Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, daripada berita terkini kehilangan pesawat B777 penerbangan MH370 masih menjadi misteri. Bukan sahaja keluarga mangsa dari 15 buah negara malahan dunia menanti-nanti apa sebenarnya berlaku. Tekanan yang amat sangat kepada pasukan penyelamat kerana ramai yang mengharap keajaiban akan berlaku walaupun sudah lebih empat hari kehilangan berlaku.
BREAKING NEWS : KENYATAAN AKHBAR PM NAJIB RAZAK PENGESAHAN KEHILANGAN MH370 DI LAUTAN HINDI.
Aku dan pasti ramai pembaca sangat pelik dengan sikap fanatik politik yang bagaikan tiada sensitiviti dengan tragedi apabila tidak dapat memisahkan dengan komen-komen politik. Tak terfikirkah mereka perasaan keluarga mangsa dan pasukan penyelamat yang bekerja siang malam bersengkang mata tetapi kita sesuka hati berkongsi idea bodoh di sosial media.
Apa perasaan mereka yang ada kaitan dengan tragedi misteri MH370 apabila membaca komen mengutuk seperti berikut :
[box type=”shadow”]Sebaik saja Anwar Ibrahim dihukum secara zalim dalam suatu perbicaraan hanya untuk mensabitkannya supaya boleh dipenjarakan, maka terjadilah mala petaka ini. Orang Islam boleh membaca dengan mudah isyaraat ini: Kejadian ini menunjukkan bahawa inilah akibat kezaliman pemerintah untuk menjadi peringatan kepada orang ramai bahawa balasannya tidak semestinya diterima secara terus oleh kerajaan yang zalim, tetapi lahir dalam bentuk tanda yang jelas bahawa negara ini sedang berada dalam tangan pentadbir yang zalim. Kalau orang Islam tidak percaya lagi kepada tafsiran begini, maka mereka akan terus dizalimi seterusnya dan para pemimpin yang zalim ini akan terus berleluasa – Ariff Budiman
Sejuk rase ati dan satu badan bila tengok tv3 2- 3 ari ni, tak henti2 mulut pengacara depa menyebut nama Allah dan mohon pertunjuknyeee, tapi hampa tunggu laa pas nii, memang dasar munafik puak2 niii. tawaduk sangat laa tuuu kononnyee, kangkongg – Pakatan Rakyat Pakatan
The deceases’ families are waiting to claim the bodies..and the FUCKING SCORPENE is not put into charge for the rescue mission. Then what the fuck spending million of ringgit ( DUIT RAKYAT) to buy that fucking SCORPENE with NAJIBTUYA nuclear head engine!!??? – Panah Hijau
Banyak berlaku ketirisan dan skandal penyelewengan dalam pentadbiran Mas maka beginilah jadinya adalah malang bagi mereka menaiki perkhidmatan Mas apa pun kami rakyat mendoakan semuga waris dan keluarga masing2 bersabar kerana ini juga adalah ketentuan Allah tapi bagi pemimpin umno ini adalah amaran dari Allah jika najis rasuah dan penyelewengan bermaharaja lela rakyat juga yang dipertaruhkan nasibnya sekarang negara sedang menanggung malu disebab negara jiran menawarkan bantuan kapal selam sedangkan Malaysia mempunyai dua kapal selam kemana perginya ??? Allah mengetahui semuanya dan akan mendedahkan juga kepada rakyat nanti insya”allah. – Kayucemeti kc
Beijing’s state media lashed out at Malaysia and MAS over their handling of the crisis…Apamacam Perkasa..dan NGO2 tolol lain, .China yang ada 2 biliun lebih dah libas tu…bila kau orang nak demo sembelih ayam dan lumur darah untuk bela NMalaysia..Jangan tak bela. masa nilah yang sesuai untuk tunjuk kejantanan. – Keindahan Alamsekitar [/box]
Ini hanya sebahagian kecil dari beribu-ribu komen politik yang tiada faedah kepada keluarga mangsa dan pasukan penyelamat. Ramai yang memberi komen dan analisa mengikut akan fikir mereka atau akal fikir ketua politik mereka yang mempunyai kepentingan politik. Tak kena batang hidung sendiri bolehlah tulis macam-macam di sosial media lagi pun tak guna nama sebenar jadi tak rugi apa pun. Tragedi kehilangan pesawat MH370 benar-benar menurunkan kepercayaan masyarakat kepada berita dari sosial media yang sebelum ini menjadi rujukan kepada semua. Nak berpolitik ada tempatnya seperti di atas pentas kempen Pilihan Raya DUN Kajang tapi bukan semua tempat terutama seperti tragedi kehilangan MH370.
Kepada yang mempersoalkan kenapa Kerajaan Malaysia tidak mengunakan Kapal Selam dalam misi penyelamat MH370 sila baca penjelasan teknikal dalam entri “Tragedi MH370 : Persoalan Penggunaan Teknologi Terkini Dan Menangkis Salah Faham Umum“. Kalau kita tak faham atau tak tahu lebih baik berdiam diri dan terus berdoa semuga kita semua mendapat bantuan dari ALLAH, itu lebih baik.
Mari kita sama-sama berdoa dan merayu kepada ALLAH semuga pasukan penyelamat dari berbagai negara dipertemukan dengan 239 mangsa yang hilang bersama pesawat MH370. Tiada yang mustahil boleh berlaku dengan kehendak ALLAH kerana KAU lah yang Maha Agung dan Maha Kuasa … manusia ini lemah walaupun menggunakkan berbagai peralatan canggih dan teknologi terkini. Teruskan berdoa jangan sekali putus asa khasnyaa kepada kaum keluarga dan sahabat- sahabat mangsa yang menanti kepulangan MH370.
Sila hubungi MAS pada talian 03 7884 1234 untuk sebarang maklumat terkini.
Infomasi dan berita terkini kehilangan misteri pesawat MH370 @ Twitter.
89 Comments
janji allah itu pasti! ya allah permudahkanlah urusan kami..ameen!
Salam… semoga Allaj mengukai segala tragedi dan misterinya secepat mungkin, Insya Allah.. Allah bersama dengan orang-orang yang sabar dan bertakwa.
Curahan rasa Blogger Top Star @ ..MH370 Misteri Belum Terungkai
Salam… tidak patut komen begini diberikan mengikut tafsiran sendiri. Jangan jadikan kehilangan pesawat MH370 sesuatu yang main-main. Ia melibatkan nyawa, keluarga mangsa dan semua dalam keadaan tragedis. Jangan samakan peristiwa ini dengan mainan politik yang kotor.
Curahan rasa Blogger Top Star @ ..MH370 Misteri Belum Terungkai
biasalah tu..orang kita memang macam tu..
Curahan rasa titan @ ..Pendapatan PASIF memang menguntungkan.
kadang2 cara dan keadaan mereka sangat tidak sesuai dgn kejadian mcm ni.. sedih sangat,,
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Ramai yang baut solat hajat hari ini. Harap-harap cepat berakhir cerita MH370 ini. Kasihan kat keluarga mereka yang terlibat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Keputusan SPM 2013 Diumum 20 Mac 2104
Semoga dipermudahkan oleh Allah apa jua urusan dalam usaha mencari MH370. Amin
Curahan rasa myra @ ..MH370: Akibat dari Berita Terkini
Amin. Harap cepat dijumpai.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Keputusan SPM 2013 Diumum 20 Mac 2104
sudah hampir seminggu pencarian terhadap MH370, namun belum tanda-tanda mengakhiri pencarian, tentunya harapan kita semoga memberikan kabar gembira dan segera mengakhiri penantian keluarga kita yang menjadi penumpang dapat kembali berkumpul.
Curahan rasa penowo @ ..Tips Menjadi Blogger Sukses
Pray for MH370
Curahan rasa Wilson Ng @ ..Kuala Lumpur Haze Pictures 13th March 2014
Ramai yang mendoakannya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Belajar Buat Duit Dengan Affiliate
Apa mungkin ke luar angkasa????jadi gak kedeteksi?
Saya heran, pesawat canggih tapi hilang gak bisa kedeteksi… seharusnya ada alat elektronik yang masih hidup dan bisa kedetek…?smoga bisa cepet ketemu..amin..
Semuanya mungkin boleh berlaku. Ianya masih lagi alat manusia yg penuh kelemahan.
#prayforMH370
Curahan rasa hafizmd @ ..Menang Contest Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s
Semoga mereka dipertemukan kembali.
Curahan rasa saimi @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27
Semoga Dalam Cerita Kehidupan Kali Ini berakhir Happy Ending ..
Siap menerima segala kemungkinan yang terjadi .. Baik berita baik maupupun berita buruk ..
SemuaPoker … Turut Prihatin
Curahan rasa UBCPoker.com Situs Judi Poker Online Terbaik Terpercaya @ ..UBCPoker.com Situs Judi Poker Online Terbaik Terpercaya
semoga ada titik terang keberadaan kapal mh370
Comments are closed.