Misteri perempuan berkereta MPV Honda merah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Wanita MPV Honda merah.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Pada akhir tahun 1990 an dan awal tahun 2000 Abang berpeluang bertemu dengan beberapa toke produk yang telah membawa sehingga ke kilang produk kesihatan dan kosmetik yang mengeluarkan. Ketika itu Abang masih bekerja di KFC (M) Sdn Bhd.

Pada awal tahun 2000 dengan izin TUHAN Abang pencen berkerja dengan orang dan memulakan bisnis sendiri. Projek bisnis pertama yang Abang dapat adalah kontrak Kafeteria Hospital Klang (HTAR) selama lebih 3 tahun. Bukan cerita bisnis kantin yang sangat lumayan nak Abang ceritakan. Kisah ini ada Abang ceritakn dalam entri-entri yang sebelum ini antaranya entri “Berniaga tak ada duit kecil”.

Semasa berniaga di kafeteria HTAR Abang sering nampak seorang perempuan parkir kereta MPV Honda merahnya dihadapan kafeteria dan singgah makan di kantin. Selalu sangat terserempak tetapi tidak pernah tegur. Nampak bergaya ala-ala mak andam.

Akhirnya Abang dapat cerita, kononnya perempuan tersebut menjual produk jenama sendiri. Masuk salon keluar salon, masuk kedai jamu keluar kedai jamu di daerah Klang nak letak produk jenama beliau secara percuma tapi tiada siapa yang sudi. Masa itu tidak ada teknologi jualan online seperti sekarang. Khabarnya perempuan itu tinggal di rumah teres murah yang tidak jauh dari hospital.

Klik untuk tahu Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah

Hari ini perempuan berkereta MPV Honda Merah itu menjadi ikon produk termasyhur sudah tidak perlu berdiri di atas pentas menjual maruah dengan kelakar yang tidak menjadi atau menjadi penaja besar program realiti. Mempunyai cawangan jualan produk di setiap negeri malahan sudah ada cawangan di negara jiran. Ramai usahawan produk perempuan dan lelaki menjadikan perempuan ini sebagai idola untuk mencapai impian dan ramai yang sudah menjadi jutawan produk.

Kepada rakan-rakan yang ada impian untuk mempunyai produk sendiri menjadi seperti perempuan berkereta PMV Honda merah sila baca komen pertama, Abang kongsikan buku khas cara-caranya yang mengikut perundangan yang betul, manalah tahu kalian boleh jadi sehebat perempuan ini setahun dari sekarang. Perempuan berkereta MPV Honda merah belum tersenarai dalam 10 terkaya di Malaysia tetapi kekayaannya sekarang memang hebat, bayangkan rumah agam sahaja benilai puluhan juta. Bayangkan kejayaan beliau bagaimana.

Abang hanya berkongsi cerita sebab Abang sudah mengenali rapat dengan perempuan berkereta PMV honda merah ini cuma abang kurang berminat menjual produk sendiri walaupun pernah berkawan dengan toke produk dan sudah masuk kilang yang menghasilkan produk. Impian Abang nak jadikan Mall Online Denaisell sebagai pusat menjual produk online rakan-rakan blogger dan bukan blogger yang baru nak belajar menjadi usahawan online.

Abang Denaihati
Founder Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

102 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!