. Semoga satu hari nanti kebanyakan rakyat Malaysia mampu berfikir di luar kotak.
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
Tidak seperti sekarang, masih terlalu ramai yang masih bergantung kepada subsidi daripada kerajaan.
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
Comments are closed.