Mitos Dalam Berblogging

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah baca entri “15 Tips MeningkatkanTrrafik Blog“. Tips no 11 mengalakkan penulis jemputan menulis di blog anda. Kali ini Afiq Aiman tuan punya blog FokusBlogger.com menjadi penulis jemputan di blog Denaihati. FokusBlogger.com blog status PR1 penuh dengan informasi Tip Blogging Terbaik untuk rujukan semua Rakan Blogger. Teruskan membaca rasa hati Afiq Aiman :

Hari ini mengikut amanz.my, domain .com yang berdaftar adalah sebanyak 98 juta dan dijangkakan melangkaui 100 juta tidak lama lagi. Angka ini hanya melibatkan blog dan juga laman web yang menggunakan domain .com sahaja. Jika dicampur bersama domain .net, .my, dan lain- lain, sudah tentu angkanya lebih besar. Ini menunjukkan pasaran blog dan juga laman web semakin meningkat hari demi hari.

Ramai yang mula menceburi bidang blogging – sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Ramai juga yang takut untuk mencubanya. Ini kerana adanya mitos-mitos dalam blogging yang memberi impak kepada seseorang itu. Antaranya :

1. Mudahnya Buat Duit Dengan Blog

“Jana pendapatan hanya dari depan laptop”

Siapa tak nak? Sudah tentu ramai yang angkat tangan mengatakan “Saya nak!”. Perkara normal yang berlaku dalam masyarakat sekarang.

Salah satu cara untuk jana pendapatan online adalah dengan blogging. Tetapi anda perlu tahu, kejayaan untuk buat duit dengan blog bukan datang hanya selepas 24 jam blog anda wujud di internet. Anda perlukan masa yang lama. Ya, anda boleh buat duit dengan blog. Ianya fakta! Ramai blogger yang menjana 4 angka sebulan hanya dari blog. Tidak kurang ada yang menjana 6 angka setahun. Tetapi cuba anda tanya mereka, berapa lama tempoh yang mereka ambil untuk sampai ke tahap itu? Anda boleh agak jawapannya.

2. Pembaca Bencikan Iklan

Anda suka lihat iklan yang terpapar di blog? Jika iklan di blog anda, tentu anda suka – ada iklan = ada income untuk bulan ini, kan? Bagaimana jika di blog lain?

Jika saya sebagai pembaca, saya tidak kisah sekiranya pemilik sesuatu blog letakkan iklan di blog. Tetapi, biarlah tersusun dan juga tidak menutup kandungan di sidebar blog – terutama yang meletakkan iklan tergantung. Pengiklanan adalah hak pemilik blog tetapi blog adalah hak pembaca. Jadi, anda perlu bijak mengatur strategi. Jangan sampai pembaca lari dari blog anda hanya disebabkan perkara remeh temeh.

3. Kejayaan Blog Datang Dari Trafik Yang Besar

Tidak…tidak… Kejayaan sesebuah blog tidak boleh diukur hanya dengan trafik yang diterimanya. Trafik yang besar hanya mempengaruhi pendapatan anda dengan Innity, Nuffnang, dan Google Ads. Kejayaan blog berdasarkan beberapa faktor. Antaranya:

  • Komuniti – kejayaan sesebuah blog membina pengaruh (komuniti) tersendiri
  • Komunikasi – Kejayaan sesebuah blog mewujudkan komunikasi berkesan antara pemilik dan juga pembaca blog
  • Profesional – Bagaimana pemilik blog menguruskan blog secara profesional

Bagaimana anda mengukur kejayaan sesebuah blog pula?

4. Blogger Wajib Post Setiap Hari

Ini satu lagi mitos dalam dunia blogging. Blogger tidak perlu post setiap hari. Bergantung mengikut kesesuaian anda. Yang penting post itu berkualiti dan memberi manfaat/informasi berguna buat pembaca, itu sudah memadai. Yang paling bagus ialah penghasilan post berkualiti dalam kuantiti yang banyak.

Bagi saya, jangan “mengajar” blog anda terbitkan post baru setiap hari. Mungkin anda post setiap hari untuk menjaga ranking, trafik dan sebagainya. Bagaimana jika suatu hari nanti anda sibuk dan tidak sempat untuk terbitkan post baru selama seminggu/sebulan? Ini akan memberi kesan buruk terhadap ranking dan juga trafik blog.

Betulkah Mitos Di Atas?

Sekarang anda tentukan sama ada mitos di atas betul atau tidak. Mungkin anda ada hujah tersendiri tentang perkara ini. Ayuh kita bincangkan di bawah.


Spread the love

241 Comments

  1. memandangkan saudara penulis menulis yang tanda kejayaan blog seperti berikut:

    Komuniti – kejayaan sesebuah blog membina pengaruh (komuniti) tersendiri
    Komunikasi – Kejayaan sesebuah blog mewujudkan komunikasi berkesan antara pemilik dan juga pembaca blog
    Profesional – Bagaimana pemilik blog menguruskan blog secara profesional

    Maka, focusing too much on quality is also a myth in blogging.

    sebab mudah jer, kalau post takde kualiti, tapi ada komuniti ada komunikasi dah kira berjaya dah tu.

    Jadi sebenarnya memang kena define apa itu kualiti.

    Post yang ayat cantikkah? Post yang penuh dengan faktakah? Post yang penuh dengan gambarkah? Post yang SEO optimized kah? Post yang macammana tuu… ?

    Bagi saya instead of bercakap tentang kualiti, lebih sesuai jika diganti dengan perkataan manfaat, atau maybe perkataan lain yang lagi sesuai.
    Curahan rasa zuls @ ..About Experiment in Making MoneyMy Profile

    1. sebarang post yg memberi manfaat / ilmu buat si pembaca sudah dikira post itu berkualiti. ada je blog yang copy paste dapat trafik tggi setiap bulan, duit ribu2 hasil blogging tapi percayalah tak kekal lama. setakat mana sangat nak copy paste artikel org ni. blog yang mampu bina pengaruh besar juga adalah blog yang berkualiti, mungkin pengisiannya tidak sehebat mana tapi dari segi tarikannya mantap, itu sudah cukup. dalam blog, kita hanya perlukan pembaca. bonus jika mampu buat duit dengannya
      Curahan rasa afiqaiman @ ..Tips Belajar SEOMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!