Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, daripada berita terkini kehilangan pesawat B777 penerbangan MH370 masih menjadi misteri. Bukan sahaja keluarga mangsa dari 15 buah negara malahan dunia menanti-nanti apa sebenarnya berlaku. Tekanan yang amat sangat kepada pasukan penyelamat kerana ramai yang mengharap keajaiban akan berlaku walaupun sudah lebih empat hari kehilangan berlaku.
BREAKING NEWS : KENYATAAN AKHBAR PM NAJIB RAZAK PENGESAHAN KEHILANGAN MH370 DI LAUTAN HINDI.
Aku dan pasti ramai pembaca sangat pelik dengan sikap fanatik politik yang bagaikan tiada sensitiviti dengan tragedi apabila tidak dapat memisahkan dengan komen-komen politik. Tak terfikirkah mereka perasaan keluarga mangsa dan pasukan penyelamat yang bekerja siang malam bersengkang mata tetapi kita sesuka hati berkongsi idea bodoh di sosial media.
Apa perasaan mereka yang ada kaitan dengan tragedi misteri MH370 apabila membaca komen mengutuk seperti berikut :
[box type=”shadow”]Sebaik saja Anwar Ibrahim dihukum secara zalim dalam suatu perbicaraan hanya untuk mensabitkannya supaya boleh dipenjarakan, maka terjadilah mala petaka ini. Orang Islam boleh membaca dengan mudah isyaraat ini: Kejadian ini menunjukkan bahawa inilah akibat kezaliman pemerintah untuk menjadi peringatan kepada orang ramai bahawa balasannya tidak semestinya diterima secara terus oleh kerajaan yang zalim, tetapi lahir dalam bentuk tanda yang jelas bahawa negara ini sedang berada dalam tangan pentadbir yang zalim. Kalau orang Islam tidak percaya lagi kepada tafsiran begini, maka mereka akan terus dizalimi seterusnya dan para pemimpin yang zalim ini akan terus berleluasa – Ariff Budiman
Sejuk rase ati dan satu badan bila tengok tv3 2- 3 ari ni, tak henti2 mulut pengacara depa menyebut nama Allah dan mohon pertunjuknyeee, tapi hampa tunggu laa pas nii, memang dasar munafik puak2 niii. tawaduk sangat laa tuuu kononnyee, kangkongg – Pakatan Rakyat Pakatan
The deceases’ families are waiting to claim the bodies..and the FUCKING SCORPENE is not put into charge for the rescue mission. Then what the fuck spending million of ringgit ( DUIT RAKYAT) to buy that fucking SCORPENE with NAJIBTUYA nuclear head engine!!??? – Panah Hijau
Banyak berlaku ketirisan dan skandal penyelewengan dalam pentadbiran Mas maka beginilah jadinya adalah malang bagi mereka menaiki perkhidmatan Mas apa pun kami rakyat mendoakan semuga waris dan keluarga masing2 bersabar kerana ini juga adalah ketentuan Allah tapi bagi pemimpin umno ini adalah amaran dari Allah jika najis rasuah dan penyelewengan bermaharaja lela rakyat juga yang dipertaruhkan nasibnya sekarang negara sedang menanggung malu disebab negara jiran menawarkan bantuan kapal selam sedangkan Malaysia mempunyai dua kapal selam kemana perginya ??? Allah mengetahui semuanya dan akan mendedahkan juga kepada rakyat nanti insya”allah. – Kayucemeti kc
Beijing’s state media lashed out at Malaysia and MAS over their handling of the crisis…Apamacam Perkasa..dan NGO2 tolol lain, .China yang ada 2 biliun lebih dah libas tu…bila kau orang nak demo sembelih ayam dan lumur darah untuk bela NMalaysia..Jangan tak bela. masa nilah yang sesuai untuk tunjuk kejantanan. – Keindahan Alamsekitar [/box]
Ini hanya sebahagian kecil dari beribu-ribu komen politik yang tiada faedah kepada keluarga mangsa dan pasukan penyelamat. Ramai yang memberi komen dan analisa mengikut akan fikir mereka atau akal fikir ketua politik mereka yang mempunyai kepentingan politik. Tak kena batang hidung sendiri bolehlah tulis macam-macam di sosial media lagi pun tak guna nama sebenar jadi tak rugi apa pun. Tragedi kehilangan pesawat MH370 benar-benar menurunkan kepercayaan masyarakat kepada berita dari sosial media yang sebelum ini menjadi rujukan kepada semua. Nak berpolitik ada tempatnya seperti di atas pentas kempen Pilihan Raya DUN Kajang tapi bukan semua tempat terutama seperti tragedi kehilangan MH370.
Kepada yang mempersoalkan kenapa Kerajaan Malaysia tidak mengunakan Kapal Selam dalam misi penyelamat MH370 sila baca penjelasan teknikal dalam entri “Tragedi MH370 : Persoalan Penggunaan Teknologi Terkini Dan Menangkis Salah Faham Umum“. Kalau kita tak faham atau tak tahu lebih baik berdiam diri dan terus berdoa semuga kita semua mendapat bantuan dari ALLAH, itu lebih baik.
Mari kita sama-sama berdoa dan merayu kepada ALLAH semuga pasukan penyelamat dari berbagai negara dipertemukan dengan 239 mangsa yang hilang bersama pesawat MH370. Tiada yang mustahil boleh berlaku dengan kehendak ALLAH kerana KAU lah yang Maha Agung dan Maha Kuasa … manusia ini lemah walaupun menggunakkan berbagai peralatan canggih dan teknologi terkini. Teruskan berdoa jangan sekali putus asa khasnyaa kepada kaum keluarga dan sahabat- sahabat mangsa yang menanti kepulangan MH370.
Sila hubungi MAS pada talian 03 7884 1234 untuk sebarang maklumat terkini.
Infomasi dan berita terkini kehilangan misteri pesawat MH370 @ Twitter.
89 Comments
Yang kaitkan dgn politik memang bangang…bukan keluarga dia yg kena….
Curahan rasa hafiz @ ..Buntu fikirkan menu makan malam
Ada yang mengatakan ini adalah antara konspirasi Amerika yang mengambil kita sebagai pihak tengah yang tersepit antara pihak Amerika dan China.Dua musuh gergasi.Apa yang akan terjadi seterusnya? Wallahua’lam
Curahan rasa Sayang Hati Dot Com @ ..Wah, Memahami 1 Ayat AlQuran Lebih Baik Dari Solat Sunat 100 Rakaat!
Bila menulis tanpa ilmu begitulah jadinya. Kata org pahlawan papan kekunci, baling batu sembunyi tangan.
Salah seorang mangsa adalah teman sepejabat dalam perjalann ke Beijing Office. Kesian isteri dan dua anak kecilnya.
Curahan rasa JunAina @ ..MH370 Doa Orang Yang Soleh dan Keluarga Mangsa
Sungguh misteri kehilangan MH370 yang membingungkan pakar aviasi didalam negara dan luar negara. Apa pun mari kita sama-sama memanjatkan doa keselamatan anak kapal dan penumpang MH370 ini.
Curahan rasa akubiomed @ ..Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 satu lagi sejarah tercipta
Emm macam2 lah mulut orang ni kan..tapi saya selesa diam je..dengar penjelasan daripada mereka yang terlibat sahaja..
Curahan rasa Hafizul @ ..Suami Berubah Selepas Kawin
makin lama makib nervous jadinya. apalah nasib mereka yang terlibat. huhuhu.
Curahan rasa Lizz @ ..Set Al-Quran Hantaran Cantik Ready Stock
macam-macam pendapat dan spekulasi… kita doakan yang terbaik…
Curahan rasa KiD @ ..Pasukan TATATERTIB dan ERAVENGERS Kongsi Piala Takraw ERA
berdoa…berdoa dan terus berdoa…moga adanya keajaiban.. moga keluarga yang terlibat tabah dengan apa yg dah terjadi dan pasrah jika ianya terjadi perkara yang tidak mereka ingini.
Curahan rasa ema @ ..Memetik kata-kata dari Kapten Norudin
ramai yg pernah menitis air mata pasal mh370 ni…
Curahan rasa mdb @ ..10 Punca Masalah Kegemukan Wanita Malaysia
Terima kasih di atas perkongsian info… Sampai sekarang pun saya semakin pening dengan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak berhubung kehilangan pesawat MH370…
Harap kita dapat bersama-sama doakan yang terbaik untuk MH370…
Curahan rasa Anuar @ ..Terkena juga Tempias MH370
tp banyak gak rakyat malaysia macam xsensitif ja ngan isu ni buat lawak bagai ish2
Curahan rasa kucinghitam @ ..Jom Tukar Gula Dengan Stevia
Terima kasih. Apa pun komen saya tak kisah sebab macam admin maklum ini tidak ada kena mengena mengenai politik. Manusia ini biasa sahaja. Walau canggih macam mana teknologi pun sesungguhnya kuasa Allah itu lebih hebat. Sekarang ini hanya perlu berdoa dan berdoa supaya Allah beri petunjuk dan jalan kepada sesiapa yang terlibat. Itu lebih baik. Saya fikir kalau keluarga kita berada di dalam pesawat tersebut post2 begini tak akan keluar. Apa2 pun saya doakan yang terbaik. Amin 🙂
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Tahniah!Hero Saya Di Level 1 Tone Excel
Setuju. Namun yang lebih mengejutkan lagi, orang orang yang tinggi darjatnya juga membuat status yang tidak sepatutnya. Sungguh, sangat mengecewakan. #prayforMH370. Moga Allah memudahkan urusan mencari.
Curahan rasa Pengajak Minda @ ..#2 Maka
Sama-sama kita berdoa untuk para penumpang pesawat MH370 dan tim SAR.
Comments are closed.