Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam entri “MML Tile Makeover Sebelum dan Selepas” yang lalu ada ditunjukkan perubahan sebelum dan selepas baikpulih yang dibuat pada kediaman pemenang MML Tile Makeover. Entri kali ni joom kita tengok makeover yang dibuat oleh MML bagi kategori Bathroom Makeover. Bilik mandi berubah menjadi cantik hasil sentuhan kreatif MML.
Pemenang Bathroom Makeover : Loh Chia Hur
Pemenang MML Tile Makeover kategori Bilik Mandi ni merupakan sebuah keluarga kecil yang terdiri daripada seorang bapa tunggal yang menjaga anak perempuannya yang masih bersekolah dan seorang anak lelaki yang baru sahaja mula bekerja. Rumah kelihatan agak kosong dan kekurangan sentuhan wanita tetapi bapa kepada keluarga ini telah berazam untuk mengubahsuai rumah tersebut bagi meningkatkan Feng Shui.
Sebagai seorang tukang yang boleh melakukan pelbagai kerja, bapa keluarga ini turut terlibat dengan proses pengubahsuaian dan telah meneliti semua maklumat yang diberikan oleh MML ketika datang untuk mengubahsuai bilik mandi rumahnya.
Sebelum proses pengubahsuaian bermula, bilik mandi kelihatan agak kotor dengan jubin yang sudah berusia 27 tahun. Selain itu jubin juga telah bocor dan mengalirkan air ke dalam bilik tidur dan merosakkan lantai kayu.
Dengan bantuan MML, bilik mandi tersebut kini bertambah seri dan menakjubkan kerana ia telah mewujudkan ruang yang kelihatan lebih besar dan pemilik sangat gembira dengan perubahan tersebut.
Keluarga Loh Chia Hur amat teruja dengan perubahan yang berlaku pada bilik mandi. Mereka telah lama menunggu untuk mengubahsuai bilik mandi tersebut. Hanya satu hasrat Loh Chia Hur iaitu agar ibunya yang telah meninggal dunia pada awal tahun ini ada di sini untuk melihat perubahan yang telah dibuat.
Bilik mandi keluarga Loh Chia Hur kini kelihatan betul-betul segar dan moden. Corak dan reka bentuknya juga sangat menarik.
Pada perayaan Tahun Baru Cina (CNY) nanti ramai saudara yang akan datang dan tinggal di rumahnya. Dalam sebuah parti CNY nanti Loh Chia Hur akan menunjukkan perubahan menakjubkan yang telah dibuat oleh MML ke atas bilik mandi di rumahnya.
55 Comments
tile memang bagus…dinding dan lantai nampak bersih…dan senang di cuci…
masalah dengan tile ialah ia amat licin…kecuaian boleh mengundang padah…
Curahan rasa Pendekar @ ..SEO : Kenapa Blog Aku Tidak Di Indeks Oleh Google?
selalu keluar dalam surat khabar dan media berkaitan dengan kemalangan di bilik air..yang sadisnya ada yang maut…
Curahan rasa Pendekar @ ..Tarikh PilihanRaya Umum ke 13 2013 (Tarikh PRU13)
Serius make over yang luar biasa. Bertuah badan.
huhuhu.kan best kalau rumah saya dimake overkan juga….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Bintang Mencari Bintang
memang menarik lah…betul2 meriah toiletnya
Curahan rasa hafizal @ ..Kereta Sport Keluaran Negara Arab
Banyak terlewatkan entry DH, informasi sangat membantu.
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Cara Mendaftar SNMPTN Tahun 2013
bagus makeover bilik mandi, menjadi lebih bagus dan nyaman
Curahan rasa Vionetpalu.com @ ..Pendaftaran SNMPTN 2013
Kalau makeover dengan biaya sendiri, berapa duit yang keluar tuh…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Destinasi Percutian Melastik Bintang
Iya… harus seperti itulah Kang…
waaaaaaaw,,ini beda angat ketika sudah di makeover….
Betul Mas… mirip program salah satu stasiun TV, Bedah rumah…
cantiknya geram tengok , kalau ada rumah sendiri memang boleh pilih MML la …
Curahan rasa puanbee @ ..Oh ye ! Kesimpulan review P1 MX230
Inilah kelebihan memiliki seni ketukangan….
Inilah kelebihan pada peminat seni ketukangan…
kalau udah punya toilet seperti ini betah deh saya di rumah
Asal jangan mau tinggalnya di toilet terus nanda..
PERGHH. memang cun lepas renovate! terbaik lah! nanti bila nak buat rumah boleh contact diorang ni. hehehe
Mmg cun sesangat tile nie…jauh beza dr yg dulu…..:)
pergh…kalau ada rumah sendiri, aku pon nak gak buat gitu. hohoho..nice makeover
Curahan rasa arelan @ ..aLaMaNDa, HaNseL & GReTeL
Comments are closed.