Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Wanita MPV Honda merah.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada akhir tahun 1990 an dan awal tahun 2000 Abang berpeluang bertemu dengan beberapa toke produk yang telah membawa sehingga ke kilang produk kesihatan dan kosmetik yang mengeluarkan. Ketika itu Abang masih bekerja di KFC (M) Sdn Bhd.
Pada awal tahun 2000 dengan izin TUHAN Abang pencen berkerja dengan orang dan memulakan bisnis sendiri. Projek bisnis pertama yang Abang dapat adalah kontrak Kafeteria Hospital Klang (HTAR) selama lebih 3 tahun. Bukan cerita bisnis kantin yang sangat lumayan nak Abang ceritakan. Kisah ini ada Abang ceritakn dalam entri-entri yang sebelum ini antaranya entri “Berniaga tak ada duit kecil”.
Semasa berniaga di kafeteria HTAR Abang sering nampak seorang perempuan parkir kereta MPV Honda merahnya dihadapan kafeteria dan singgah makan di kantin. Selalu sangat terserempak tetapi tidak pernah tegur. Nampak bergaya ala-ala mak andam.
Akhirnya Abang dapat cerita, kononnya perempuan tersebut menjual produk jenama sendiri. Masuk salon keluar salon, masuk kedai jamu keluar kedai jamu di daerah Klang nak letak produk jenama beliau secara percuma tapi tiada siapa yang sudi. Masa itu tidak ada teknologi jualan online seperti sekarang. Khabarnya perempuan itu tinggal di rumah teres murah yang tidak jauh dari hospital.
Hari ini perempuan berkereta MPV Honda Merah itu menjadi ikon produk termasyhur sudah tidak perlu berdiri di atas pentas menjual maruah dengan kelakar yang tidak menjadi atau menjadi penaja besar program realiti. Mempunyai cawangan jualan produk di setiap negeri malahan sudah ada cawangan di negara jiran. Ramai usahawan produk perempuan dan lelaki menjadikan perempuan ini sebagai idola untuk mencapai impian dan ramai yang sudah menjadi jutawan produk.
Kepada rakan-rakan yang ada impian untuk mempunyai produk sendiri menjadi seperti perempuan berkereta PMV Honda merah sila baca komen pertama, Abang kongsikan buku khas cara-caranya yang mengikut perundangan yang betul, manalah tahu kalian boleh jadi sehebat perempuan ini setahun dari sekarang. Perempuan berkereta MPV Honda merah belum tersenarai dalam 10 terkaya di Malaysia tetapi kekayaannya sekarang memang hebat, bayangkan rumah agam sahaja benilai puluhan juta. Bayangkan kejayaan beliau bagaimana.
Abang hanya berkongsi cerita sebab Abang sudah mengenali rapat dengan perempuan berkereta PMV honda merah ini cuma abang kurang berminat menjual produk sendiri walaupun pernah berkawan dengan toke produk dan sudah masuk kilang yang menghasilkan produk. Impian Abang nak jadikan Mall Online Denaisell sebagai pusat menjual produk online rakan-rakan blogger dan bukan blogger yang baru nak belajar menjadi usahawan online.
Abang Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
102 Comments
Permainan industri kosmetik ni, kalau salah percaturan. memang tak tertanggung
.
Contoh, semalam baru keluar berita pasal produk kecqntikan yang tak lulus
.
Ada merkuri dan hydroquinon. Owner mungkin tak salah sepenuhnya
.
Kilang yang hasilkan taknikut formula
.
Tapi yang buruk nama owner produk. Bukan tauke kilang oem
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Panduan Makanan Terbaik untuk Kencing Manis 2017
Dia punya hint “tak perlu lagi berdiri di atas pentas dan membuat lawak yang tidak menjadi..” huhu.. first thing first terbayang peserta raja lawak.. kalau yang famous perempuan.. tentunya jihan huhu
Curahan rasa imnajmi @ ..Tengok Bola di Stadium Darul Aman
Siapakah gerangan? Kagum lebih-lebih lagi kalau beliau seorang isteri & ibu. Multiple responsibility.
Curahan rasa Huda Mazan @ ..3 Rancangan Kartun Kanak-Kanak Harus Tonton
Abang Denaihati main aci nyorok pulak 🙂
Tak bagitahu sapa tuan punya badan pun.
Curahan rasa Perawat Islam @ ..Tip Merawat Tanda-Tanda Sihir Pemisah
Bukan mudah nak jual produk sendiri. Saya saja saja pernah tanya untuk beberapa barang saja modal dah 20 ribu. Tu tanya beberapa tahun lepas…sekarang tak tau la .
Curahan rasa rahimah majid @ ..Jom Tengok Apa Kelebihan Pocket Wifi Semasa Travel
Kagumnya dengan semangat wanita tue. Siapalah agaknya ya. Kisah beliau sangat menginspirasikan. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Bahaya Penyakit Kencing Tikus | Apa Kita Boleh Buat Untuk Elak?
Siapa la agaknya ye, saya rasa bukan calang-calang orang yang ada usaha kental macam tu bermula dari bawah sampai berjaya macam sekarang ni
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Kenapa Anda Harus Pilih Takaful Dan Medical Card Dari Zurich Takaful ?
siapa la tu ye.. mesti kerja kuat dan rajin pergi cari ilmu bisnes ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik The Fate Of The Furious
Wah siapa ya perempuan berkereta merah itu… Hebat betul boleh dijadikan sumber inspirasi untuk kita yang sedang baru bermula ni
Curahan rasa onlajer @ ..Tiga tips terbaik untuk anda menempah tiket penerbangan online
wah..siapa tu ya. Alhamdulillah sebab tak berputus asa dari awal. Semoga beliau terus success.
Curahan rasa Attiey @ ..Fungsi Hati dan Periksa Jika Ada 3 Tanda Hati Anda Bermasalah
Luar biasa sekali menginspirasi tuh Sang wanita pilihan semogabisa selalu sukses dalam meniti karirnya karena sudah membuat banyak orang terinspirasi.
Curahan rasa ali afif @ ..Cerita Tamat Cinta Ching Ching Yang Mirip Raisa
Semakin hari semakin rasa berdebar nak tahu… siapakah gerangan wanita misteri itu?
Curahan rasa anuar @ ..Pendaftaran Seminar Tajwid LuarBiasa [Edisi Ramadhan] telah dibuka!
Memang mendebarkan.. buat saya sering tertanya2.. mungkin kah dato vida?
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Cara Memasang Disqus Di Blog
buat spekulasi dah nie..
apa kata kita tunggu penerangan dan penjelasan dari artikel selanjutnya nanti..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Suami Anak Satu Jadi Orang Kaya
Masih belum ada yang memberi jawapan… Siapakah gerangannya wanita misteri itu?
Curahan rasa anuar @ ..Pendaftaran Seminar Tajwid LuarBiasa [Edisi Ramadhan] telah dibuka!
uisssssssss.. tajuk gempak nak tahu siapakah gerangannya.. siapalah dia.. kereta pun cun tu.. Merah lambang keberanian. Wanita hebat ni.
Curahan rasa Aziana @ ..8 Kesan Positif Detoks Pada Badan
Comments are closed.